Elakkan Pembaziran Makanan Di Bulan Puasa

Saban tahun, isu pembaziran makanan menjadi topik hangat dalam kalangan rakyat terutamanya di bulan Ramadan. Tahukah anda berdasarkan hasil kajian Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam ‘Solid Waste And Public Cleansing Management Corporation’ – (SWCorp) sebelum ini, anggaran rekod pembaziran makanan pada bulan Ramadan adalah sangat tinggi iaitu 270, 000 tan metrik berbanding hari-hari biasa? Memang sangat mengejutkan!

leftover freepik
Sumber: Freepik

Punca Pembaziran Makanan

Kecenderungan orang ramai membeli juadah berbuka tanpa mengawal nafsu menjadi punca utama berlakunya pembaziran makanan.

Selain itu, bazar Ramadan dan bufet makanan di hotel juga telah menyumbang kepada isu pembaziran ini. Pelbagai juadah makanan dan hampir beratus-ratus jenis lauk yang dijual di tempat tersebut telah menyebabkan berlakunya peningkatan mendadak dalam pembaziran makanan.

Cara Mengelakkan Pembaziran

1. Memasak Di Rumah

Langkah paling mudah dan berkesan untuk mengelakkan perkara ini berlaku adalah masak di rumah. Perancangan awal menu masakan dan pembelian bahan-bahan dapur yang diperlukan sangat membantu dalam mengurangkan pembaziran kerana anda mengetahui kuantiti yang perlu dimasak untuk keluarga.

2. Simpan Lebihan Makanan

Amalkan rutin simpan lebihan makanan dalam peti sejuk agar ia tidak basi dan dibuang begitu sahaja. Makanan lebihan ini juga boleh dimakan pada waktu sahur dengan menyahbekukannya dalam ketuhar gelombang.

Selain itu, ia juga memudahkan anda daripada memikir menu baru untuk sahur serta menjimatkan tenaga dan masa pada waktu subuh.

3. Berkongsi Makanan

Seandainya anda terbeli makanan yang lebih, ambillah peluang tersebut dengan membawa pulang lebihan makanan untuk berkongsi bersama rakan atau keluarga anda.

Selain itu, anda juga boleh beramal dengan menderma makanan yang belum disentuh kepada orang yang memerlukan.

4. Merancang Pembelian Awal

Sentiasa bersikap hemat apabila membeli makanan di bazar atau mengambil makanan secara bufet. Rancang pembelian anda di bazar dengan menyenaraikan makanan yang diperlukan dengan kuantiti yang betul.

Manakala, ambil makanan di bufet dalam kuantiti yang diperlukan atau mengikut saiz perut anda. Elakkan pengambilan makanan mengikut nafsu setelah melihat ratusan jenis makanan depan mata anda.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!