Awas! Patuhi 3 Peraturan Demi Mengelakkan Kebakaran Di Stesen Minyak

Kesedaran terhadap kaedah penggendalian bahan api di stesen minyak adalah penting bagi menjaga keselamatan pengguna dan orang awam apabila mengisi bahan api. Masih ramai pengguna tidak peka dan cuai terhadap aspek keselamatan ketika berada di kawasan tersebut. Bagi mengelakkan berlakunya situasi tidak terduga, disenaraikan beberapa peraturan yang perlu dipatuhi sebelum mengisi bahan api dengan betul:

1. Elakkan Penggunaan Telefon Bimbit

Pasti anda sedar poster amaran larangan penggunaan peranti mudah alih dilekatkan pada setiap pam di stesen minyak semasa mengisi bahan api. Namun, ramai gagal mematuhi amaran tersebut.

Penggunaan telefon bimbit dilarang kerana ia menjadi pemangkin berlakunya letupan dan kebakaran besar akibat pemancaran sinaran elektromagnetik. Oleh itu, elakkan penggunaan telefon bimbit atau matikan ia jika anda berada di kawasan stesen minyak.

2. Matikan Enjin Kenderaan

Enjin kenderaan adalah sumber haba yang paling berisiko dan berbahaya kerana ia boleh menghasilkan percikan api terutamanya apabila enjin tidak dimatikan ketika mengisi bahan api.

Pastikan mematuhi undang-undang dan amaran keselamatan di stesen minyak dengan mematikan enjin kenderaan sebelum mengisi bahan api bagi mencegah berlakunya kejadian buruk.

3. Jangan Sesekali Merokok

Merokok atau menggunakan pemetik api di stesen minyak adalah sangat berbahaya kerana ia meningkatkan risiko kebakaran akibat percikan api daripada penghasilan wap petrol semasa mengisi bahan api.

Sebagai pengguna yang bertanggungjawab, jangan sesekali merokok di kawasan bahaya ini bagi menjaga keselamatan diri dan orang sekeliling.

Terdapat banyak inisiatif yang dilakukan oleh pihak bertanggungjawab bagi memupuk kesedaran keselamatan penggunaan bahan api. Walau bagaimanapun, masih ramai pengguna leka dan mengambil mudah terhadap peraturan yang perlu dipatuhi semasa berada di stesen minyak.

Marilah bersama kita menjaga diri dan orang sekeliling dengan mematuhi peraturan di stesen minyak.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!