Kempen Cabutan Bertuah Temu Janji Servis Melalui Aplikasi Mobil SPANCO

Satu Kempen Cabutan Bertuah Temu Janji Servis Melalui Aplikasi Mobil SPANCO telah dianjurkan oleh Jabatan Khidmat Pelanggan ‘Customer Relationship Management’ – (CRM) pada tahun ini sebagai satu usaha mempromosikan penggunaan dan meningkatkan kesedaran bagi membuat temu janji servis melalui Aplikasi Mobil SPANCO. Buat masa ini kempen ini hanyalah khusus untuk pengguna yang membuat temu janji servis di Pusat Servis Wilayah Batu Caves dan Pusat Servis Wilayah Bangi sahaja.

Pemenang yang bertuah akan memenangi hadiah berbentuk Payung Edisi Terhad SPANCO dalam kempen yang akan diadakan setiap tiga bulan sepanjang tahun ini. 20 pemenang cabutan bertuah pertama untuk tempahan servis bulan Januari hingga Mac 2021 telah berjaya dipilih pada 27 April yang lalu. Setiap cabutan telah dipilih secara rawak dengan menggunakan perisian ‘Random Picker Wheel’. 

Outlook-0cixfwqm

Daripada jumlah pemenang tersebut, sebanyak 10 pemenang adalah dari pelanggan Pusat Servis Wilayah Batu Caves dan 10 pemenang lagi adalah pelanggan dari Pusat Servis Wilayah Bangi.

Untuk pengetahuan anda, Aplikasi Mobil SPANCO telah diperkenalkan sejak tahun 2016. Pelbagai usaha dilakukan oleh SPANCO bagi meningkatkan penggunaan aplikasi ini agar memberi kemudahan kepada pelanggan untuk melakukan temu janji servis dan menikmati perkhidmatan lain yang disediakan melalui telefon pintar.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Akuasatah Punca Kereta Terbabas

Sejajar dengan kempen keselamatan jalan raya ‘Road Safety Awareness Campaign’ SPANCO, PRIHATIN terpanggil untuk sama-sama menyebarkan maklumat bagi meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai langkah-langkah...

5 Punca Gear Susah Masuk

Transmisi kenderaan yang bermasalah atau juga dikenali sebagai ‘gear susah masuk’ adalah satu situasi yang boleh dihadapi oleh pemandu kenderaan. Hal ini berlaku apabila...

7 Cara Menyambut Aidilfitri Dalam Norma Baharu

Susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat wabak COVID-19, sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun 2021 sekali lagi akan disambut dalam norma baharu. Walaupun tidak dapat...

6 Aktiviti Berfaedah Untuk Menghilangkan Stres Ketika PKP

Kehidupan masyarakat telah berubah sejak tahun lepas disebabkan wabak COVID-19. Setiap orang mempunyai kaedah masing-masing untuk menyesuaikan diri dengan suasana kebiasaan baharu sepanjang Perintah...

5 Punca Enjin Kereta Gagal Dihidupkan

Ada antara kita yang kadang-kala mengalami masalah enjin kenderaan yang tidak boleh dihidupkan secara tiba-tiba. Pernahkah anda terfikir punca berlakunya masalah ini pada ketika...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!