Jenis-Jenis Bubur Manis Malaysia, No.7 Paling Sedap

Bubur manis merupakan juadah Malaysia yang terkenal sebagai pencuci mulut, pembuka selera dan sajian utama. Hidangan ini sesuai dimakan pada bila-bila masa terutamanya ketika cuaca sejuk. Berikut disenaraikan beberapa jenis bubur manis yang popular dan enak dimakan:

bubur jagung fb
Sumber: Facebook Masak With Passion

1. Bubur Jagung

Selain direbus atau dibakar, jagung adalah makanan yang boleh dipelbagaikan termasuk dicampurkan dalam masakan mahupun dibuat bubur. Bubur jagung adalah antara hidangan minum petang popular yang digemari ramai.

Diperbuat daripada jagung, santan, gula Melaka dan sagu sebagai ramuan utama, pencuci mulut ini mempunyai rasa lemak dan manis yang sangat enak untuk dimakan. Ia juga mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan seseorang.

Bubur-Pulut-Hitam- newmalaysiankitchen.com
Sumber: newmalaysiankitchen.com

2. Bubur Pulut Hitam

Bubur pulut hitam adalah pencuci mulut yang diperbuat daripada beras pulut dan santan. Ia merupakan pencuci mulut yang terkenal di seluruh Asia Tenggara.

Bubur ini sangat kaya dengan rasa lemak daripada santan dan manis daripada gula Melaka. Walaupun proses penyediaan mengambil masa yang lama kerana penggunaan pulut hitam, juadah ini sangat mudah untuk dimasak dan dimakan pada bila-bila masa.

bubur kacang hijay
Sumber: liputan6.com

3. Bubur Kacang Hijau

Kacang hijau merupakan bahan masakan yang mempunyai kandungan nutrisi tinggi. Selain dimasak sebagai kuih, kacang hijau turut diinovasikan sebagai bubur manis yang senang disediakan dan lazat dimakan bersama roti atau pulut.

Diperbuat daripada kacang hijau, santan dan gula Melaka sebagai bahan utama, hidangan ini mempunyai rasa lemak manis yang lazat. Bubur ini juga merupakan pilihan terkenal untuk dinikmati ketika sarapan atau minum petang.

labu
Sumber: butterkicap.com

4. Bubur Ubi Keledek

Bubur ubi keledek atau juga dikenali sebagai pengat ubi keledek adalah manisan tradisional yang terkenal sejak dahulu sebagai pencuci mulut.

Makanan warisan Malaysia ini digemari orang ramai kerana ia mempunyai rasa krim daripada santan yang enak dan manis untuk dimakan pada waktu pagi dan petang. Bubur ubi keledek ini juga sesuai dimakan bersama pulut atau dicicah dengan roti putih.

pengat pisang
Sumber: resepichenom.com

5. Bubur Pengat Pisang

Bubur pengat pisang yang cukup terkenal di Pantai Timur adalah sajian manis yang biasa dimakan sebagai hidangan minum petang atau dihidangkan sebagai pencuci mulut.

Pisang, santan, sagu, gula Melaka dan daun pandan digunakan sebagai bahan utama untuk memasak hidangan ini. Pisang tanduk atau pisang lang biasa digunakan untuk menyediakan bubur ini tetapi anda juga boleh menggunakan pisang nangka, pisang abu atau pisang berangan.

Bubur-Gandum
Sumber: azianhasan.com

6. Bubur Gandum

Bubur gandum adalah pencuci mulut kegemaran ramai kerana kelazatan kombinasi rasa gandum dan santan yang enak dimakan pada cuaca hujan.

Juadah tradisional yang popular ini dimasak daripada gandum, santan dan gula Melaka sebagai bahan utama. Keenakan bubur gandum sangat menyerlah kerana rasa lemak daripada santan dan manis daripada gula Melaka mempengaruhi hidangan ini. Jangan lepaskan peluang mencuba bubur gandum nanti sebagai minuman petang anda!

dsc02751-s
Sumber: asiantoprecipes.weebly.com

7. Bubur Cha Cha

Bubur cha cha adalah hidangan pencuci mulut terkenal di negara Indonesia dan Malaysia yang dimakan sebagai sarapan pagi. Ia dimasak daripada sagu, ubi jalar, pisang, keladi, santan dan gula bagi menambah keenakan hidangan ini.

Bubur cha cha juga enak dimakan secara panas atau sejuk pada bila-bila masa. Hidangan ini juga sangat popular sehingga orang ramai menghidangkannya sebagai pencuci mulut di majlis kenduri.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!