6 Aktiviti Berfaedah Untuk Menghilangkan Stres Ketika PKP

Kehidupan masyarakat telah berubah sejak tahun lepas disebabkan wabak COVID-19. Setiap orang mempunyai kaedah masing-masing untuk menyesuaikan diri dengan suasana kebiasaan baharu sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan sekatan-sekatan lain yang menghadkan pergerakan mereka.

Keadaan ini juga telah memberi kesan negatif terhadap emosi dan tingkah laku individu yang terpaksa berkurung dalam rumah untuk tempoh masa yang lama. Bagi menjaga kesihatan mental, berikut dikongsikan beberapa aktiviti mudah dan berkesan untuk mengurangkan tekanan anda dalam mengharungi tempoh PKP baharu ini:

pexels-kamaji-ogino-5093592

1. Kekal Aktif

Salah satu cara utama menghilangkan stres adalah kekal aktif dengan melakukan aktiviti bersenam. Lakukan senaman ringkas selama sepuluh hingga tiga puluh minit bagi mengekalkan minda anda cergas serta membantu melancarkan peredaran darah.

Zumba, yoga, lompat tali, senam regang papan dan sebagainya adalah antara senaman mudah yang boleh anda lakukan bersama keluarga.

menjahit

2. Kraf Tradisional

Aktiviti kraf tradisional seperti menjahit, menghasilkan barang seramik, membuat wau dan sebagainya adalah antara aktiviti berkesan untuk kesihatan mental.

Berdasarkan kajian, aktiviti berikut dapat mengurangkan keresahan, meningkatkan keyakinan, meningkatkan rasa gembira dan melegakan diri daripada sebarang tekanan yang dihadapi oleh seseorang.

Lakukan aktiviti berikut setiap hari bagi mengalihkan tumpuan anda daripada segala masalah dan gangguan fikiran yang memberi impak negatif terhadap emosi anda.

drawing

3. Melukis

Melukis dan mewarna merupakan aktiviti efektif yang dapat mencungkil bakat kreatif dan artistik yang terpendam dalam diri seseorang. Ia mampu menenangkan fikiran individu daripada segala masalah serta membuatkan minda anda relaks dengan cepat.

Gunakan buku lakaran untuk melukis sesuatu yang menarik perhatian anda dan mewarnanya bagi memberi penamat yang cantik.

pexels-rene-asmussen-3887428

4. Menghias Rumah

Menghias rumah atau bilik dengan aksesori buatan sendiri atau lebih dikenali sebagai ‘Do It Yourself – DIY’ adalah satu aktiviti menyeronokkan yang boleh anda lakukan sepanjang tempoh PKP ini bersama keluarga.

Membuat bingkai foto, mengecat, menampal kertas dinding, menukar langsir dan sebagainya boleh dilakukan pada masa lapang anda untuk mengalihkan tumpuan daripada keadaan semasa yang membimbangkan.

mengait

5. Mengait

Tahukah anda mengait mampu mengurangkan stres otak? Pergerakan yang berulang dengan rentaknya yang tersendiri menjadikan aktiviti mengait ini satu perkara yang boleh menenangkan fikiran seseorang.

Mulakan mengait sarung bantal, beg, alas meja, pakaian bayi dan sebagainya untuk kekal fokus serta mengurangkan stres semasa.

baking

6. Memasak

Memasak atau membakar kek adalah satu aktiviti yang memerlukan perancangan, tumpuan dan perhatian yang mengaktifkan minda anda. Pada fasa PKP tahun lalu, ramai memanfaatkan masa lapangnya dengan melakukan aktiviti ini bersama keluarga.

Memasak pasta, kek, pelbagai jenis pencuci mulut dan sebagainya mampu mengurangkan stres harian anda.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!