Warisan Melayu Destar Dendam Tak Sudah

Dalam usaha mengangkat, menyuburkan dan memartabatkan warisan destar ke persada lebih tinggi, SPANCO menjalinkan kerjasama dengan pengarang destar tempatan, Mohd Herin Mansor, bagi melaksanakan inisiatif menyuburkan warisan budaya ini menerusi paparan koleksi 12 jenis destar sepanjang tahun 2021 dalam PRIHATIN iaitu satu destar pilihan setiap bulan. Bagi edisi keempat kali ini, PRIHATIN mengetengahkan koleksi destar Dendam Tak Sudah.

Destar adalah warisan Melayu yang digunakan sebagai satu hiasan kepala oleh kebanyakan masyarakat. Ia diperbuat secara tradisional dengan menggunakan fabrik yang dilipat dan kemudian diikat dalam bentuk atau gaya tertentu.

Dendam Tak Sudah merupakan antara destar terkenal yang berasal dari Negeri Sembilan. Ia adalah sejenis tanjak yang mempunyai beberapa versi ikatan dan penyudahnya tersendiri. Bagi versi di Negeri Sembilan, pembuatan destar ini dinamakan sebagai ‘penakuk’. Hal ini kerana tanjak ini sentiasa tidak siap dan tidak berpuas hati atas destar yang dihasilkan hingga menyebabkan dia ‘berdendam’ untuk menghasilkan destar yang lebih baik.

tunas kasih
Kedudukan ‘tunas kasih’ berada selari dengan mata kanan pemakai

Manakala versi kedua pula, mempunyai bahagian yang disebut sebagai ‘tunas kasih’ yang terletak di bahagian hadapan sebagai tanda bersendirian dan kasih tidak berbalas. Ia juga menyatakan tentang seorang lelaki yang menyukai seorang perempuan tetapi tidak berbalas, maka ini menyebabkan lelaki tersebut berdendam sampai bila-bila.

Tanjak ini juga merupakan salah satu tanjak yang mula dipakai oleh Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Negeri Sembilan dengan berlatar warna kuning Diraja, manakala warna ungu pula dipakai oleh Penghulu Luak.

Destar ini asalnya dipakai dengan kedudukan ‘lambaian kasih’ di sebelah kanan dan ‘simpulan kasih’ di sebelah kiri, di sisi telinga kiri. Kedudukan ‘tunas kasih’ pula berada selari dengan mata kiri.

Keunikan destar pula terletak pada bahagian lipatan atau tingkatan yang dipanggil sebagai ‘takuk’. Selain itu, ia mempunyai beberapa sebutan yang khusus dalam pembuatan destar, iaitu langkah bermula, risik melangkah, risik bertemu, cincin berkembang, hukum berjalan, kasih bermula, kasih bertemu, lambaian kasih dan lambaian ibu.

destar 2

Destar yang dipakai untuk majlis adat-istiadat mempunyai lambang peribadi Tuanku, disebut sebagai ‘Changgai Puteri’ yang diperbuat daripada emas dan bertatahkan berlian.

Berdasarkan Hikayat Melayu, pemakaian destar ini adalah merupakan suatu perkara yang sudah lama diamalkan dalam Alam Melayu dan merupakan salah satu warisan yang penting dan wajar dipertahankan nilai-nilai estetika dan keasliannya.

Oleh itu, ia telah menjadi kewajipan pada semua penggiat aktiviti warisan dan seni budaya Melayu dan orang ramai umumnya untuk menjaga dan memelihara warisan ini agar tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!