Amalan Pemakanan Sihat Di Bulan Ramadan

Sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini, penjagaan makanan sangat penting bagi menjaga kesihatan diri. Perbezaan tabiat makanan dan rutin seharian dalam tempoh sebulan ini boleh mengakibatkan pelbagai masalah penghadaman berlaku termasuk penyakit gastrik. Oleh itu, amalan pemakanan sihat sepanjang berpuasa sangat penting demi mengelakkan kesan-kesan negatif wujud pada kesihatan.

Dengan ini disenaraikan beberapa makanan berkhasiat yang perlu diambil ketika sahur dan iftar seperti berikut:

Empat Makanan Sahur Berkhasiat

Makanan ketika sahur adalah sumber tenaga utama bagi menjalani ibadah puasa sepanjang hari. Pemilihan makanan yang betul serta berkhasiat sangat penting untuk membekalkan nutrisi seimbang dalam badan. Jangan lupa sertakan makanan berikut dalam menu sahur anda:

1. Makanan Berkarbohidrat

Makanan yang berasaskan karbohidrat kompleks seperti oats, nasi, roti atau biskut mempunyai kandungan serat, vitamin dan nutrien yang tinggi dan cukup untuk membekalkan tenaga seharian.

Makanan jenis ini juga memerlukan masa yang lama untuk dicerna dan membantu anda mengurangkan rasa lapar kerana ia mengambil masa sekurang-kurangnya 8 jam untuk mencerna sepenuhnya.

2. Makanan Menghidrat

Cuaca panas dan lembab seharian boleh menyahhidratkan anda dengan cepat. Bagi kekal berhidrat, amalkan makanan yang mempunyai kandungan air tinggi seperti tembikai, timun, tomato, cendawan, brokoli, oren, epal, nenas, pir dan sebagainya dalam makanan sahur anda.

Terdapat lebih daripada 80% kandungan air pada buah-buahan dan sayur-sayuran jenis air yang boleh membantu anda kekal hidrat sepanjang hari, menghilangkan rasa sakit perut, gastrik dan melancarkan masalah penghadaman.

3. Makanan Protein

Makanan berasaskan protein mampu membekalkan tenaga bagi mengekalkan anda aktif dan ia juga memperlahankan proses pencernaan. Telur, ikan, keju, kekacang, lentil, ayam dan sebagainya adalah antara makanan protein yang bagus untuk sahur.

Makanan Berkhasiat Sewaktu Iftar

1. Jus Buah-Buahan

Amalkan minuman jus buah-buahan yang segar sewaktu berbuka puasa kerana ia mampu mengembalikan tahap glukosa dalam badan ke tahap normal. Selain itu, ia mampu membekalkan pelbagai nutrisi dan zat penting pada tubuh badan daripada minuman air lain.

2. Aneka Sup

Sup sayur, ayam atau daging mengandungi zat yang mencukupi dan ia mampu membangkitkan selera untuk makan pada waktu iftar. Makanan jenis ini sesuai dimakan ketika berbuka kerana senang dihadam perut.

Tambahkan sayur-sayuran atau kekacang untuk meningkatkan zat makanan bagi kekal sihat.

3. Elakkan Makanan Pedas

Elakkan mengambil makanan pedas semasa berbuka kerana ia boleh mengakibatkan ketidakselasaan perut. Selain itu, anda akan terdedah dengan risiko untuk mengalami keadaan seperti pedih perut atau cirit-birit, sekali gus menyebabkan anda mendapat dehidrasi.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!