Kecuaian Serius Dalam Penyenggaraan Kenderaan

Penyenggaraan kenderaan mengikut jadual amat penting dan bagi mereka yang tidak menitikberatkan penjagaan kereta, pelbagai masalah mungkin akan timbul. Tidak endah terhadap kaedah penjagaan yang betul juga amat berbahaya dan boleh mengundang kepada kemalangan. Berikut adalah beberapa kecuaian serius dalam penyenggaraan kenderaan yang perlu diberi perhatian:

1. Lewa Dengan Lampu Terbakar

Sedar atau tidak, kita sering memandang lewa jika mendapati mana-mana lampu kereta terbakar. Sama ada lampu utama, lampu tinggi, lampu brek atau isyarat; setiap satu adalah penting dan ia memerlukan perhatian yang segera.

Pastikan selalu periksa keadaan lampu kenderaan anda. Tidak mengendahkan hal ini boleh mendatangkan masalah kepada pemandu lain dan boleh mengakibatkan kemalangan.

2. Salah Kaedah ‘Jump Start

Tidak memadai dengan hanya menyimpan kabel ‘jump start’ dalam ruang letak barang tetapi tidak pernah mempelajari atau ambil tahu cara menggunakannya. Menyambungkan terminal bateri yang salah boleh mengakibatkan kerosakan, malah kebakaran dan kecederaan pada pengguna.

Oleh itu ikuti panduan berikut bagi mengetahui cara betul ‘jump start’ kenderaan anda:

i. Pastikan kedua-dua kenderaan berada pada jarak yang dekat antara satu sama lain tanpa bersentuhan.
ii. Kemudian, pastikan kedua-dua enjin kenderaan dimatikan sebelum anda menghubungkan kabel tersebut.
iii. Pastikan kabel atau hujung penyambung berada pada terminal bateri yang betul.
iv. Jangan memutar engkol secara berterusan sekiranya enjin masih gagal dihidupkan. Sebaliknya berikanlah sedikit masa.

3. Kerja Pendawaian Yang Tidak Betul

Jangan cuba melakukan kerja pendawaian sekiranya anda tidak pasti kerana kesilapan pemasangan boleh menyebabkan lintar pintas, kebakaran dan kerosakan. Sebaik-baiknya mintalah bantuan juruteknik di pusat servis yang bertauliah.

Bagaimanapun bagi kerja-kerja pendawaian kecil yang lazim anda lakukan sendiri, pastikan enjin dimatikan dan tanggalkan kabel negatif bateri sebelum memulakannya. Bagi kereta hibrid dengan bateri bervoltan tinggi pula, pastikan anda tidak menyentuh bateri tersebut kerana ia mempunyai lebih potensi kejutan berbanding kereta biasa yang boleh mengakibatkan kecederaan serius.

4. Cuba Melanjutkan Jangka Hayat Tayar Yang Sudah Haus

Melengahkan penukaran tayar adalah satu kecuaian yang sangat bahaya. Pastikan menukar tayar kenderaan sekiranya bunga tayar kelihatan haus atau terdapat rekahan.

Anda tidak sama sekali digalakkan untuk menangguh penukaran tayar walaupun kadangkala ia nampak seperti masih boleh digunakan lagi kerana getah tayar mungkin sudah tidak berada pada kualiti yang baik. Jangan tunggu ke saat akhir yang pastinya akan mengundang pelbagai risiko kemalangan yang tidak diingini.

5. Penyenggaraan Dan Pembaikan Brek Yang Tidak Teliti

Walaupun nampak tidak sukar namun penyenggaraan dan pembaikan brek kereta perlu dilaksanakan dengan teliti lagi terperinci. Ini kerana brek bergantung kepada pelbagai komponen mekanikal yang bergerak dan memerlukan pelinciran.

Semasa kerja dilakukan, kemungkinan bahan berminyak digunakan di sekitar komponen brek. Justeru perlu berhati-hati kerana jika permukaan pad atau rotor terkena tumpahan gris atau minyak, brek kereta anda mungkin tidak dapat berfungsi.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

Terkini

6 Tips Penyenggaraan Kereta Untuk Elak Kemalangan

Penyenggaraan kereta adalah perkara utama yang perlu dilakukan oleh setiap pengguna kereta supaya ia berada dalam keadaan baik, selamat dan mempunyai tahap operasi optimum....

Teknologi Menukar Gear Dengan Memusingkan Tombal Sahaja

Teknologi automotif semakin maju dengan pelbagai ciptaan baharu bagi sesebuah kenderaan termasuk rekaan terkini, kawalan rotari dwi-tindan (dual stack controller). Teknologi kabin pada kereta...

7 Jenis Kuih Talam Untuk Menambah Selera Berbuka Anda!

Kuih-muih di Malaysia diklasifikasikan sebagai pencuci mulut yang enak dimakan pada bila-bila masa. Tibanya bulan Ramadan, orang ramai gemar memakan kuih terutamanya kuih talam...

Kenali Jenis-Jenis Pengamal Vegetarian

Istilah vegetarian telah banyak disalah fahami oleh ramai orang dengan mengklasifikasikannya sebagai orang yang makan sayur atau buah sahaja. Ia merupakan pandangan yang salah...

Benarkah Enjin Pengecas Turbo Lebih Baik Daripada Pengecas Lampau?

Enjin adalah ibarat jantung bagi sesebuah kenderaan yang berfungsi sebagai penggerak utama. Terdapat pelbagai teknologi enjin kenderaan digunakan untuk meningkatkan keberkesanan dalam sesebuah kenderaan...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!