Pemanasan Global Punca Kemerosotan Kesihatan

Sejak kebelakangan ini, isu pemanasan global mendapat perhatian yang mendalam di seantero dunia akibat aktiviti manusia yang melepaskan gas karbon dioksida terutamanya melalui pembakaran bahan bakar fosil dan penggunaan gas rumah hijau lain.

Hal ini telah mengakibatkan beberapa ancaman pada bumi seperti kekurangan bekalan air, pencairan ais di kutub, kemarau, gangguan ekologi, gangguan sumber makanan dan secara tidak langsung boleh memberi impak pada kesihatan seseorang.

Senarai berikut merupakan masalah kesihatan yang boleh dialami oleh seseorang individu akibat perubahan iklim ini:

1. Penyakit Berjangkit

Kenaikan suhu menandakan peningkatan populasi nyamuk akibat daripada cuaca panas dan hangat. Pembiakan nyamuk yang banyak akan meningkatkan risiko penyakit berjangkit seperti malaria, denggi dan jangkitan lain yang disebabkan oleh serangga.

2. Kanser

Penipisan lapisan ozon akibat pelepasan gas Klorofluorokarbon (Chlorofluorocarbon –CFC) daripada penggunaan bahan-bahan yang mengandungi klorin telah menyebabkan molekul oksigen di atmosfera terurai hingga mengakibatkan sinar ultraungu memancar terus ke permukaan bumi.

Sinar ultraungu tersebut akan memberi kesan negatif kepada manusia seperti meningkatkan risiko penyakit melanoma iaitu kanser kulit dan katarak mata. Bukan sekadar itu, ia turut boleh membunuh organisma yang berguna kepada manusia.

3. Strok Haba

Cuaca panas terik boleh menyebabkan strok haba kerana tubuh badan individu terdedah pada cahaya matahari bersuhu tinggi. Ia akan memberi kejutan kepada tubuh badan sehingga gagal mengawal mekanisme penyejukan semulajadi dalam tubuh. Selain itu, tekanan panas juga boleh merosakkan otak, jantung, buah pinggang dan otot anda.

4. Masalah Pernafasan

Perubahan iklim akan meningkatkan penjejasan kualiti udara akibat peningkatan tahap pencemaran daripada pelepasan asap, habuk, debunga dan bahan pencemar lain di udara yang mendorong kepada reaksi negatif.

Oleh kerana itu, masalah pernafasan seperti asma akan meningkat berserta orang ramai boleh mengalami batuk, sakit dada, kerengsaan tekak, gejala gangguan pernafasan yang lain.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Tanda Kereta Memerlukan Penjajaran Roda

Penjajaran roda sangat penting untuk memastikan pergerakan tayar kenderaan anda sentiasa berada dalam keadaan selamat. Tayar kereta yang bermasalah atau haus boleh menjejaskan pemanduan...

Kecuaian Penjagaan Kereta Membawa Padah

Kecuaian ketika memandu merupakan punca utama berlakunya kemalangan. Sikap pemanduan ini juga boleh menyebabkan kerosakan pada kenderaan dan peralatan yang terdapat pada kenderaan. Disenaraikan...

Pertandingan Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan Dan Hari Malaysia

Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini dimulakan secara meriah dengan majlis pelancaran yang berlangsung di Dataran Putrajaya pada 31 Julai lalu. Bagi...

Lokasi Makanan Popular Di Ipoh

Ipoh sangat popular bukan sahaja kerana terdapat banyak tempat menarik malah ia meraih perhatian pelancong disebabkan makanan lazatnya. Kunjungi tempat makan berikut jika anda...

Tanda-Tanda Kerosakan Termostat

Termostat merupakan salah satu komponen penting dalam pengendalian sistem kenderaan. Termostat juga membolehkan sistem enjin mengekalkan suhu yang betul dan enjin berada dalam keadaan...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!