Pastikan Kenderaan Sentiasa Bersih Dengan Tips Ini

Penjagaan kebersihan kenderaan adalah sangat penting. Selain menghantar kenderaan ke pusat cuci kereta yang menelan belanja yang tinggi, anda boleh melakukan pembersihan secara cepat dan mudah di rumah dengan tips-tips berikut:

1. Menjaga Permukaan Yang Diperbuat Daripada Kulit

Adakah anda menggunakan produk rawatan kulit untuk mengilatkan bahagian dalaman kereta? Anda kini boleh menjimatkan kos tersebut dengan membersihkan permukaan kulit seperti kerusi dan bahagian lain dengan minyak zaitun kerana ia mempunyai keupayaan untuk mengilatkan permukaan tersebut pada keadaan asal.

Tuangkan sedikit minyak zaitun ke atas secebis kain dan lapkan permukaan kulit yang anda ingin bersihkan.

2. Mengilatkan Lampu Kereta

Lampu kenderaan yang terdedah pada cahaya matahari mudah menjadi pudar terutamanya bahagian lampu depan. Ia berlaku kerana lapisan salutan ‘coating’ yang melindunginya semakin nipis.

Anda boleh mengilatkan semula permukaan lampu dengan hanya menggunakan ubat gigi. Sapukan ubat gigi pada permukaan dan biarkan ia selama beberapa minit sebelum membersihkannya dengan air.

3. Menghilangkan Kesan Calar

Kesan calar biasanya terdapat pada permukaan kenderaan disebabkan beberapa faktor. Sekiranya kesan calar tersebut tidak terlalu dalam, anda boleh menghilangkannya di rumah dengan menggunakan ubat gigi sama seperti mengilatkan lampu kereta. Lakukan kaedah yang sama bagi menghilangkan kesan calar tersebut.

4. Menghilangkan Karat

Pernahkah anda melihat kesan karat dalam pemegang minuman atau bahagian lain dalam kenderaan? Kesan karat tersebut perlu dibersihkan segera sebelum ia merebak ke bahagian yang lain.

Anda boleh menggunakan minuman berkarbonat Coca Cola yang dituangkan ke atas kain bagi menghilangkan kesan karat dan kotoran lain dengan mudah dan segera.

5. Lapik Kerusi Belakang

Kanak-kanak suka meletakkan kaki mereka di atas permukaan kerusi belakang. Kesan tapak kasut mereka mudah terlekat dan meninggalkan kesan kotoran. Anda boleh menggunakan lapik bagi melindungi kerusi belakang tersebut.

6. Menghilangkan Habuk

Habuk memang mudah terperangkap di celah-celah salur penghawa dingin, papan pemuka, pemegang minuman dan tempat-tempat lain. Membersihkan permukaan berhabuk terutamanya di salur penghawa dingin sangat mencabar.

Bagi memudahkan kerja pembersihan anda, gunakan gel ‘slime’ atau berus habuk halus untuk memerangkap habuk dengan cepat.

7. Menghilangkan Bau Hapak

Pelapik fabrik pada kerusi kereta mudah berbau akibat tumpahan makanan atau bahan lain yang menghasilkan bau kurang menyenangkan. Selain itu, kelembapan tinggi dalam kenderaan juga menjadi punca wujudnya bau ini.

Gunakan serbuk kopi untuk menyerap bau yang kurang menyenangkan dengan mengikat sedikit serbuk kopi dalam sehelai kain dan letakkannya di ruang yang mempunyai bau tidak diingini.

8. Membuang Pelekat

Gemar menampal pelekat pada cermin kenderaan tetapi tidak suka menanggalkannya akibat kesan gam? Anda tidak perlu risau lagi kerana terdapat cara mudah untuk menanggalkan kesan tersebut dengan menggunakan cuka sahaja.

Lembabkan permukaan cermin yang mempunyai kesan gam itu dengan sedikit cuka dan biarkan selama beberapa minit sebelum mengikisnya perlahan-lahan.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!