7 Kek Keju Kegemaran Malaysia

Kek keju merupakan antara pencuci mulut kegemaran ramai terutamanya bagi penggemar keju. Selain mudah disediakan, ia diminati kerana kelazatan dan keenakannya yang tidak terhingga. Ramai yang mudah jatuh cinta apabila makan kek keju ini disebabkan kelembutan, rasa lemak dan kemanisannya. Kenali beberapa jenis kek keju yang mendapat perhatian peminat kek ini seperti berikut:

oreo bakingamoment.com
Sumber: bakingamoment.com

1. Kek Keju Oreo

Semua penggemar biskut oreo, wajib mencuba kek keju oreo yang dijamin lazat. Pencuci mulut menambat hati ini adalah sangat mudah untuk disediakan dengan hanya menggunakan empat bahan utama seperti biskut oreo, mentega, krim keju dan krim putar ‘whipping cream’.

Kerangupan biskut oreo diikuti keenakan keju menyebabkan kombinasi kek ini berjaya menarik hati peminat kek.

matcha

2. Kek Keju Matcha

Matcha yang diperbuat daripada daun teh hijau ‘green tea’ adalah minuman popular yang berasal dari Asia Timur. Selain minuman, ia kini telah diinovasikan dan dipelbagaikan dalam bentuk makanan seperti kek, bertih jagung, oats, nestum, mee dan sebagainya.

Kek keju matcha juga telah mendapat sambutan hangat dan digemari ramai kerana rasa unik matcha diikuti kelazatan krim keju yang penuh dengan rasa lemak manis. Anda boleh cuba membuat kek ini di rumah atau segera beli di kedai kek berdekatan bagi menikmati keenakan kombinasi unik ini.

best-new-york-cheesecake-2
Sumber: bakerbettie.com

3. Kek Keju New York

Kek keju New York adalah antara kek terkenal dan digemari ramai terutamanya peminat kek keju kerana teksturnya yang sangat halus, berkrim dan mempunyai kandungan krim keju yang padat.

Ia biasanya bersaiz tinggi dengan bahagian atas yang rata dan mempunyai beberapa bahan utama termasuk krim keju, kuning telur, telur, gula dan krim putar. Anda boleh menambahkan sedikit limau untuk mengimbangkan dan meningkatkan rasa krim keju dalam kek ini.

burnt

4. Kek Keju Bakar

Kek keju bakar atau lebih dikenali sebagai ‘burnt cheesecake’ merupakan salah satu makanan yang telah viral dan diminati ramai ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0. Kek ini menggunakan resipi asas tetapi ia dibakar dalam suhu tinggi bagi memperoleh kesan bakar di bahagian luar serta meningkatkan rasa lemak krim keju.

Ia juga enak dimakan bersama buah-buahan seperti strawberi, beri biru, mangga dan sebagainya.

zineb-sakhaoui-5QOq1tDlHRc-unsplash

5. Kek Keju Jepun

Kek keju Jepun adalah antara kek terbaik untuk semua pencinta kek keju kerana ia mempunyai kekenyalan seperti kapas yang lembut. Tekstur lembab, berkrim dan ringan seolah awan menyebabkan ia gemar dimakan oleh setiap individu tanpa henti.

blueberi

6. Kek Keju Beri Biru

Kek keju beri biru atau ‘blueberry’ bukan sahaja sedap malah ia mempunyai tekstur lemak, manis dan masam dalam setiap suapan kek. Diperbuat daripada krim keju, biskut, mentega, beri biru dan krim putar sebagai bahan utama, kek ini sangat mudah untuk disediakan tanpa memerlukan ketuhar.

Rasa kemanisan dan masam kek ini telah menarik perhatian ramai dan menjadi pilihan utama apabila menjamu selera di kedai kek untuk minum petang.

uliana-kopanytsia-ySxSlqeC0YM-unsplash

7. Kek Keju Coklat

Sekiranya anda merupakan seorang ‘chocoholic’, kek keju coklat adalah pencuci mulut paling sesuai untuk anda cuba. Kaya dengan rasa coklat dan keju, kek ini mempunyai tekstur lembab, padat, rangup dan berkrim.

Sepotong kek keju coklat pasti tidak cukup untuk anda menikmati.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!