Bahaya Mengorek Telinga Yang Perlu Anda Ketahui

Ramai gemar mengorek telinga dengan tujuan membersihkannya. Tahukah anda perbuatan demikian boleh merosakkan sistem pendengaran? Telinga perlu dijaga dan dilindungi daripada bahaya supaya ia sihat dan boleh berfungsi dengan baik. Oleh itu, ketahui risiko dan cara penjagaan telinga yang betul seperti berikut:

Risiko Mengorek Telinga

Perbuatan mengorek telinga secara kerap boleh mendatangkan risiko pada kesihatan telinga. Tabiat ini akan mengganggu dinding salur telinga dan menyebabkan rasa lebih gatal dan jangkitan boleh berlaku. Mengorek telinga menggunakan putik kapas hanya menyebabkan tahi telinga ditolak lebih dalam ke gegendang telinga hingga boleh menyebabkan gegendang telinga bocor.

Selain itu, anda juga boleh kehilangan daya pendengaran dengan cepat kerana tabiat ini lama-kelamaan akan merosakkan sistem dalam saluran telinga.

Cara Penjagaan Telinga

Tahi telinga atau lebih dikenali sebagai ‘earwax’ adalah cairan likat yang dihasilkan oleh sel-sel dalam saluran telinga. Ia tidak perlu dibersihkan kerana mempunyai fungsi-fungsi tertentu.

Misalnya ia melindungi dan melembapkan kulit salur telinga, mencegah telinga daripada menjadi kering dan gatal, bersifat anti-bakteria dengan melindungi telinga daripada jangkitan, pembiakan bakteria dan kulat, bertindak sebagai perisai antara persekitaran luar dan gegendang telinga serta menghalang kemasukan habuk, kotoran luar atau serangga kecil seperti semut, nyamuk dan sebagainya.

Perlu atau tidak untuk membersihkan telinga? Berdasarkan cadangan pakar anda tidak perlu membersihkan salur telinga kerana ia boleh menjalankan fungsi pembersihannya sendiri. Walau bagaimanapun, sekiranya anda berasa tidak selesa dengan pengumpulan ‘earwax’ yang banyak, anda boleh melakukan pembersihan kendiri seperti berikut:

1. Gunakan kain bersih yang basah untuk lapkan bahagian luar telinga dengan jari anda.
2. Lakukan temu janji dengan doktor untuk membantu anda membersihkan tahi telinga.
3. Tuangkan satu hingga dua titis minyak bayi atau minyak bijan untuk melembutkan tahi telinga.

Ingat! Elak menggunakan putik kapas, pin rambut, pengorek telinga besi dan sebagainya untuk mengeluarkan tahi telinga kerana ia boleh mencederakan anda.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Punca Tekanan Minyak Enjin Rendah

Minyak enjin berfungsi untuk membersihkan, mengurangkan kehausan dan memudahkan pergerakan komponen dalaman enjin. Tanpa tekanan minyak yang mencukupi dalam enjin, bahagian enjin tidak akan...

5 Tanda Brek Cakera Rosak

Sistem brek kenderaan memainkan peranan penting sebagai komponen keselamatan yang paling efektif. Terdapat beberapa komponen brek yang perlu disenggara seperti kaliper brek, pad brek,...

6 Makanan Idaman Ketika Musim Hujan

Musim hujan sejak kebelakangan ini menyebabkan suasana sekitar kita semakin sejuk. Pada masa ini ramai akan mencari makanan ‘comfort food’ mereka untuk dinikmati bersama...

6 Tanda Kekurangan Protein Dalam Badan

Protein adalah keperluan asas di dalam setiap sel hidup dan pembinaan blok organ tubuh kita. Ia adalah bahan mentah yang diperlukan untuk tubuh anda...

Tips Melindungi Kereta Daripada Banjir

Jabatan Meteorologi Malaysia baru-baru ini telah meramalkan beberapa kawasan di Malaysia akan menghadapi musim hujan lebat dan banjir. Bagi mengelakkan sebarang situasi yang tidak...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!