Sekatan Pergerakan Punca Peningkatan Obesiti

Sekatan pergerakan yang bermula sejak tahun lepas telah menjadi punca meningkatnya masalah kegemukan atau obesiti dalam kalangan masyarakat. Ia berlaku akibat rutin harian yang hanya terhad di dalam rumah menyebabkan ramai mengalami tekanan dan stres berlebihan.

Akibat daripada tekanan tersebut ramai telah mula mengamalkan pemakanan yang tidak seimbang di mana ia menjadi punca utama berlakunya peningkatan berat badan dalam golongan dewasa dan kanak-kanak.

Pesanan makanan dalam talian, sentiasa memasak pelbagai juadah, mencuba makanan ‘viral’ dan sebagainya turut menyebabkan anda mengalami masalah ini khususnya ketika tempoh sekatan pergerakan.

Kesan Obesiti

Perubahan gaya hidup sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bukan sahaja mendorong kepada obesiti, malah ia juga meningkatkan risiko seseorang itu mendapat penyakit-penyakit yang boleh menjejaskan hampir seluruh sistem badan.

Sakit jantung, kencing manis, emosi tidak stabil, strok, sakit sendi, tekanan darah tinggi, angin ahmar dan sebagainya adalah antara kesan sampingan daripada penyakit tidak terkawal ini.

Obesiti tidak hanya berlaku akibat pengabaian penjagaan makanan harian tetapi orang ramai juga kurang melakukan senaman yang membantu meningkatkan kesihatan keseluruhan badan.

Cara Mengatasi

Adakah anda sentiasa memeriksa berat badan anda? Stres melihat angka yang meningkat dalam waktu singkat? Jangan risau, berat badan yang meningkat pasti boleh dikurangkan jika anda mengamalkan gaya hidup sihat.

Adalah penting untuk kita sentiasa menjaga pemakanan seharian bagi mengamalkan kesihatan yang baik. Disenaraikan beberapa cara yang boleh anda ikuti untuk mengurangkan berat yang telah bertambah sepanjang sekatan pergerakan ini.

1. Diet Seimbang

Berat badan sentiasa dikawal melalui diet pemakanan yang seimbang. Berada di rumah sepanjang masa memang meningkatkan selera makanan anda terutamanya apabila terdapat kemudahan pesanan makanan dalam talian.

Anda perlu mengamalkan diet seimbang dengan makan makanan dalam sukatan yang betul. Kurangkan pengambilan makanan berkarbohidrat, gula, serat lemak yang tinggi dan tingkatkan pengambilan sayur-sayuran, buah-buahan serta makanan berasaskan protein seperti ikan, ayam, telur dan sebagainya dalam menu harian anda.

2. Bersenam

Aktiviti bersenam memang tidak terkecuali daripada pelan mengurangkan berat badan. Lakukan senaman ringan di rumah seperti berjalan, skipping, yoga dan lain-lain selama 30 minit hingga 45 minit setiap hari untuk membakar kalori dalam badan anda.

Sentiasa ingat untuk melakukan senaman mengikut kemampuan badan anda bagi mengelakkan berlakunya kecederaan otot.

3. ‘Intermittent Fasting’

Puasa berkala atau lebih dikenali sebagai ‘intermittent fasting’ adalah salah satu cara berkesan yang membantu mengurangkan berat badan. Ia merupakan sejenis kaedah diet yang menyusun pemakanan mengikut jadual yang digilirkan antara waktu makan dan waktu untuk anda berpuasa.

Anda boleh menggunakan kaedah puasa berkala 16/8 iaitu berpuasa selama 16 jam dan boleh makan dalam waktu 8 jam.

Kaedah ini amat membantu tubuh badan anda untuk membakar lemak dengan cepat disamping mengurangkan atau mengehadkan pengambilan makanan harian anda.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Punca Tekanan Minyak Enjin Rendah

Minyak enjin berfungsi untuk membersihkan, mengurangkan kehausan dan memudahkan pergerakan komponen dalaman enjin. Tanpa tekanan minyak yang mencukupi dalam enjin, bahagian enjin tidak akan...

5 Tanda Brek Cakera Rosak

Sistem brek kenderaan memainkan peranan penting sebagai komponen keselamatan yang paling efektif. Terdapat beberapa komponen brek yang perlu disenggara seperti kaliper brek, pad brek,...

6 Makanan Idaman Ketika Musim Hujan

Musim hujan sejak kebelakangan ini menyebabkan suasana sekitar kita semakin sejuk. Pada masa ini ramai akan mencari makanan ‘comfort food’ mereka untuk dinikmati bersama...

6 Tanda Kekurangan Protein Dalam Badan

Protein adalah keperluan asas di dalam setiap sel hidup dan pembinaan blok organ tubuh kita. Ia adalah bahan mentah yang diperlukan untuk tubuh anda...

Tips Melindungi Kereta Daripada Banjir

Jabatan Meteorologi Malaysia baru-baru ini telah meramalkan beberapa kawasan di Malaysia akan menghadapi musim hujan lebat dan banjir. Bagi mengelakkan sebarang situasi yang tidak...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!