Hayati Warisan Tanjak Pucuk Rebung

Dalam usaha mengangkat, menyuburkan dan memartabatkan warisan destar ke persada lebih tinggi, SPANCO menjalinkan kerjasama dengan pengarang destar, Mohd Herin Mansor, bagi melaksanakan inisiatif menyuburkan warisan budaya ini menerusi paparan koleksi 12 jenis destar sepanjang tahun 2021 dalam PRIHATIN iaitu satu destar pilihan dalam setiap bulan. Bagi edisi keenam kali ini, PRIHATIN akan mengetengahkan koleksi destar tanjak Pucuk Rebung.

Tanjak adalah salah satu hiasan kepala yang digunakan oleh kebanyakan masyarakat di seluruh dunia, termasuk Alam Melayu. Tanjak Pucuk Rebung mula dipakai oleh Sultan Kedah, Al-Marhum Sultan Badlishah ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah sejak tahun 1943 hingga 1958.

201105SPANCO-0278e (path)
Bahagian gelembung kasih yang melambangkan ibu mengandung

Keunikan tanjak Pucuk Rebung terletak pada namanya yang mempunyai falsafah yang tersendiri iaitu rebung yang masih muda dan bakal menjadi pucuk pemimpin pusat, tampuk kekuasaan dan orang yang memegang kuasa yang tertinggi.

Bahagian pucuknya pula melambangkan anak kecil, manakala gelembung kasih melambangkan ibu mengandung. Bahagian pucuk ini bermula dari sebelah dalam gelembung kasih membawa maksud anak yang dikandung dan dijaga rapi dengan harapan dia menjadi seorang insan yang baik apabila dewasa kelak.

201105SPANCO-0267e (path)
Simpulan terhasil dari kiri ke kanan kain ketika dilipat menjadi segi tiga dan dipanggil hujung kuasa

Dari segi simpulnya pula, ia terhasil daripada kiri dan kanan kain ketika dilipat menjadi segi tiga dan dipanggil ‘hujung kuasa.’ Bagi tanjak ini ‘hujung kuasa’ terletak di bawah sedikit dari ‘pucuk’ (hujung atau puncak kain teratas ketika dilipat menjadi segi tiga).

Selain itu ‘pucuk rebung’ ini juga memberi maksud tanpa jasa orang terdahulu maka tiada hasil untuk orang sekarang. Oleh itu, jangan dipadamkan sejarah atau asal-usul dan digantikan dengan yang baharu apabila sudah mendapat keuntungan atau hasil kerana tanpa rebung, tiadalah pucuk.

201105SPANCO-0258e (path)
Bahagian pucuk melambangkan anak kecil

Menjadi kewajipan pada semua penggiat aktiviti warisan dan seni budaya Melayu serta orang ramai umumnya untuk menjaga dan memelihara warisan ini agar tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!