5 Punca Gear Susah Masuk

Transmisi kenderaan yang bermasalah atau juga dikenali sebagai gear susah masuk’ adalah satu situasi yang boleh dihadapi oleh pemandu kenderaan. Hal ini berlaku apabila kotak gear mula meragam disebabkan perkara-perkara berikut:

1. Kekurangan Minyak Gear

Minyak gear berfungsi untuk memastikan kelinciran pergerakan gear ketika kenderaan bergerak. Ia turut membersihkan dan menjaga permukaan logam gear daripada haus serta memberi tekanan pergerakan ketika menukar gear.

Kekurangan minyak gear akan mengganggu kelancaran pertukaran gear semasa memandu di jalan raya. Hal ini kerana kotak gear tidak dapat menghasilkan tekanan hidraulik yang mencukupi untuk menggerakan komponen dalaman semasa berlakunya pertukaran gear.

Pastikan anda sentiasa memeriksa paras minyak gear dan menambah minyak jika ia berada pada paras rendah dan gantikan minyak baharu apabila ia bertukar warna kepada hitam akibat pertambahan kekotoran dan kelikatan.

2. Getah Seal Mengeras

Adakah anda mengalami kesukaran menukar gear pada waktu pagi? Gear ‘D’ atau ‘R’ lambat berfungsi? Masalah ini terjadi akibat getah seal atau lebih dikenali sebagai ‘O-ring seal’ mengeras.

Struktur getah seal akan cepat mengeras akibat berlakunya kebocoran tekanan di dalam kotak gear. Pastikan sentiasa mematuhi jadual penyenggaraan dan memeriksa keadaan getah seal agar tindakan pencegahan awal dapat diambil dengan cepat.

3. Tekanan Hidraulik Tidak Sempurna

Proses pertukaran gear akan mengalami masalah apabila tekanan hidraulik yang dihasilkan dalam kotak gear tidak sempurna. Kehilangan sifat elastik getah seal menjadi punca berlakunya kebocoran tekanan hidraulik sehingga mengganggu proses pertukaran gear.

Bagi membaik pulihkan kenderaan anda, segera rujuk bengkel berdekatan untuk melakukan tindakan selanjutnya.

4. Kerosakan Sistem Elektronik

Kerosakan sistem elektronik dalaman kenderaan seperti solenoid yang bertindak balas untuk memberi isyarat dari modul kawalan penghantar menyebabkan kegagalan pertukaran transmisi. Ia secara tidak langsung menyebabkan pergeseran kasar berlaku hingga menghalang kereta anda daripada bergerak.

Oleh itu, pastikan anda melakukan pemeriksaan berkala pada sistem tersebut bagi memastikan semua komponen dalaman berfungsi dengan baik.

5. Punat Kunci Syif Tidak Dilepaskan

Punat kunci syif yang lebih dikenali sebagai ‘shift lock’ adalah satu punat kecil yang terletak bersebelahan tombol gear. Ia berfungsi untuk melepaskan transmisi anda daripada P.

Kadang-kadang anda tidak dapat mengalihkan transmisi kenderaan kerana punat kunci syif tidak dilepaskan dengan cara betul. Gunakan buku manual sebagai panduan untuk mengetahui cara betul penggunaan punat kunci syif ini.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!