5 Tempat Berkayak Menarik Di Lembah Klang

Ingin mendekatkan diri dengan alam semula jadi? Lakukan aktiviti berkayak yang memberi peluang untuk anda melihat pemandangan alam sekitar yang mengasyikkan sambil mencabar diri untuk melakukan aktiviti lasak. Disenaraikan beberapa lokasi yang boleh anda kunjungi untuk melakukan aktiviti ini seperti berikut:

kelab tasik putrajaya fb
Sumber: Facebook Kelab Tasik Putrajaya

1. Tasik Putrajaya

Putrajaya dikenali ramai sebagai sebuah bandar raya pintar dan pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan Malaysia. Terdapat tasik cantik dan besar di tengah-tengah wilayah ini yang menawarkan pelbagai aktiviti menarik seperti beriadah, berbasikal, permainan sukan air dan sebagainya.

pj
Sumber: Facebook Kelab Tasik Putrajaya

Bagi yang ingin menenangkan fikiran dan melihat pemandangan cantik, anda boleh melakukan aktiviti berkayak bersama rakan atau keluarga di tasik ini. Anda boleh menyewa kayak tersebut dengan harga rendah untuk durasi selama satu jam dan mengambil gambar cantik yang berlatarbelakangkan Masjid Putra.

tasik sa ig 21zailan_traveller
Sumber: Instagram @21zailan_travel

2. Taman Tasik Shah Alam

Taman Tasik Shah Alam adalah kawasan riadah yang dikelilingi kehijauan yang subur di tengah-tengah pusat bandar Shah Alam. Penduduk kawasan ini gemar mengunjungi taman rekreasi ini untuk melakukan aktiviti riadah dan berkelah pada waktu petang.

Selain taman permainan kanak-kanak, trek joging dan berbasikal, anda boleh melakukan aktiviti berkayak di tasik indah ini untuk menambahkan pengalaman bermakna bersama keluarga.

Terokai pemandangan tasik yang memukau dengan menyewa perahu dayung atau kayak dengan harga berpatutan. Anda juga boleh melihat haiwan yang bebas di taman ini seperti angsa dan bangau ketika berkayak.

metro ig armbrownies
Sumber: Instagram @armbrownies

3. Taman Tasik Metropolitan Kepong

Taman Tasik Metropolitan Kepong yang juga dikenali sebagai Taman Layang-Layang merupakan salah satu taman rekreasi yang terbesar di Kuala Lumpur. Landskap hijau yang cantik serta dilengkapi dengan kemudahan riadah membuatkan ia dikunjungi ramai orang pada waktu pagi dan petang.

layang2 fb
Sumber: Facebook KUALA Lumpur Canoe Association

Bagi peminat aktiviti air seperti berkayak, anda wajib mengunjungi tasik ini kerana ia menawarkan pemandangan alam semula jadi yang mengasyikkan dengan udara segar. Sepanjang melakukan aktiviti berkayak, anda berpeluang untuk melihat keindahan ciptaan Tuhan seperti flora dan fauna yang cantik.

pantai bagan fb Pdwatersport sdn bhd
Sumber: Facebook Pdwatersport sdn bhd

4. Pantai Bagan Pinang

Memancing di atas kayak kini menjadi trend dalam kalangan peminat aktiviti memancing. Sekiranya anda ingin melakukan aktiviti santai ini dengan sedikit cabaran, anda boleh mengunjungi Pantai Bagan Pinang untuk menguji kemahiran memancing anda.

tasik widuri adventure park fb
Sumber: Facebook Tasik Widuri Adventure Park

5. Tasik Widuri Bukit Beruntung

Kawasan rekreasi santai Tasik Widuri Bukit Beruntung mendapat perhatian penduduk bandar Rawang kerana keunikan tasik indah ini.

Tidak seperti tasik yang lain, ia menawarkan aktiviti berkayak sambil memancing. Anda boleh menyelami kehijauan alam sambil melakukan ‘Stand Up Paddleboarding’.

Bukan sekadar itu sahaja, para pengunjung juga boleh melakukan aktiviti lain seperti ‘jungle trekking’, ‘flying fox’, bot santai, ‘abseiling’, berbasikal sekitar tasik dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, anda hanya boleh mengunjungi lokasi-lokasi di atas selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuatkuasa kini berakhir.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!