5 Tanda ‘Brake Pad’ Mengalami Masalah

Pelapik brek atau lebih dikenali sebagai ‘brake pad’ merupakan satu komponen penting dalam sistem brek yang perlu dijaga dengan baik untuk menjamin keselamatan dan keselesaan pemandu dan penumpang. Pengabaian penjagaan komponen ini boleh menyebabkan berlakunya kemalangan kerana brek akan gagal berfungsi dengan baik. Ketahui beberapa tanda-tanda awal yang menyebabkan komponen ini mengalami kerosakan seperti berikut:

1. Lampu Amaran Brek Menyala

Lampu amaran brek yang menyala pada paparan penunjuk papan pemuka kereta merupakan amaran pertama yang perlu anda beri perhatian untuk melakukan pemeriksaan segera.

Lampu ini biasanya akan menyala apabila brek tangan tidak dilepaskan atau bendalir brek semakin berkurang. Bendalir brek juga cepat berkurang akibat ketebalan pelapik brek semakin nipis.

Pastikan anda melakukan pemeriksaan segera untuk mengelakkan berlakunya kerosakan yang lebih serius.

2. Bunyi Nyaring

Bunyi nyaring atau bising ketika membrek adalah satu petunjuk pelapik brek semakin nipis. Pin indikator pada pelapik brek akan mula bergesel dengan cakera brek rotor atau ‘disc brake rotor’ apabila ia terlalu nipis atau telah melepasi tahap selamat.

Oleh itu, bunyi yang terhasil daripada geseran ini merupakan amaran penting untuk anda melakukan penggantian pelapik brek dengan segera. Sekiranya anda membiarkan ia terus bergeser, brek kereta anda akan mengalami kerosakan yang lebih teruk.

3. Jarak Berhenti Semakin Bertambah

Pelapik brek yang lama dan telah haus tidak dapat memberikan geseran yang secukupnya pada rotor brek untuk memperlahankan kenderaan dengan cepat apabila anda membrek. Ia akan menyebabkan jarak berhenti semakin bertambah semasa anda menekan pedal brek kerana pelapik brek tidak lagi mencengkam.

Anda perlu segera melakukan pembaikan agar tidak terlibat dalam situasi tidak terduga dan memastikan keselamatan pemandu dan penumpang sentiasa terjamin.

4. Gegaran

Gegaran semasa anda membrek adalah tanda lain bahawa sistem brek kenderaan anda memerlukan pemeriksaan segera. Ia berlaku apabila rotor brek tidak rata dan terlalu nipis hingga mewujudkan gegaran pada stereng semasa anda memandu atau membrek.

Lakukan pemeriksaan segera jika anda merasakan terdapat gegaran supaya dapat mengelakkan berlakunya kerosakan yang lebih teruk.

Brake pads isolated, automobile brake shoes on a white background.

5. Pelapik Brek Semakin Nipis

Salah satu cara yang mudah untuk memeriksa kerosakan atau kehausan pelapik brek adalah dengan melakukan pemeriksaan visual. Lihat pada tayar kereta untuk mengetahui keadaan pelapik brek sama ada ia masih dalam keadaan baik atau tidak.

Pastikan ketebalan pelapik brek tidak kurang dari ¼ inci dan gantikan pelapik baru sekiranya ia kurang daripada ukuran tersebut agar anda dapat membrek dengan selamat.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

4 Tanda Kebocoran Hos Vakum Dalam Sistem Enjin

Kebocoran hos vakum akan mengurangkan prestasi dan keupayaan pemanduan kereta. Ia juga menjejaskan keselamatan pemanduan dan menjadi salah satu punca kerosakan enjin. Ketahui antara...

Kesalahan Memotong Garisan Berkembar

Peraturan jalan raya ditetapkan bagi menjaga keselamatan pengguna jalan raya. Namun ramai yang melanggar peraturan hingga menyebabkan kemalangan. Antara peraturan jalan raya yang sentiasa...

Teknologi Hijau Mengurangkan Pencemaran Alam

Teknologi hijau adalah istilah umum yang menerangkan penggunaan teknologi dan sains untuk mengurangkan kesan aktiviti manusia terhadap alam sekitar. Ia adalah teknologi rendah karbon...

Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting yang berperanan untuk menapis darah dari sisa buangan, mengawal keseimbangan cecair badan, dan mengekalkan tahap elektrolit yang betul....

4 Tempat Letak Kenderaan Yang Bahaya Semasa Musim Hujan

Musim hujan tidak menentu sejak kebelakangan ini boleh menyebabkan berlakunya banjir di kawasan-kawasan tertentu. Pengguna kenderaan perlu lebih berhati-hati apabila meletakkan kereta kerana hujan...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!