Teknologi Menukar Gear Dengan Memusingkan Tombol Sahaja

Teknologi automotif semakin maju dengan pelbagai ciptaan baharu bagi sesebuah kenderaan termasuk rekaan terkini, kawalan rotari dwi-tindan (dual stack controller). Teknologi kabin pada kereta baharu ini telah diperkenalkan oleh syarikat pembekal sistem mekanikal dan elektromekanikal, GHSP pada awal tahun ini dalam satu pameran.

Apakah Itu Kawalan Rotari Dwi-Tindan?

Rekacipta baharu ini hadir dalam bentuk tombol rotari untuk menukarkan gear dan mengawal sistem infotainmen yang direka dalam dua tingkat saling bertindan. Ia direka bentuk sebagai unit intuitif dan minimalis kerana ia membolehkan pemandu mengawal keseluruhan sistem kereta mereka dengan satu alat kawalan pelbagai fungsi.

Tombol kawalan ini berada di konsol tengah kenderaan di mana tingkat pertama akan timbul apabila enjin telah dihidupkan. Kemudian, ia dapat diakses selepas pemandu mengesahkan cap jari pada skrin atas. Setelah cap jari disahkan, sistem kereta akan terus memaparkan ketetapan disetkan oleh pemandu seperti saluran radio kegemaran, posisi kerusi dan sudut cermin sisi.

GHSP

Tombol rotari di tingkat pertama turut digunakan bagi mengawal gear kenderaan dengan memusingkan tombol mengikut tahap pemanduan yang diperlukan.

Manakala tombol rotari pada tingkat bawah adalah bagi melaras infotainment dengan dering tolak yang dapat digunakan untuk mengawal pelbagai fungsi lain. Ia boleh diputarkan 360 ̊ dan ditekan untuk membuat tetapan.

GHSP 3
Sumber: www.autocarpro.in

 

Walaupun susunan rotari ini agak mengelirukan pengguna, setiap lapisan mempunyai bentuk tombol yang berbeza di mana ia menjadikan mereka mudah untuk membezakan antara satu sama lain. Alat kawalan ini juga boleh disesuaikan kerana pemandu dapat mengubah mengikut kepekaan mereka.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!