Jauhkan Diri Daripada Gajet Dengan Aktiviti Berfaedah

Fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semakin berlanjutan dan menyebabkan orang ramai terkurung di dalam rumah. Ramai meluangkan masa mereka dengan menghadap telefon pintar atau skrin komputer riba untuk tujuan tertentu di mana sangat tidak bagus untuk kesihatan diri. Disenaraikan beberapa aktiviti menarik yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan penggunaan gajet seperti berikut:

1. Perkhemahan

Kita masih tidak dapat keluar seperti biasa untuk melakukan aktiviti sosial atau sukan pada hujung minggu seperti dahulu. Anda masih boleh menikmati keseronokan berikut dengan melakukan aktiviti perkhemahan di rumah bersama ahli keluarga.

Sediakan khemah kecil di halaman atau di belakang rumah anda dengan makanan, permainan menarik, bantal, meja dan sebagainya untuk menyediakan suasana perkhemahan.

Menerusi aktiviti ini juga, anda mampu mengeratkan hubungan silaturahim sesama ahli keluarga dan mengurangkan masa menghadap telefon pintar.

2. Permainan Teka Suai-Jodoh

Salah satu aktiviti menarik yang boleh menjauhkan anda daripada gajet adalah permainan teka suai-jodoh atau lebih dikenali sebagai ‘jigsaw puzzle’. Ia merupakan permainan yang boleh mengurangkan stres dan meningkatkan kesihatan mental individu.

Aktiviti ini memerlukan masa yang lama untuk menyiapkan satu teka suai-jodoh dan mampu mengalihkan fokus pemikiran anda daripada gajet. Dengan ini, anda dapat meluangkan masa yang lama dengan aktiviti bermanfaat serta dapat menjaga kesihatan badan.

3. Permainan Pemikiran Mendalam

Permainan pemikiran mendalam atau kritis seperti catur, kiub rubik, teka silang kata, sudoku dan sebagainya adalah antara aktiviti yang mampu mengalihkan perhatian anda daripada gajet.

Anda boleh meluangkan masa lapang dengan bermain permainan berikut bersama keluarga khususnya kanak-kanak untuk membantu proses tumbesaran mereka.

4. Mencari Harta Karun

Bosan duduk di rumah dengan sentiasa bergerak melalui kawasan yang sama. Marilah kita mengurangkan kebosanan tersebut dengan permainan harta karun bersama keluarga.

Masa inilah anda dapat mengetahui terdapat banyak tempat tersembunyi di rumah yang masih belum anda terokai serta boleh menjadikannya sebagai tempat menyorokkan barang-barang tertentu. Mulakan aktiviti ini dengan tentukan barang dan lokasi yang ingin anda sembunyikan alat tersebut.

Sediakan beberapa petunjuk ‘clue’ bagi para peserta iaitu ahli keluarga anda untuk memudahkan mereka mencari lokasi tersebut.

5. Jamuan Makan

Menyediakan makanan untuk keluarga adalah satu aktiviti yang sangat menyeronokkan terutamanya apabila anda masak bersama ahli keluarga. Oleh kerana makan di dalam restoran telah dilarang, anda boleh menggunakan peluang tersebut untuk menyediakan suasana makan bersama ahli keluarga.

Sediakan pelan menu seharian bersama keluarga dan mulakan aktiviti memasak dengan mereka. Pastikan kanak-kanak di rumah turut menyertai anda dengan memotong sayur-sayuran atau melakukan pertolongan mudah di dapur.

Ia pasti akan mengalihkan tumpuan anda daripada gajet serta dapat meluangkan masa berkualiti bersama mereka.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Punca Tekanan Minyak Enjin Rendah

Minyak enjin berfungsi untuk membersihkan, mengurangkan kehausan dan memudahkan pergerakan komponen dalaman enjin. Tanpa tekanan minyak yang mencukupi dalam enjin, bahagian enjin tidak akan...

5 Tanda Brek Cakera Rosak

Sistem brek kenderaan memainkan peranan penting sebagai komponen keselamatan yang paling efektif. Terdapat beberapa komponen brek yang perlu disenggara seperti kaliper brek, pad brek,...

6 Makanan Idaman Ketika Musim Hujan

Musim hujan sejak kebelakangan ini menyebabkan suasana sekitar kita semakin sejuk. Pada masa ini ramai akan mencari makanan ‘comfort food’ mereka untuk dinikmati bersama...

6 Tanda Kekurangan Protein Dalam Badan

Protein adalah keperluan asas di dalam setiap sel hidup dan pembinaan blok organ tubuh kita. Ia adalah bahan mentah yang diperlukan untuk tubuh anda...

Tips Melindungi Kereta Daripada Banjir

Jabatan Meteorologi Malaysia baru-baru ini telah meramalkan beberapa kawasan di Malaysia akan menghadapi musim hujan lebat dan banjir. Bagi mengelakkan sebarang situasi yang tidak...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!