Awas! Jalan Berlubang Merosakkan Komponen Kenderaan

Memandu di permukaan jalan yang baik dan sempurna adalah keinginan setiap pengguna jalan raya. Namun disebabkan beberapa faktor, jalan raya menjadi berlubang dan ia meningkatkan risiko kemalangan serta kerosakan komponen kenderaan terutamanya tayar, rim dan penyerap hentakan. Ketahui beberapa cara mengurangkan kerosakan kenderaan apabila anda melalui jalan berlubang seperti berikut:

1. Membrek Secara Perlahan

Membrek dengan kuat apabila anda menghampiri jalan berlubang boleh menyebabkan penyerap hentakan bahagian hadapan kereta mengalami kerosakan kerana terhentak dengan kuat.

Ia boleh mengakibatkan kerosakan yang lebih teruk daripada merempuh terus ke dalam lubang itu. Oleh itu, pastikan anda membrek secara perlahan apabila melalui jalan raya yang berlubang.

2. Sentiasa Periksa Tekanan Angin Tayar

Lakukan pemeriksaan tekanan angin secara berkala atau sekali seminggu untuk melindungi rim dan tayar kenderaan anda apabila terkena jalan berlubang. Patuhi tahap tekanan angin tayar yang disyorkan oleh pengeluar kenderaan agar ia sentiasa berada pada tahap yang baik.

3. Kurangkan Kelajuan

Memandu dengan laju di kawasan atau laluan jalan raya berlubang boleh merosakkan komponen kereta terutamanya penyerap hentakan. Perlahankan kenderaan jika anda berasa terdapat gegaran atau gangguan secara tiba-tiba.

Sekiranya anda tidak dapat mengelakkan laluan berlubang dan mengesyaki rim atau tayar kenderaan mengalami kerosakan, kurangkan kelajuan dengan segera dan periksa keadaan kenderaan anda di tepi jalan.

4. Elakkan Membelok Secara Tiba-Tiba

Memusingkan stereng pada saat-saat akhir untuk mengelak jalan berlubang boleh menyebabkan rim dan tayar kereta memasuki lubang pada kedudukan menyilang.

Hal ini turut menyebabkan lebih banyak kerosakan berlaku pada komponen kereta berbanding memasuki lubang pada sudut tepat. Anda juga boleh terlibat dalam kemalangan jika termasuk ke laluan sebelah secara tiba-tiba.

5. Penyenggaraan Penyerap Hentakan

Casis dan komponen kenderaan telah direka untuk menangani ketidaksempurnaan permukaan jalan. Antaranya kadar lantunan penyerap hentakan telah disesuaikan supaya kerosakan akibat merempuh lubang dapat diminimumkan atau dielakkan sama sekali.

Oleh itu, lakukan penyenggaraan berkala agar penyerap hentakan dapat berfungsi secara optimum serta melindungi komponen lain apabila melalui jalan berlubang.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!