Kenali Jenis-Jenis Pengamal Vegetarian

Istilah vegetarian telah banyak disalah fahami oleh ramai orang dengan mengklasifikasikannya sebagai orang yang makan sayur atau buah sahaja. Ia merupakan pandangan yang salah kerana terdapat beberapa jenis vegetarian yang diamalkan dalam kehidupan harian mereka. Bagi memberi pemandangan yang jelas, disenaraikan beberapa jenis ‘vegetarian’ yang perlu anda ketahui seperti berikut:

1. Vegan

Terdapat banyak individu yang mengamalkan pemakanan ‘Vegan’ terutamanya di negara barat. Seseorang vegan tidak makan sebarang produk haiwan dan seumpamanya kerana mereka mempunyai perasaan yang terlalu menyayangi haiwan.

Selain tidak mengambil daging, ikan dan makanan berasaskan haiwan, seseorang vegan juga tidak makan telur, produk tenusu dan menggunakan produk hiasan haiwan seperti pakaian sutera, kulit, sabun lemak dan sebagainya.

2. Ovo Vegetarian

Vegetarian jenis ovo pula adalah seseorang yang tidak makan daging, ikan, segala jenis haiwan dan produk tenusu seperti susu, keju, yogurt tetapi mereka masih boleh makan telur.

Sesiapa yang mempunyai alahan terhadap susu tenusu kerana intolerans laktosa boleh mengamalkan gaya hidup ovo vegetarian supaya badan mereka mampu mencerna gula dengan baik daripada laktosa produk susu. Susu kacang soya, oats, badam, gajus dan lain-lain berasaskan kacang adalah pilihan alternatif mereka.

3. Lakto Vegetarian

Bagi seseorang yang mengamalkan gaya pemakanan lakto vegetarian pula tidak memakan daging, ikan, telur dan lain-lain produk berasaskan haiwan. Walau bagaimanapun, lakto vegetarian menggunakan produk tenusu seperti keju, susu dan yogurt dalam makanan harian mereka.

4. Pescatarian

Vegetarian jenis pescatarian agak unik kerana mereka tidak makan daging merah tetapi boleh makan ikan dan makanan laut lain. Pengamal pescatarian juga dirujuk sebagai seorang yang mengamalkan diet ‘semi-vegetarian’ atau ‘flexitarian’ kerana selain sayur-sayuran dan buah-buahan mereka memilih untuk makan ikan.

5. Pollotarian

Vegetarian jenis pollotarian adalah seseorang yang mengamalkan gaya pemakanan daging burung sahaja diikuti sayur dan buah dalam menu harian mereka. Corak pemakanan ini sebagai langkah pertama mereka untuk menjejak ke gaya hidup vegetarian manakala sesetengah individu pula mementingkan kesihatan dan persekitaran akibat memakan daging merah.

Ia sama seperti pescatarian, diet ‘semi-vegetarian’ ini mengehadkan pemakanan daging tetapi cuba sedaya upaya untuk mengamalkan makanan berkhasiat.

6. Flexitarian

Flexitarian adalah amalan makanan ‘semi-vegetarian’ seperti lauk daging, ayam, ikan, makanan laut, telur, sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang dan sebagainya dalam makanan harian mereka.

Perbezaan bagi jenis flexitarian adalah mereka cuba mengurangkan pemakanan daging haiwan dan melebihkan makanan berasaskan sayuran dan kekacang supaya dapat menjalani diet berasaskan tumbuhan sepenuhnya.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!