6 Buah Negara Yang Boleh Dikunjungi Dengan Perbelanjaan Murah

Ramai salah sangka bahawa melancong ke luar negara adalah satu kegiatan yang memerlukan bajet tinggi. Terdapat banyak lokasi luar negara yang boleh anda kunjungi dengan kos yang berpatutan. Berikut disenaraikan beberapa buah negara bagi memudahkan anda merancang percutian bersama keluarga atau rakan anda setelah wabak COVID-19 berakhir kelak:

thai

1) Thailand

Thailand merupakan salah satu negara yang terdapat dalam ‘bucket list’ setiap individu untuk mengunjungi tempat-tempat yang unik dan cantik di sini. Negara asia ini mempunyai banyak lokasi yang memukau mata pelancong seperti Bangkok, Hat Yai, Phuket dan sebagainya yang menawarkan pakej percutian menarik.

bangkok

Bagi menjimatkan kos pengangkutan, para pelancong boleh pergi ke sesuatu destinasi dengan menaiki perkhidmatan Tuk Tuk atau van yang banyak terdapat di negara ini.

Selain itu, terdapat banyak pulau cantik, tempat seni dan budaya yang unik, muzium bersejarah dan makanan lazat yang boleh didapati dan dikunjungi dengan harga berpatutan.

cambodia

2) Kemboja ‘Cambodia’

Kemboja atau lebih dikenali sebagai Cambodia adalah antara negara Asia Tenggara yang sesuai untuk merancang percutian bersama ahli keluarga.

Selain mempunyai banyak kisah sejarah yang kompleks dan unik, negara ini mempunyai lokasi pelancongan menakjubkan seperti bangunan-bangunan kolonial, pantai tropika, kuil, tasik terbesar dan tempat semula jadi lain yang sangat cantik dan indah.

cam

Angkor Wat, Phnom Penh, Koh Rong Samloem, Gunung Bokor, Mondulkiri adalah antara lokasi popular yang wajib anda kunjungi jika melawat negara ini. Selain tempat cantik, penduduk tempatan negara Kemboja juga sangat mesra dan ramah untuk berkomunikasi. Makanan jalanan dan pengangkutan boleh di dapati di mana-mana sahaja.

filipina

3) Filipina

Filipina adalah antara negara yang sangat berbaloi untuk melakukan pelancongan ke luar negara. Terletak di Lautan Pasifik barat, ia mempunyai hampir 7000 pulau yang mempesonakan dan cantik di Asia Tenggara.

Pulau Cebu, Miniloc, Siargao, Boracay, Coron, Macton dan sebagainya adalah antara pulau yang menarik di Filipina di mana anda boleh melakukan aktiviti selam permukaan ‘snorkeling’, selam ‘diving’, bermandi-manda, berkelah dan lain-lain bersama keluarga.
Selain pulau, para pelancong juga boleh melihat keindahan negara ini dengan mengunjungi bangunan klasik di kota Vigan, muzium bagi mengetahui sejarah negara, bukit untuk melakukan aktiviti mencabar, perkampungan untuk mengenali budaya dan sebagainya.

laurentiu-morariu-NR-2_RIb62k-unsplash

Pelancong boleh menggunakan pengangkutan awam atau menyewa kenderaan jika melawati negara ini. Terdapat banyak tempat penginapan cantik di kebanyakan lokasi tumpuan pelancong.

taiwan

4) Taiwan

Negara kecil yang mempunyai banyak keistimewaan dan wajib dikunjungi oleh setiap orang adalah negara Taiwan. Pelancong boleh menikmati percutian yang mudah di negara ini kerana terdapat pengangkutan awam yang luas untuk bersiar-siar dan jalan rayanya juga tidak sesibuk di Malaysia.

Terdapat beberapa destinasi yang ‘wajib’ dikunjungi jika menjejak kaki ke bumi ini seperti bangunan tertinggi Taipei 101, Muzium Istana Kebangsaan, kawasan Pergunungan Alishan, Snake Alley, Muzium Beitou Hot Springs dan sebagainya.

taiwan 1

Makanan di negara ini juga sangat popular seperti telur besi, dumpling, tauhu busuk, mochi dan lain-lain yang sedap dan lazat untuk dimakan. Terdapat banyak kedai makanan halal yang boleh dikunjungi oleh pelancong muslim.

perth

5) Australia

Ingin melihat kanggaru? Kunjungilah negara Australia bersama rakan atau keluarga anda untuk melihat binatang dan bandar cantik ini.

Walaupun terdapat banyak daerah dan negeri popular di sini, anda boleh melawat Perth yang terletak di wilayah Western Australian bagi menerokai lokasi-lokasi menarik terutamanya bagi melihat kanggaru.

DDC_Gallery_Eco_Cruise_703
Sumber: dolphindiscovery.com.au

Jangan lupa kunjungi Pinnacles, Dolphin Centre, Caversham Wildlife, Swan River,Perth Mint, Zoo, Art Gallery dan lain-lain tempat menarik Perth. Bagi memudahkan perjalanan pelancong untuk menuju ke sesuatu destinasi terdapat banyak perkhidmatan kenderaan sewa yang boleh didapati dengan mudah.

bali

6) Indonesia

Salah satu negara jiran yang dekat dan sangat mudah untuk dikunjungi adalah negara Indonesia. Rakyat yang mesra, alam semula jadi yang cantik, kekayaan budaya dan pulau yang menarik adalah antara ciri dirujuk bagi mengenali negara ini.

Walaupun terdapat banyak lokasi pelancongan yang cantik, Bali menjadi destinasi paling popular dikunjungi oleh pelancong di seluruh dunia kerana mempunyai banyak destinasi wisata, pulau, pantai, akomodasi klasik, makanan sedap dan sebagainya di sini.

ruben-hutabarat-YMnwxa1bYS0-unsplash

Kunjungi Uluwate, Pasar Seni Ubud, Perkampungan Mas, Bali Pulina, Besakih Temple, Tirta Gangga dan lain-lain lokasi popular jika anda melawat Bali. Tempat penginapan dan kos makanan di Bali sangat berpatutan dan boleh didapati pada kos yang rendah. Oleh itu, jangan lupa menyenaraikan Indonesia dalam senarai destinasi pelancongan anda bagi menikmati percutian yang indah.

Selamat melancong!

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!