6 Cara Meningkatkan Keselamatan Siber

Jenayah siber semakin meningkat di seluruh dunia sehingga keselamatan penggunaan teknologi menjadi tidak terjamin. Penjenayah siber sentiasa mencari sasaran baharu bagi menyerang dan mencuri maklumat peribadi untuk tujuan tertentu yang menjejaskan keselamatan pengguna. Bagi melindungi diri daripada menjadi mangsa jenayah ini, ikuti beberapa langkah berikut untuk meningkatkan keselamatan siber apabila anda melayari laman sesawang atau rangkaian lain.

1. Gunakan Kata Laluan

Penggunaan kata laluan adalah sangat penting bagi melindungi data peribadi anda ketika melayari laman web tertentu. Anda digalakkan untuk menggunakan kata laluan kukuh yang mengandungi huruf, nombor dan simbol agar memastikan maklumat sulit atau peribadi terpelihara daripada capaian pengguna yang tidak sah.

Selain itu, anda juga digalakkan untuk menukar kata laluan secara berkala iaitu sekurang-kurangnya enam bulan sekali dan elakkan penggunaan kata laluan yang sama agar akaun kewangan, rekod kredit dan aset lain tidak mudah diceroboh oleh sesiapa.

2. Kemaskini Perisian Keselamatan

Perisian keselamatan adalah satu program yang dirancang untuk melindungi maklumat dalam sistem komputer, rangkaian atau sebarang peranti mudah alih. Ia mengawal akses pihak ketiga, memberikan perlindungan data, melindungi sistem dari virus atau gangguan jaringan internet serta mempertahankan risiko keselamatan sistem lain.

Oleh itu, lindungi perisian komputer atau telefon pintar anda dengan mengemaskini perisian keselamatan seperti antivirus atau anti-spyware terkini. Elakkan daripada menggunakan perisian keselamatan yang telah tamat tempoh kerana ia tidak akan melindungi data anda.

3. Fikir Sebelum Klik

Pengguna internet tanpa sempadan kini semakin hari semakin berleluasa hingga memudahkan perkongsian maklumat dilakukan pada bila-bila masa. Jari-jemari ini lebih cepat bertindak dengan klik sesuatu rangkaian dengan mudah tanpa melihat konteks sepenuhnya.

Bagi mengelakkan diri daripada melakukan perkongsian yang menyinggung perasaan orang atau memberi kesan negatif pada orang lain, pastikan jangan sesekali klik pada pautan yang berunsur negatif.

Segera padamkan e-mel, pautan atau lampiran yang mencurigakan termasuk dari orang yang tidak dikenali agar dapat melindungi data peribadi anda dicuri atau digodam oleh insan tidak bertanggungjawab.

pexels-sora-shimazaki-5935788

4. Waspada Jenayah Siber

Jenayah siber boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja untuk mengancam pengguna. Penipuan, judi siber, pengintipan, skim cepat kaya, penyebaran virus, pornografi, kecurian maklumat, menyalin perisian secara tidak sah dan sebagainya adalah antara jenayah siber yang dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Bagi mengelakkan diri menjadi mangsa jenayah siber, jangan benarkan orang lain menggunakan identiti dan kata laluan akaun e-mel atau media sosial anda. Selain itu, elakkan daripada melayari laman sesawang dan blog serta menyebar kandungan yang berunsur lucah, fitnah, hasutan dan lain-lain.

Sentiasa berhati-hati dan jangan mudah terpedaya dengan tawaran atau maklumat daripada individu yang tidak dikenali yang menghubungi anda melalui e-mel atau media sosial.

5. Elakkan Daripada Terpedaya

Ramai kini mudah terpedaya dengan kandungan laman web, blog atau e-mel yang bersifat mempengaruhi individu untuk menyertai peraduan atau skim-skim yang memberi langkah pintas untuk membuat keuntungan.

Elakkan daripada terus mempercayai kandungan sebegitu yang disebarkan oleh orang yang tidak dikenali melalui e-mel, panggilan, blog atau mana-mana rangkaian lain. Sebelum bertindak untuk menyertai sebarang peraduan atau skim, sentiasa pastikan anda semak atau rujuk kepada mana-mana sumber yang sahih.

6. Laporkan Kepada Pihak Berkuasa

Pengguna internet yang menjadi mangsa jenayah siber seringkali tidak melaporkan kepada pihak berkuasa kerana perasaan takut atau malu. Seandainya anda telah ditipu atau di ‘scam’ oleh sesiapa, segera laporkan kejadian tersebut kepada pihak berkuasa agar mereka dapat membantu anda.

Selain itu, pastikan anda membuat laporan sekiranya terdapat kebocoran maklumat, kehilangan sebarang aset Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology – ICT) atau sebagainya kepada pihak berkuasa atau pihak bahagian teknologi maklumat di tempat kerja anda untuk melakukan siasatan selanjutnya.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

Terkini

Punca Silau Mata Ketika Memandu

Rabun silau adalah satu masalah gangguan penglihatan yang berlaku disebabkan oleh kelengkungan kornea. Ia menyebabkan seseorang mengalami penglihatan kabur pada sesetengah jarak dan sukar...

Kepentingan Menjaga Cermin Hadapan Kereta

Cermin hadapan kereta merupakan komponen yang perlu dijaga dengan baik demi menjamin penglihatan dan memastikan keselamatan pemanduan. Penglihatan pemandu boleh terjejas jika permukaan cermin...

Warisan Getam Tanjung Penaga

SPANCO telah menjalinkan kerjasama dengan pengarang destar, Mohd Herin Mansor dalam mengangkat dan memartabatkan warisan Alam Melayu ke persada yang lebih tinggi bagi menghidupkan...

8 Tempat Percutian Menarik Di Langkawi

Setelah berbulan-bulan terpaksa berhadapan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, rakyat Malaysia kini dapat menikmati percutian bersama keluarga melalui kebenaran gelembung pelancongan Langkawi. Pengumuman...

Cara Membrek Kereta Dengan Betul

Membrek ialah satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh setiap pemandu bagi mengawal kenderaan. Teknik membrek yang betul bukan sahaja penting untuk keselamatan malah ia...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!