10 Tips Mengelakkan Kemalangan Jalan Raya

Kemalangan jalan raya boleh mengakibatkan tragedi ngeri kepada sesiapa sahaja. Pengguna jalan raya perlu mengamalkan etika pemanduan yang betul untuk mengelakkan situasi tidak terduga seperti ini berlaku dengan mematuhi peraturan jalan raya dan cara pemanduan yang betul. Oleh itu, ikuti 10 tips mengelakkan kemalangan seperti berikut bagi melindungi diri anda di jalan raya:

1. Pemeriksaan Kenderaan

Pemeriksaan rawak terhadap kenderaan perlu dilakukan sebelum dan semasa memandu kereta bagi memastikan perjalanan yang selamat. Sentiasa periksa sudut cermin sisi dan tekanan angin tayar agar tidak kurang atau berlebihan.

Pastikan bamper hadapan kereta berada pada jarak selamat semasa memandu demi menjaga pergerakan kenderaan.

2. Penyenggaraan

Penyenggaraan berjadual amat penting untuk dilakukan bagi memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik, selamat dan mempunyai tahap operasi optimum. Oleh itu, pastikan anda sentiasa melakukan servis kenderaan mengikut jadual.

Periksa tayar, lampu, penggilap cermin, brek, transmisi, stereng, minyak enjin, paras air dan sistem lain pada kereta anda supaya ia berada dalam keadaan baik.

3. Keadaan Jalan Raya

Sentiasa berwaspada dengan situasi di jalan raya seperti keadaan trafik, jalan raya berlubang dan hujan bagi mengelakkan kemalangan. Pastikan anda memandu kenderaan secara perlahan apabila hujan kerana jalan raya yang basah dan licin akan mengurangkan daya cengkaman tayar kenderaan.

4. Jangan Memandu Dalam Keadaan Mabuk

Memandu kenderaan di bawah pengaruh alkohol adalah satu tindakan yang dilarang di sisi undang-undang. Ia boleh membuat anda hilang tumpuan semasa memandu dan mengakibatkan kemalangan.

Oleh itu, minta pertolongan teman atau rakan anda untuk memandu atau gunakan teksi sekiranya tubuh anda mempunyai paras alkohol yang tinggi.

5. Peka Terhadap Keadaan Sekeliling

Sebagai pemandu berhemah anda perlu sentiasa memberi tumpuan sepenuhnya terhadap pemanduan anda dan peka terhadap keadaan sekeliling. Pastikan fokus hanya berada pada jalan raya dan persekitaran serta elakkan penggunaan telefon bimbit semasa memandu kerana ia boleh mengalihkan tumpuan anda.

6. Gunakan Lampu Isyarat Dengan Betul

Ramai pemandu gagal memberi lampu isyarat semasa menukar lorong atau membelok. Ia sentiasa menjadi salah satu punca berlakunya kemalangan jalan raya. Oleh itu, pastikan selalu memberi lampu isyarat lebih awal sekiranya anda ingin membelok atau menukar lorong.

7. Patuhi Had Kelajuan

Jalan raya digunakan untuk menuju ke sesuatu destinasi dengan selamat. Ia bukan medan perang atau lumba di mana ramai gemar memecut sehingga mengundang kemalangan.

Bagi mengelakkan situasi tidak terduga, pastikan jangan memecut atau memandu terlalu laju. Patuhi had kelajuan jalan raya yang ditetapkan demi menjaga keselamatan diri dan penumpang.

8. Titik Buta

Titik buta adalah kawasan disekeliling kenderaan yang tidak boleh dilihat secara langsung oleh pemandu. Hal ini berpunca daripada reka bentuk kenderaan yang mengehadkan penglihatan pemandu.

Oleh itu, sentiasa berhati-hati dengan titik buta iaitu di belakang dan tepi kereta semasa pemanduan terutamanya semasa jalan sesak.

9. Jangan Memandu Terlalu Dekat

Pastikan anda sentiasa berada pada jarak selamat dengan kereta di hadapan atau sisi bagi memastikan kenderaan anda masih berada di jarak yang selamat jika anda menggunakan brek kecemasan. Amalkan peraturan tiga saat dari kereta di hadapan.

10. Patuhi Peraturan

Peraturan jalan raya diwujudkan bagi menjaga keselamatan pengguna. Oleh itu, jangan abaikan peraturan jalan raya dan sentiasa patuhi had laju, lampu isyarat dan peraturan-peraturan lain. Jangan pentingkan diri sendiri. Sayangi nyawa anda dan orang tersayang.

Kemalangan boleh dielakkan jika anda sentiasa berhati-hati dan mematuhi peraturan jalan raya. Jadilah pemandu yang berhemah.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!