Benarkah Enjin Pengecas Turbo Lebih Baik Daripada Pengecas Lampau?

Enjin adalah ibarat jantung bagi sesebuah kenderaan yang berfungsi sebagai penggerak utama. Terdapat pelbagai teknologi enjin kenderaan digunakan untuk meningkatkan keberkesanan dalam sesebuah kenderaan seperti penggunaan teknologi suntikan terus (direct injection-DI), pengecas turbo (turbocharger), pemasaan bervariasi (variable-valve timing-VVT), nyah aktif silinder (cylinder deactivation) dan sebagainya.

Kepelbagaian teknologi enjin ini telah meningkatkan keberkesanan enjin. Oleh itu, dalam artikel ini akan dibincangkan mengenai kelebihan dan perbezaan enjin moden yang menggunakan teknologi pengecas turbo dan pengecas lampau (supercharger) seperti berikut:

Pengecas Turbo

Pengecas turbo atau lebih dikenali sebagai ‘turbocharger’ adalah suatu komponen dalaman enjin yang digunakan bagi meningkatkan prestasi sesebuah enjin. Ia mempunyai kemampuan untuk meningkatkan kecekapan bahan bakar dan meningkatkan kuasa kereta.

Pengecas turbo memampatkan udara menerusi satu turbin khas yang dipasang dalam sistem ekzos kenderaan untuk menangkap tenaga buangan enjin. Ia memberikan kuasa tinggi, dan bila dipandu perlahan, ia memberikan penggunaan bahan api yang rendah.

super 1
Sumber: garagedreams.net

Pengecas Lampau

Pengecas Lampau yang juga dikenali sebagai ‘supercharger’ adalah pemampat udara yang digunakan untuk meningkatkan kadar aliran jisim udara ke dalam enjin supaya campuran bahan api udara mengalami pembakaran lengkap dengan oksigen yang berlebihan hadir dalam campuran.

Ia disambung terus kepada enjin menerusi satu tali sawat dan menggunakan tenaga enjin untuk mendapatkan kuasa.

Kelebihan Pengecas Turbo dan Pengecas Lampau

Kedua-dua komponen ini mempunyai kelebihan tertentu di mana pengecas turbo beroperasi lebih efisien dan menghasilkan prestasi lebih baik pada kelajuan enjin tinggi.

Selain itu, ia mengurangkan anjakan komponen berbahaya dalam ekzos enjin dengan meningkatkan kecekapan pembakaran enjin. Ia juga mampu menjimatkan penggunaan bahan api.

Manakala bagi pengecas lampau pula, ia beroperasi dengan cekap pada kuasa enjin rendah dan mempunyai daya tahan tinggi. Selain itu, ia juga mempunyai tindak balas yang cepat untuk meminta peningkatan kuasa, kerana pemampat secara langsung dikuasakan oleh enjin.

Perbezaan Pengecas Turbo dan Pengecas Lampau

• Pengecas lampau dikuasakan oleh enjin itu sendiri dan menggunakan sebahagian kecil daripada kuasa aci engkol (crankshaft), manakala pengecas turbo dikuasakan oleh turbin yang didorong oleh ekzos enjin.
• Pengecas lampau mempunyai tindak balas yang lebih singkat daripada pengecas turbo.
• Pengecas lampau kurang efisien berbanding pengecas turbo kerana memerlukan lebih tenaga enjin untuk menjana kuasa.
• Pengecas lampau memerlukan kos yang tinggi ketika menyenggara kenderaan dan sesetengah kereta memerlukan pemiliknya menggunakan bahan api gred premium.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Tanda Kereta Memerlukan Penjajaran Roda

Penjajaran roda sangat penting untuk memastikan pergerakan tayar kenderaan anda sentiasa berada dalam keadaan selamat. Tayar kereta yang bermasalah atau haus boleh menjejaskan pemanduan...

Kecuaian Penjagaan Kereta Membawa Padah

Kecuaian ketika memandu merupakan punca utama berlakunya kemalangan. Sikap pemanduan ini juga boleh menyebabkan kerosakan pada kenderaan dan peralatan yang terdapat pada kenderaan. Disenaraikan...

Pertandingan Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan Dan Hari Malaysia

Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini dimulakan secara meriah dengan majlis pelancaran yang berlangsung di Dataran Putrajaya pada 31 Julai lalu. Bagi...

Lokasi Makanan Popular Di Ipoh

Ipoh sangat popular bukan sahaja kerana terdapat banyak tempat menarik malah ia meraih perhatian pelancong disebabkan makanan lazatnya. Kunjungi tempat makan berikut jika anda...

Tanda-Tanda Kerosakan Termostat

Termostat merupakan salah satu komponen penting dalam pengendalian sistem kenderaan. Termostat juga membolehkan sistem enjin mengekalkan suhu yang betul dan enjin berada dalam keadaan...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!