7 Destinasi Popular Di Pulau Pinang Terutamanya No. 6

Pulau Pinang merupakan negeri terkenal di Malaysia dan ia adalah salah satu destinasi popular dalam kalangan pelancong dalam dan luar negara. Pulau, jambatan ikonik, makanan, budaya dan sebagainya telah menjadi identiti negeri terindah ini. Kenali beberapa destinasi popular yang wajib anda kunjungi pada musim percutian seperti berikut:

pantai kerachut tempatmenarik.my
Sumber: tempatmenarik.my

1. Pantai Kerachut

Pantai Kerachut adalah pantai berpasir putih yang indah dan terletak di Taman Negara Pulau Pinang. Ia merupakan salah satu tempat perlindungan penyu yang dijaga dengan rapi.

Para pelancong boleh menaiki bot dari Taman Negara atau mendaki taman ini sambil menikmati pemandangan flora dan fauna di hutan tebal hijau Pulau Pinang. Anda juga boleh melakukan aktiviti lain seperti bermandi-manda di air laut, berkhemah di pinggir pantai, mengutip kulit kerang dan sebagainya bersama keluarga atau rakan-rakan.

kampung agong fb
Sumber: Facebook Kampung Agong

2. Kampung Agong Penaga

Adakah anda teringin menikmati percutian ala perkampungan? Kunjungi Kampung Agong Penaga yang terletak di Penaga, Pulau Pinang bersama keluarga anda. Kawasan sawah padi luas dilengkapi pondok bagi beristirehat, buaian bagi menenangkan minda sambil melihat pemandangan cantik, sarang burung gergasi, gelanggang bola tampar dan sebagainya terdapat di sini.

Pelancong boleh berehat, melakukan aktiviti keluarga dan menikmati suasana kampung dengan tenang bersama keluarga.

re-image3_l

3. Avatar Secret Garden

Avatar Secret Garden menawarkan pemandangan cahaya lampu magikal pada pokok-pokok yang berada di sekitarnya. Pokok-pokok yang diterangi cahaya warna-warni sesuai dilihat pada waktu malam bagi memberi pemandangan yang memukau.

Anda juga berpeluang masuk ke dalam Secret Garden secara percuma dan boleh mengambil gambar ‘insta-worthy’ dengan rakan-rakan atau keluarga. Jangan lepaskan peluang mengunjungi tempat cantik Pulau Pinang yang terletak di Tanjong Tokong.

amerian penangkini fb
Sumber: Facebook Amerian Penangkini

4. Lebuh Armenia

Bagi melihat keunikan seni jalanan, anda boleh singgah di Lebuh Armenia yang terletak di bandar George Town. Pelbagai jenis lukisan menarik perhatian pelancong dilukis di jalan ini yang bertemakan budaya Malaysia.

Selain itu, para pelancong juga boleh menikmati variasi makanan di lokasi ini seperti ais kepal, pastri tradisional, roti bakar, cendol dan lain-lain makanan jalanan yang popular. Anda juga boleh melakukan aktiviti lain seperti menaiki beca, menunggang basikal, lukisan batik, melawat muzium dan sebagainya.

skywalk-penang jomjalan.com.my chwung choon gaik
Sumber: jomjalan.com.my @Chwung Choon Gaik

5. Menara Komtar ‘Komtar Rainbow Skywalk

Teringin melihat pemandangan seluruh bandar georgetown? Kunjungi Menara Komtar yang terletak di titik tertinggi George Town bagi menikmati pemandangan yang menakjubkan.

Rainbow Skywalk terbuka ini terletak di Level 68 menara Komtar yang membuka peluang bagi pengunjung melihat bandar Pulau Pinang sambil berjalan di permukaan gelas kaca dari ketinggian 249 meter dan menghirup udara segar yang sejuk bersama insan tersayang.

jerejak

6. Pulau Jerejak

Pulau Jerejak yang pernah digelar sebagai Alcatraz Malaysia telah mendapat sambutan pelancong tinggi baru-baru ini selepas kawasan ini dibangunkan semula sebagai lokasi tarikan pelancong.

Terdapat banyak spot bergambar baharu yang telah menghidupkan kawasan ini dengan ramai orang. Tangga langit, payung tergantung, sarang burung, buaian, dan lain-lain tempat sentiasa dibanjiri orang untuk mengambil gambar ‘instagrammable’.

saanen-dairy-goat-farm-balik-pulau-pinang

7. Ladang Kambing Saanen ‘Saanen Dairy Goat Farm

Adakah anda teringin mendekati diri dengan haiwan ternakan di suasana kampung yang tenang? Kunjungi Saanen Dairy Goat Farm yang terletak Balik Pulau untuk melihat binatang comel berbulu ini.

Anda boleh nikmati perjalanan menerusi basikal atau menggunakan perkhidmatan awam seperti bas ke lokasi ini. Pelancong dapat mengetahui cara penternakan kambing dan berpeluang bermain dan memberi makanan kepada haiwan tersebut.

Selain dari kambing, anda juga dapat melihat haiwan lain di sekitar ladang ini seperti rusa, kura-kura, itik, burung unta dan sebagainya. Jangan lupa mendapatkan produk tenusu segar mereka seperti susu kambing, puding susu, dan minuman yogurt yang dijual di sini.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!