Elakkan Meletak 7 Bahan Makanan Ini Dalam Peti Sejuk

Kita sering meletakkan segala bahan makanan dalam peti sejuk untuk memastikan ia mempunyai jangka hayat panjang. Tahukah anda bukan semua bahan makanan sesuai disimpan dalam peti sejuk? Disenaraikan beberapa produk makanan yang perlu anda berhenti simpan dalam peti sejuk seperti berikut:

1. Ubi Kentang

Elakkan meletak ubi kentang di dalam peti sejuk kerana kelembapan dalam ruang peti sejuk akan mempercepatkan proses pereputan ubi kentang.

Selain itu, suhu yang sejuk juga akan menyebabkan kanji di dalam ubi kentang bertukar kepada gula. Ia secara tidak langsung akan menghasilkan tekstur yang lebih kasar dan meningkatkan rasa manis.

Pastikan anda menyimpan ubi kentang dalam raga berlubang dan letakkan ia di persekitaran kering dan gelap bagi memastikan ia kekal segar untuk tempoh masa yang lama.

2. Telur

Tahukah anda telur yang disimpan dalam peti sejuk mempunyai risiko yang amat bahaya? Ya, betul! Walaupun terdapat ruang khas yang disediakan untuk menyimpan telur dalam peti sejuk, anda tidak digalakkan untuk berbuat demikian.

Hal ini kerana suhu sejuk menyebabkan ia terdedah pada sejenis bakteria yang dikenali sebagai ‘salmonella’. Bakteria ini boleh meningkatkan risiko penyakit berjangkit dan masalah kesihatan lain seperti masalah pencernaan.

Oleh itu, anda digalakkan untuk menyimpan telur di dalam suhu bilik bagi menjamin kualiti dan rasanya.

3. Beras

Ramai masih mempunyai kekeliruan dengan cara penyimpanan beras yang betul di rumah mereka. Ia tidak sama sekali digalakkan untuk meletak di dalam peti sejuk kecuali beras yang telah dimasak (nasi) agar ia tidak mudah basi.

Beras boleh disimpan di bekas kedap udara untuk meningkatkan jangka hayatnya dan memastikan ia tidak mudah rosak.

4. Roti

Jangan sesekali meletakkan roti di dalam peti sejuk. Ia mampu menyerap aroma makanan lain yang disimpan dalam peti sejuk serta mudah menjadi keras dan kering.

Bagi mengekalkan tekstur dan rasa roti, anda digalakkan untuk menyimpannya di atas meja makan atau ruang bersesuaian yang lain.

5. Madu

Madu mempunyai kandungan gula semula jadi yang menyebabkannya ia mudah menjadi butiran kristal dan keras jika ia disimpan dalam peti sejuk.

Bagi mengelakkan berlakunya demikian, anda digalakkan untuk menyimpan madu di ruang yang mempunyai suhu bilik.

6. Sos

Kebiasaannya kita akan menyimpan sos cili, tomato dan lain-lain sos yang telah dibuka dalam peti sejuk kerana bimbang ia cepat rosak.

Asid-asid yang terdapat dalam makanan ini akan membantu menstabilkan bakteria yang menjadi penyebab ia cepat rosak. Anda boleh menyimpan bahan makanan ini di almari dapur atau di ruang lain yang mempunyai suhu bilik.

7. Bawang

Terdapat trend baru yang meletakkan bawang yang sudah dipotong atau dikisar dalam peti sejuk di mana ia sama sekali tidak digalakkan.

Bawang boleh menjadi lembik dan kering jika diletakkan dalam peti sejuk. Ia juga akan menjejaskan rasa asli bawang ketika digunakan dalam masakan. Pastikan anda simpan bawang di ruang yang mempunyai peredaran udara bagi memastikan kesegarannya terjamin.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

Terkini

Tanda-Tanda Alternator Kereta Rosak

Alternator merupakan komponen penting dalam kenderaan yang jarang diberi perhatian sewajarnya oleh pemandu kereta. Ia berfungsi sebagai penjana tenaga elektrik untuk kereta. Pengabaian penjagaan...

5 Tips Melindungi Kereta Daripada Cahaya Matahari

Cuaca panas terik bukan sahaja boleh memberi kesan terhadap individu, malah kenderaan yang terdedah pada cuaca panas melampau juga boleh mengalami kerosakan. Jangka hayat...

5 Amalan Penting Menghindari COVID-19

Wabak COVID-19 telah menjadi isu dunia sejak berlaku penularannya pada pertengahan Disember tahun 2019. Ia masih menjadi isu serius di negara ini ekoran tercetusnya...

Nikmati 5 Juadah Minum Petang PKP

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah menyebabkan orang ramai terpaksa berada di dalam rumah bagi membantu mengekang penularan COVID-19. Berada di rumah sepanjang masa menyebabkan...

5 Tanda ‘Brake Pad’ Mengalami Masalah

Pelapik brek atau lebih dikenali sebagai ‘brake pad’ merupakan satu komponen penting dalam sistem brek yang perlu dijaga dengan baik untuk menjamin keselamatan dan...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!