Tingkatkan Keselamatan Telefon Pintar Dengan Penyulitan Data

Telefon pintar telah menjadi salah satu alat keperluan harian yang digunakan oleh setiap individu untuk tujuan tertentu. Kini ramai menggunakan telefon pintar bukan hanya sebagai alat komunikasi malah ia telah menjadi salah satu sumber hiburan bagi mereka.

Menonton rancangan, drama, melanggan media sosial, mencipta video baharu dan sebagainya boleh dilakukan menerusi telefon bersaiz tapak tangan. Akan tetapi keselamatan penggunaan telefon pintar sentiasa menjadi persoalan orang ramai apabila kadar jenayah siber semakin meningkat.

Bagi menjaga keselamatan pengguna daripada penggodaman maklumat, teknologi penyulitan data telah dicipta untuk membendung situasi yang tidak terduga berlaku. Ketahui maksud dan kebaikan penggunaan ciri penyulitan ini seperti berikut:

Apakah Itu Penyulitan Data?

Penyulitan data adalah satu sistem pertahanan dalam peranti mudah alih yang melindungi data anda daripada jatuh ke tangan yang salah terutamanya apabila telefon pintar anda tercicir atau hilang.

Ia menggunakan penyulitan cakera penuh (Full-disk encryption–FDE) untuk menyulitkan semua data dalam peranti storan anda.

Penyulitan cakera penuh pada dasarnya adalah penyulitan pada tahap perkakasan. Ia secara automatik menukar data pada cakera keras menjadi sesuatu yang tidak dapat diakses tanpa kata laluan.

FDE ini berfungsi secara automatik di mana ia tidak memerlukan tindakan khas dari pengguna selain memberikan kata laluan. Semua aktiviti dalam telefon pintar akan disulitkan secara automatik dan data tersebut akan dideskripsi semula secara automatik.

Bagi peranti mudah alih seperti telefon pintar dan tablet, fungsi ini digunakan dengan mengaktifkan pilihan enkripsi data dalam telefon dan masukkan kata laluan yang ditetapkan oleh pengguna bagi melindungi data tersebut.

Kebaikan Ciri Penyulitan

Ramai beranggapan bahawa sistem ini hanya perlu digunakan oleh syarikat besar atau pihak-pihak berkuasa sahaja. Sebenarnya ia merupakan pemikiran yang salah kerana data setiap individu boleh digodam bagi tujuan tertentu. Ketahui kebaikan penggunaan ciri penyulitan dalam telefon pintar anda seperti berikut:

1. Data Anda Dilindungi

Data yang disebutkan ini bukan sahaja tertakluk kepada mesej atau pesanan malah, ia termasuk gambar, nombor telefon, nama, alamat, e-mel dan pelbagai butiran peribadi yang boleh diakses apabila peranti anda telah digodam. Sistem penyulitan mampu melindungi data anda daripada diakses oleh pihak tidak bertanggungjawab.

2. Melindungi Gambar

Ribuan gambar dalam telefon pintar anda boleh digodam dan digunakan untuk mencipta profil palsu atau tujuan lain untuk kegunaan pihak tidak bertangunggjawab. Dengan penggunaan penyulitan data, gambar anda dapat dilindungi daripada diceroboh dan digunakan bagi aktiviti tidak berfaedah.

3. Mengelakkan Pencuri Menguasai Hidup Anda

Terdapat pelbagai aplikasi dimuat turun dalam telefon pintar seseorang yang secara tidak langsung memberi kebenaran untuk mengakses beberapa maklumat peribadi anda. Facebook, Twitter, aplikasi penyuntingan dan sebagainya sentiasa meminta kebenaran mengakses galeri, kenalan, kamera, khidmat pesanan ringkas dan sebagainya sebelum anda boleh menggunakan aplikasi berkenaan.

Melalui kebenaran tersebut, setiap gerak-geri pengguna boleh dilihat dan diakses seperti lokasi, kegemaran, laman web yang anda langgan dan sebagainya. Perkongsian maklumat ini boleh dielakkan dengan penggunaan penyulitan data.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!