Lakukan Penyenggaraan Enjin Kenderaan Sebelum Terlewat

Penyenggaraan enjin adalah salah satu penjagaan asas yang perlu diberi perhatian oleh semua pengguna kenderaan. Kecuaian penjagaan komponen ini boleh menyebabkan kenderaan anda mengalami kerosakan dan mengurangkan fungsinya. Oleh itu, ketahui beberapa petua penyenggaraan enjin kenderaan supaya ia dapat berfungsi dengan optimum seperti berikut:

1. Pastikan Enjin Tidak Mengalami ‘Overheating’

Sebagai pengguna kenderaan yang bertanggungjawab, anda perlu memastikan tidak berlakunya ‘overheating’ pada enjin kenderaan anda.

Pastikan anda sentiasa memeriksa bahan penyejuk yang juga dikenali sebagai ‘coolant’ dan menggantikannya mengikut jadual agar dapat meningkatkan prestasi dan jangka hayat kereta.

2. Menukar Minyak Enjin

Minyak enjin ataupun minyak hitam merupakan pelincir yang berfungsi untuk membersihkan, menyejukkan dan melicinkan pergerakan serta mengelakkan kerosakan komponen dalaman enjin. Ia perlu disenggara supaya ia tidak membebankan enjin dan menjejaskan prestasinya.

Lakukan penyenggaraan berkala dengan menukar minyak enjin baharu mengikut tempoh masa penggunaan atau jumlah jarak perjalanan seperti yang disyorkan oleh pengeluar kenderaan.

3. Gantikan Penapis Udara

Enjin kenderaan memerlukan udara untuk berfungsi dengan baik. Penapis udara pula berfungsi sebagai pembersih yang menapis segala habuk, debu, serpihan kecil, debunga dan lain-lain kotoran dari persekitaran luar daripada memasuki sistem pengudaraan kenderaan.

Penapis udara yang tersumbat akan menyekat aliran udara bersih masuk ke dalam enjin dan mengurangkan fungsinya. Oleh itu, pastikan anda sentiasa memeriksa penapis udara serta menggantikannya dengan penapis baharu jika perlu supaya ia dapat menyalurkan udara bersih.

4. Elakkan Memandu Ketika Bahan Api Rendah

Bahan api mengandungi sedimen yang terkumpul di bahagian bawah tangki anda. Memandu kenderaan pada bahan api rendah boleh menyebabkan sedimen tersebut memasuki pam bahan api sehingga menyebabkan kehausan.

Bagi mengelakkan berlakunya kerosakan enjin, anda digalakkan untuk mengisi tangki bahan api sebelum ia menunjukkan amaran kekurangan bahan api.

5. Menukar ‘Timing Belt’

Timing belt’ berfungsi untuk menggerakkan komponen-komponen pada bahagian atas enjin yang dikenali sebagai ‘camshaft’ agar ia seiringan dengan pergerakan ‘crankshaft’ yang berada di bahagian bawah enjin kenderaan.

Kerosakan ‘timing belt’ boleh melibatkan kos yang sangat tinggi kerana komponen dalaman enjin akan turut rosak, patah atau retak. Oleh itu, bagi kenderaan yang menggunakan ‘timing belt’, anda disyorkan untuk menukarnya berdasarkan cadangan pengilang.

Pastikan anda memeriksa perbatuan dan masa penukarannya daripada buku panduan pengguna. Penukaran ini tertakluk kepada jenis, cara penggunaan dan penyelenggaraan kenderaan oleh pemilik.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Kenali Tanda-Tanda Kerosakan ‘Tie Rod’

‘Tie rod’ atau dikenali sebagai rod penghubung adalah sebahagian komponen sistem stereng yang dihubungkan ke roda. Ia adalah bahagian penting dalam sistem stereng kenderaan...

Kepentingan Mematuhi Lampu Isyarat

Lampu isyarat di jalan raya memainkan peranan penting dalam mengawal lalu lintas. Pengguna jalan raya wajib mematuhi lampu isyarat bagi menjaga keselamatan diri dan...

Tempat Wajib DiKunjungi Di Kuantan

Kuantan adalah sebuah bandar raya di negeri Pahang yang sangat terkenal sebagai tempat pelancongan popular. Sekiranya anda merancang percutian ke negeri Pahang khususnya Kuantan,...

Penyakit Strok Penyebab Kematian Ketiga Tertinggi Malaysia

Strok atau angin ahmar adalah penyebab kematian ketiga tertinggi di Malaysia selepas sakit jantung dan pneumonia. Ramai masyarakat mengabaikan gejala awal strok kerana beranggapan...

Program Kursus Pemanduan Dan Pengendalian Honda Civic 1.8S MPV Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Satu program Kursus Pemanduan dan Pengendalian Honda Civic 1.8S Mobile Patrol Vehicle (MPV) Polis Diraja Malaysia telah diadakan pada 20 September 2022 hingga 22...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!