5 Cara Mudah Penjagaan Kereta Sepanjang Tempoh PKP

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah mengehadkan pergerakan dan menyebabkan kita jarang memandu kereta. Kereta yang diparkir lama juga akan menjejaskan fungsinya. Bagi memastikan kenderaan anda sentiasa berada dalam keadaan baik, disenaraikan beberapa petua penjagaan kereta terutamanya semasa PKP seperti berikut:

1. Tanggalkan Kabel Bateri

Kereta yang tidak digunakan untuk tempoh masa yang lama boleh merosakkan komponen dalaman khususnya bateri. Hal ini kerana kereta yang tidak dihidupkan lama akan menyebabkan kuasa bateri menjadi lemah berpunca daripada alternator tidak dapat mengecas bateri.

Oleh itu, tanggalkan kabel bateri daripada terminal bateri bagi mengelakkan ia rosak, cas berkurangan dan mengalami kesukaran untuk menghidupkan kereta semula. Anda boleh menggunakan spanar yang bersaiz sesuai untuk menanggalkan nat daripada terminal bateri dan mencabut terus sambungannya.

2. Bersihkan Kereta

Pastikan anda menjaga kebersihan kenderaan khususnya bahagian luar walaupun tidak menggunakannya secara kerap semasa PKP. Hal ini kerana kenderaan yang dibiarkan lama dalam keadaan kotor boleh menyebabkan kerosakan pada cat kereta.

Cat boleh terhakis atau pudar apabila terkena cahaya matahari dan kotoran seperti najis burung. Anda disyorkan untuk membersihkan bahagian luaran dan dalaman kereta seminggu sekali bagi mengekalkan kebersihan dan mengelakkan ia menjadi tempat penghuni makhluk perosak.

3. Elak Letak Kenderaan Di Tempat Terbuka

Elakkan daripada meletak kenderaan di tempat terbuka kerana cahaya matahari boleh meningkatkan haba pada kenderaan. Ia secara tidak langsung akan menjadi punca berlakunya kerosakan komponen kenderaan seperti pengelap cermin, bateri, cat dan lain-lain.

Pastikan anda meletakkan kereta di kawasan teduh dan gunakan selimut atau pembalut kereta untuk melindungi kereta daripada cahaya matahari.

4. Lakukan Penyenggaraan Minyak Enjin

Penyenggaraan minyak enjin sangat penting bagi memastikan enjin kereta sentiasa berada dalam keadaan baik. Pastikan anda menukar minyak enjin sebelum menggunakan semula kereta anda agar memastikan jangka hayat komponen enjin tahan lebih lama.

Minyak enjin yang bersih mampu menjaga komponen enjin yang ditinggalkan terlalu lama berbanding minyak kotor yang boleh menyebabkan mendapan kotoran pada komponen enjin. Ia boleh menyebabkan kereta tidak dapat dihidupkan semula, sensor rosak dan bahagian dalaman enjin iaitu piston, ‘crankshaft’ dan ‘camshaft’ tidak dapat berfungsi dengan baik.

5. Elakkan Letak Kereta ‘Parking’ Dengan Brek Tangan

Elakkan penggunaan brek tangan apabila anda meletakkan kenderaan di jalan rata. Hal ini kerana penggunaan brek tangan bagi tempoh masa yang lama sangat berisiko dan boleh menyebabkan masalah seperti kasut brek terlepas daripada besi pemegang.

Oleh itu, anda boleh menggunakan ‘wheel stopper’ atau batu dibelakang tayar bagi menghalang kereta dari gerak ketika parking pada waktu yang lama.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!