Destar Warisan ‘Belalai Gajah’

Dalam usaha mengangkat, menyuburkan dan memartabatkan warisan destar ke persada lebih tinggi, SPANCO menjalinkan kerjasama dengan pengarang destar, Mohd Herin Mansor, bagi melaksanakan inisiatif menyuburkan warisan budaya ini menerusi paparan koleksi 12 jenis destar sepanjang tahun 2021 dalam PRIHATIN iaitu satu destar pilihan dalam setiap bulan. Bagi edisi ketujuh kali ini, PRIHATIN mengetengahkan koleksi destar tanjak Belalai Gajah.

201105SPANCO-0321e (path)

Tanjak merupakan salah satu hiasan kepala yang digunakan oleh kebanyakan masyarakat di seluruh dunia, termasuk Alam Melayu. Tanjak Belalai Gajah adalah nama tanjak yang pernah dipakai oleh Sultan Terengganu, Al-Marhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Zainal Abidin III Mua’azzam Shah sejak tahun 1945 hingga 1979.

Ia juga pernah digunakan oleh Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah dan terkini pula dipakai oleh Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.

Belalai Gajah secara amnya dapat difahami sebagai anggota yang sangat penting bagi gajah. Dalam konteks hiasan kepala, Belalai Gajah bermaksud kuasa, yakni kuasa untuk mengawal tentera dan pahlawan.

201105SPANCO-0301e(path)
Simpulan yang digunakan adalah dinamakan garam sebuku

Manakala tanjak yang dipakai oleh rakyat biasa pula mempunyai sedikit perbezaan dari segi nama dan cara ikatan. Ia dinamakan sebagai ‘Belalai Anak Gajah’ dan mempunyai bentuk yang sama namun berbengkung sebelah dalam dan direndahkan dari tanjak Belalai Gajah.

201105SPANCO-0294e (path)
Pucuk tanjak diletakkan pada sebelah kanan, dikenali sebagai sula

Keunikan tanjak ini terletak pada cara ikatannya iaitu daun pada bahagian atas depan tanjak dikarang dengan menggulungkan ke atas persis seekor gajah yang sedang mengangkat atau melambung belalainya. Manakala, bahagian bawah pula mempunyai tiga lapis dan pucuk tanjak pula diletakkan pada sebelah kanan yang dikenali sebagai ‘sula’.

Berdasarkan Hikayat Melayu, pemakaian destar ini adalah merupakan suatu perkara yang sudah lama diamalkan dalam Alam Melayu dan merupakan salah satu warisan yang penting dan wajar dipertahankan nilai-nilai estetika dan keasliannya.

Oleh itu, ia telah menjadi kewajipan pada semua penggiat aktiviti warisan dan seni budaya Melayu dan orang ramai umumnya untuk menjaga dan memelihara warisan ini agar tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!