Patuhi Jadual Servis Kenderaan Dan Elakkan Kemalangan

Penyenggaraan kenderaan adalah penting untuk memastikan kereta sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan mempunyai tahap operasi optimum. Kegagalan menghantar kenderaan untuk menjalani servis berjadual boleh menyebabkan komponen kenderaan mengalami kerosakan yang serius.

Oleh itu, anda digalakkan untuk mematuhi jadual servis kenderaan dengan menghantar kereta ke pusat servis tepat pada waktunya bagi menghindari sebarang kerosakan yang tidak dijangka.

Kepentingan Jadual Servis

Jadual servis sangat penting untuk dipatuhi bagi memastikan komponen-komponen kenderaan disenggara dengan baik atau dibaiki jika perlu.

Pemeriksaan kenderaan, pelarasan, pembersihan, uji pandu, pembaikan dan penukaran alat ganti akan dilakukan apabila kenderaan dihantar ke pusat servis. Kerja-kerja yang dilakukan termasuklah menggantikan peralatan yang diramal akan rosak jika ia terus digunakan.

Pembaikan yang hanya dilakukan apabila kereta mengalami kerosakan perlu dielakkan kerana ia akan mengurangkan tahap ketersediaan kereta tersebut. Oleh kerana itu, jadual servis memainkan peranan utama bagi memberi peringatan untuk anda menyenggara kenderaan sebelum berlakunya masalah serius.

SPANCO sentiasa mengambil inisiatif untuk memastikan semua pengguna dimaklumkan mengenai servis berjadual mereka melalui khidmat pesanan ringkas, pelekat yang ditampal pada cermin hadapan kereta, peringatan atau ‘service reminder’ dan ramalan untuk tarikh servis akan datang berdasarkan kepada jarak pemanduan harian.

Kami amat menyanjung dan berterima kasih atas keprihatinan pelanggan untuk sama-sama menjaga kenderaan dan memastikan kenderaan diservis mengikut jadual yang tepat. Luangkan masa anda untuk berkunjung ke mana-mana pusat servis SPANCO untuk melakukan penyenggaraan kereta anda bagi mengelakkan sebarang kerosakan atau kemalangan. Anda juga boleh melakukan temu janji servis melalui aplikasi mobil SPANCO bagi memastikan proses temu janji berjalan dengan lebih lancar.

Keperluan Mematuhi Servis Secara Berjadual

1. Memastikan kereta dapat mencapai tahap operasi yang optimum.
2. Membantu dalam penjimatan bahan api.
3. Meningkatkan keselesaan dan keselamatan penumpang.
4. Mengelakkan kerosakan teruk enjin serta komponen lain seperti tayar, brek, sistem transmisi, sistem gantungan, penyejukan dan sebagainya.
5. Perancangan awal dan penyenggaraan dapat dilakukan dengan lebih awal dan efisien.
6. Meningkatkan jangka hayat kenderaan yang dijaga dengan baik.

Senarai Servis Rutin Dan Antara Alat Ganti

Berikut disenaraikan antara senarai servis rutin dan alat ganti yang perlu diperiksa atau ditukar bila sampai perbatuannya:

• Minyak enjin dan penapis.
• Jajaran dan imbangan tayar.
• Bendalir brek dan transmisi.
• Penapis udara.
• Penapis kabin.
• Penapis bahan bakar.
• Bendalir penyejuk.
• Servis transmisi.
• Servis gandar.
• Servis bateri.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!