Kelebihan Tayar Gas Nitrogen

Tayar ialah komponen kenderaan yang penting untuk menjaga keselamatan pengguna apabila memandu di jalan raya. Tahukah anda terdapat dua jenis udara yang boleh digunakan untuk mengisi angin tayar? Berdasarkan kajian, gas nitrogen dikatakan mempunyai kelebihan tersendiri berbanding udara biasa. Mari kita sama-sama mendalami fungsi gas nitrogen dan kelebihan penggunaannya.

Fungsi Gas Nitrogen

Nitrogen adalah sejenis gas yang mempunyai ciri tiada warna, bau dan rasa. Ia membentuk 78 peratus kandungan atmosfera bumi. Penggunaan nitrogen adalah lebih baik kerana angin tidak mudah meresap keluar dan dapat mengawal tahap kebocoran tayar.

Gas ini biasanya digunakan dalam tayar kenderaan yang dipandu dalam halaju tinggi seperti kereta lumba, pesawat udara, kapal angkasa dan jentera perindustrian. Namun, ia juga boleh digunakan oleh kenderaan biasa untuk menikmati kualiti pemanduan yang lebih baik.

Kelebihan Penggunaan Gas Nitrogen

Ketahui kelebihan penggunaan gas nitrogen bagi tayar kenderaan anda seperti berikut:

1. Tekanan Angin Tayar Terkawal

Angin dalam tayar kenderaan akan sentiasa berkurang kerana tindak balas molekul udara. Pengguna perlu kerap memeriksa tekanan angin bagi memastikan ia berada pada prestasi baik.

Penggunaan nitrogen mampu mengawal tekanan angin kerana molekul dalam gas ini lebih besar dan bergerak lebih perlahan daripada angin biasa. Oleh kerana itu, potensi nitrogen meresap dan keluar daripada getah tayar adalah lebih rendah berbanding angin biasa serta membantu mengekalkan tekanan yang optimum bagi tempoh masa lama.

2. Penjimatan Bahan Api

Tekanan tayar yang tepat dalam jangka masa lebih lama dapat menjimatkan penggunaan bahan api. Hal ini kerana tayar dengan tekanan optimum memiliki kadar rintangan pergerakan yang paling rendah. Oleh itu, penggunaan nitrogen dapat memudahkan pemandu dalam menjimatkan penggunaan bahan api.

3. Pengendalian Kenderaan Konsisten

Nitrogen dapat mengoptimumkan prestasi pengendalian kenderaan kerana ia dapat menstabilkan tekanan angin dalam kenderaan. Pemandu kereta lumba dan kenderaan yang menggunakan halaju tinggi dapat merasai perbezaan ini dengan lebih cepat berbanding pengguna kenderaan biasa.

4. Mengurangkan Masalah Haus Dan Lusuh

Nitrogen ialah sejenis gas yang tidak mempunyai kandungan molekul air. Oleh itu, ia mampu mengurangkan masalah haus dan lusuh pada tayar dan komponen lain yang berkaitan dengan roda kenderaan.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Kenali Tanda-Tanda Kerosakan ‘Tie Rod’

‘Tie rod’ atau dikenali sebagai rod penghubung adalah sebahagian komponen sistem stereng yang dihubungkan ke roda. Ia adalah bahagian penting dalam sistem stereng kenderaan...

Kepentingan Mematuhi Lampu Isyarat

Lampu isyarat di jalan raya memainkan peranan penting dalam mengawal lalu lintas. Pengguna jalan raya wajib mematuhi lampu isyarat bagi menjaga keselamatan diri dan...

Tempat Wajib DiKunjungi Di Kuantan

Kuantan adalah sebuah bandar raya di negeri Pahang yang sangat terkenal sebagai tempat pelancongan popular. Sekiranya anda merancang percutian ke negeri Pahang khususnya Kuantan,...

Penyakit Strok Penyebab Kematian Ketiga Tertinggi Malaysia

Strok atau angin ahmar adalah penyebab kematian ketiga tertinggi di Malaysia selepas sakit jantung dan pneumonia. Ramai masyarakat mengabaikan gejala awal strok kerana beranggapan...

Program Kursus Pemanduan Dan Pengendalian Honda Civic 1.8S MPV Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Satu program Kursus Pemanduan dan Pengendalian Honda Civic 1.8S Mobile Patrol Vehicle (MPV) Polis Diraja Malaysia telah diadakan pada 20 September 2022 hingga 22...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!