5 Amalan Penting Menghindari COVID-19

Wabak COVID-19 telah menjadi isu dunia sejak berlaku penularannya pada pertengahan Disember tahun 2019. Ia masih menjadi isu serius di negara ini ekoran tercetusnya gelombang keempat baru-baru ini. Orang ramai mudah menjangkiti wabak ini sekiranya mereka tidak mengamalkan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak kerajaan demi mengekang penularan COVID-19.

Sebagai individu yang prihatin terhadap kesihatan diri dan orang sekeliling, ia telah menjadi tanggungjawab kita untuk mematuhi SOP tersebut dan menjalani kehidupan norma baharu untuk membasmi penularan wabak ini. Disenaraikan beberapa amalan pencegahan yang perlu anda sentiasa patuhi bagi membendung COVID-19 daripada terus merebak seperti berikut:

1. Kebersihan Diri

Kita cenderung untuk menyentuh pelbagai barang semasa berada di luar yang secara tidak langsung mungkin terdedah pada COVID-19. Kebersihan diri sangat penting untuk melindungi diri daripada penyebaran bakteria dan kuman.

Sentiasa ingati untuk mencuci tangan sebelum makan, selepas menggunakan tandas, menyentuh permukaan di kedai atau pejabat dan sebagainya. Gunakan sabun atau bahan pencuci tangan ‘hand sanitizer’ untuk membersihkan tangan anda. Pastikan mencuci tangan selama sekurang-kurangnya 20 saat bagi membasmi kuman di tapak tangan.

Selain itu, anda juga digalakkan untuk mandi sejurus anda kembali dari tempat kerja, kedai runcit atau tempat-tempat lain yang terdapat orang ramai. Hal ini kerana apabila anda berada di luar terdapat kemungkinan percikan ‘droplet’ atau cecair yang mengandungi virus terkena pada baju atau tangan anda.

2. Mengambil Vaksin

Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, segera daftarkan diri anda untuk program vaksin yang dilakukan oleh pihak kerajaan bagi mengawal penularan virus ini. Ia merupakan satu inisiatif untuk membentuk antibodi dalam badan yang mampu mengurangkan risiko COVID-19 yang lebih teruk.

Daftarkan ibu bapa dan ahli keluarga anda untuk mengambil vaksin serta merta supaya kita dapat kembali menjalani kehidupan seperti biasa.

3. Sanitasi Barang Dibeli Dalam Talian

Pembelian dalam talian telah membantu dan memudahkan orang ramai untuk membeli barang keperluan dan kehendak sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) melalui hujung jari dari rumah mereka.

Sebagai langkah berjaga-jaga, pastikan anda menyembur cecair sanitasi terhadap bungkusan barang yang dibeli dalam talian sebelum membawa masuk ke dalam rumah. Langkah ini penting untuk membasmi kuman atau virus yang mungkin berada di permukaan barang tersebut.

4. Memakai Pelitup Muka Berganda

Amalan memakai pelitup muka merupakan salah satu norma baharu yang perlu dipatuhi oleh setiap individu semasa meninggalkan rumah. Kini anda disyorkan untuk memakai pelitup muka berganda untuk mengurangkan risiko pemakai kepada pendedahan virus terutamanya daripada varian Delta yang cepat merebak melalui udara.

Gunakan pelitup muka jenis kain sebagai lapisan tambahan bersama pelitup muka perubatan untuk menyaring lebih banyak partikel halus dan dapat mengurangkan risiko jangkitan COVID-19.

5. Kekal Berada Di Dalam Rumah

Kekal berada di dalam rumah sekiranya anda tidak mempunyai sebarang kerja atau urusan di luar. Jangan sesekali mengambil kesempatan atas surat kebenaran kerja untuk merentas negeri atau daerah bagi urusan peribadi anda seperti menghadiri kenduri, majlis hari jadi, balik kampung dan sebagainya.

Jadilah rakyat bertanggungjawab dengan mematuhi arahan kerajaan dan lindungi orang disekeliling anda.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!