Penjagaan Kesihatan Mental Semasa PKP

Keadaan semasa negara yang berjuang dengan pandemik COVID-19 sejak tahun lepas telah menimbulkan pelbagai kesukaran kepada masyarakat. Kehilangan pekerjaan, bekerja dari rumah, kawalan pergerakan, kehilangan insan tersayang akibat COVID-19, berkurung di rumah dan sebagainya telah menjadi faktor utama tercetusnya masalah kesihatan mental.

Tekanan emosi yang dihadapi mereka khususnya sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) juga menjadi punca wujudnya keganasan rumah tangga, perselisihan dengan keluarga, kemurungan, keresahan dan sebagainya.

depressed man sit in underground

Ramai masih sedang berjuang dengan penyakit senyap ini secara berseorangan dan mengalami kesukaran untuk keluar daripada masalah dihadapi. Oleh itu, kami mengambil peluang ini untuk berkongsi beberapa cara atau tips untuk anda mengatasi masalah ini dengan mudah seperti berikut:

1. Kurangkan Penggunaan Telefon Pintar

Tahukah anda menghadap telefon pintar bagi tempoh masa yang lama boleh menjejaskan kesihatan mental diri? Meluangkan lebih banyak masa dengan menghadap telefon pintar boleh mengganggu kesejahteraan psikologi anda.

Kurang kestabilan emosi, masalah kekurangan tidur, kemurungan, berasa lebih sedih, gangguan pemakanan dan sebagainya adalah antara kesan yang dihadapi oleh individu yang meluangkan masa dengan menghadap telefon pintar.

Oleh itu, kurangkan penggunaan telefon pintar demi menjaga kesejahteraan hidup dan mengawal emosi anda daripada perkara-perkara negatif yang tular di media sosial atau mana-mana platform lain.

2. Hadkan Waktu Menonton Berita

Hadkan waktu menonton berita dan televisyen supaya anda dapat mengelakkan daripada mendengar berita mengenai wabak COVID-19 secara keterlaluan. Adalah penting untuk mengetahui keadaan semasa negara, tetapi mengikutinya secara keterlaluan boleh meningkatkan tahap kerisauan dan kemurungan anda.

3. Berkomunikasi Dengan Rakan Atau Keluarga

Memendam perasaan boleh meningkatkan kebimbangan dan keresahan dalam diri. Bagi mengelakkan tercetusnya perasaan tersebut, anda boleh berkomunikasi dengan rakan atau ahli keluarga supaya mereka dapat memberi sokongan sosial dan membantu anda keluar daripada situasi ini.

4. Bersenam

Bersenam bukan sahaja menjaga kesihatan fizikal anda, ia juga membantu menjaga kesihatan mental individu. Melakukan senaman ringkas sekurang-kurangnya tiga kali seminggu dapat membantu badan anda mengeluarkan ‘dopamine’ iaitu sejenis hormon gembira.

Menerusi senaman, minda anda juga akan lebih cerdas dan cergas serta dapat mengekalkan mental yang stabil.

5. Amalkan Pemakanan Sihat

Pemakanan sihat dapat menjaga kesihatan mental kerana ia secara tidak langsung mempengaruhi emosi individu. Menjaga diet harian anda dengan pemakanan yang sihat dan seimbang boleh mengurangkan tahap tekanan dan stres harian.

Mulakan tabiat ini dengan minum air sekurang-kurangkan lapan gelas sehari, makan buah-buahan dan sayur-sayuran serta menambahkan sumber protein yang seimbang untuk mendapat nutrisi yang mencukupi.

6. Mendapatkan Bantuan Pakar

Segera dapatkan bantuan pakar sekiranya anda rasa terbeban dengan perasaan kemurungan dan keresahan diri. Terdapat segelintir individu yang sukar berkongsi masalah yang dihadapi oleh mereka dengan insan terdekat.

Jika anda mengalami masalah kesihatan mental, segera dapatkan bantuan daripada pakar untuk membimbing anda keluar daripada situasi kemurungan ini.

Terdapat banyak bantuan yang diberi oleh kerajaan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan – ‘Non-Governmental Organization (NGO)’ menerusi Talian Kasih 24 jam, Befrienders, Life Line Association Malaysia, Malaysian Mental Health Association (MMHA), All Women’s Action Society (AWAM) dan sebagainya yang sedia membantu anda pada bila-bila masa. Dapatkan bantuan mereka secepat mungkin jika anda alami masalah kesihatan mental.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

Terkini

Tanda-Tanda Alternator Kereta Rosak

Alternator merupakan komponen penting dalam kenderaan yang jarang diberi perhatian sewajarnya oleh pemandu kereta. Ia berfungsi sebagai penjana tenaga elektrik untuk kereta. Pengabaian penjagaan...

5 Tips Melindungi Kereta Daripada Cahaya Matahari

Cuaca panas terik bukan sahaja boleh memberi kesan terhadap individu, malah kenderaan yang terdedah pada cuaca panas melampau juga boleh mengalami kerosakan. Jangka hayat...

5 Amalan Penting Menghindari COVID-19

Wabak COVID-19 telah menjadi isu dunia sejak berlaku penularannya pada pertengahan Disember tahun 2019. Ia masih menjadi isu serius di negara ini ekoran tercetusnya...

Nikmati 5 Juadah Minum Petang PKP

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah menyebabkan orang ramai terpaksa berada di dalam rumah bagi membantu mengekang penularan COVID-19. Berada di rumah sepanjang masa menyebabkan...

5 Tanda ‘Brake Pad’ Mengalami Masalah

Pelapik brek atau lebih dikenali sebagai ‘brake pad’ merupakan satu komponen penting dalam sistem brek yang perlu dijaga dengan baik untuk menjamin keselamatan dan...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!