7 Cara Menyambut Aidilfitri Dalam Norma Baharu

Susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat wabak COVID-19, sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun 2021 sekali lagi akan disambut dalam norma baharu. Walaupun tidak dapat balik ke kampung halaman untuk menziarahi ibu bapa dan sanak saudara, mari kita mengambil kesempatan ini dengan menyambut hari raya dalam kalangan keluarga kecil sahaja demi membendung musuh ‘halimunan’ ini.

Disenaraikan beberapa cara baharu untuk anda menyambut hari raya tahun ini seperti berikut:

1. Menghias Rumah

Aktiviti menghias rumah untuk menyambut Syawal pertama adalah antara aktiviti kegemaran ramai. Walaupun tiada orang datang menziarahi anda, kita tetap mahu memastikan bahawa rumah kita tampil berseri dan dihias dengan cantik.

Lakukan persiapan awal kali ini bersama anak-anak dengan menukar langsir baharu, memasang pelita buluh, dekorasi kraf gantung, karpet baharu dan sebagainya. Menerusi aktiviti ini, anda juga dapat meluangkan masa bersama anak-anak dan mampu mengeratkan hubungan antara keluarga.

2. Panggilan Video

Jarak bukan penghalang untuk kita menyambut hari raya bersama keluarga yang berada di kampung dengan adanya teknologi terkini.

Manfaatkan penggunaan teknologi dengan membuat panggilan video antara ahli keluarga pada Syawal pertama. Meriahkanlah panggilan ini dengan berpakaian lengkap baju raya dan bergambar dalam talian.

3. Solat Bersama Keluarga

Oleh kerana bilangan jemaah dihadkan di masjid dan surau, anda boleh mengerjakan solat sunat Aidilfitri bersama keluarga secara berjemaah di rumah masing-masing.

4. Agihkan Kuih Raya Kepada Jiran

Sambutan raya mesti tidak lengkap tanpa juadah istimewa terutamanya kuih raya. Pelbagai aneka kuih raya pasti disediakan di setiap rumah bagi menjamu selera menjelang pagi raya.

Agihkan kuih raya tersebut kepada jiran-jiran sebelah rumah anda agar mereka juga dapat merasa suasana hari raya.

5. Masak Bersama Keluarga

Sambutlah lebaran kali ini dengan memasak lauk istimewa raya bersama keluarga. Jemput anak-anak untuk menolong anda memasak juadah raya seperti Lemang, Rendang, Ketupat, Nasi Impit, Kuah Kacang dan sebagainya bersama-sama di pagi raya.

6. e-Duit Raya

Salah satu tradisi Hari Raya yang paling menyeronokkan adalah memberi dan menerima duit raya. Dengan keluarga dan rakan-rakan yang berada jauh dari anda, inilah masanya untuk membawa tradisi ini dengan sentuhan era digital menerusi e-Duit Raya.

Walaupun tidak dapat bersalam-salaman dan memberi sampul duit raya secara bersemuka, anda masih boleh mengekalkan tradisi ini dengan menggunakan perkhidmatan e-Duit Raya.

7. Kirim Hadiah

Kirimkan hadiah kepada keluarga tersayang anda dengan menghantar makanan, pakaian, kuih raya dan barang-barang lain melalui servis penghantaran ‘e-hailing’ bagi menunjukkan kasih sayang anda pada mereka.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!