7 Tempat Pelancongan Sehari di Bandaraya Bersejarah

Selain bandaraya bersejarah, Melaka merupakan destinasi sasaran popular yang paling sesuai untuk seseorang melakukan pelancongan sehari pada hujung minggu bersama keluarga atau rakan-rakannya. Melaka mempunyai banyak tempat tarikan pelancongan yang wajib anda kunjungi jika melawat ke negeri ini. Disenaraikan beberapa lokasi yang sangat menarik untuk anda kembara seperti berikut:

aleksandra-khoroshykh-0dKaJBeKPec-unsplash

  1. Melaka River Cruise

Adakah anda ingin melihat keindahan Bandar bersejarah ini tanpa sebarang gangguan? Menaiki bot di Melaka River Cruise adalah pilihan terbaik untuk anda mengelakkan kesesakan jalan raya yang sibuk dan menikmati pemandangan bandaraya Melaka tanpa sebarang gangguan. Anda berpeluang untuk melihat kecantikan seluruh Melaka dengan tenang bersama insan tersayang.

jonker
Sumber : Instagram @afilsyazwan

  1. Persiaran Jonker ‘Jonker Walk’

Satu-satunya tempat bagi anda menikmati makanan dan melakukan aktiviti beli-belah adalah dengan mengunjungi Persiaran Jonker yang terletak di Jalan Hang Jebat. Pelancong berpeluang untuk makan pelbagai jenis makanan popular Melaka di satu tempat ini dan boleh membeli cenderamata yang dijual oleh penjual tempatan.

Jika anda rasa letih dan ingin berehat seketika, anda boleh menaiki beca terkenal yang dihiasi lampu sambil menikmati pemandangan bandar cantik ini.

menara
Sumber : Instagram @illyariffin

  1. Menara Taming Sari

Gyro tower pertama di Malaysia iaitu Menara Taming Sari telah dibuka pada tahun 2008 dan ia telah mendapat sambutan hangat daripada pelancong terutamanya selepas pelakon terkenal India ‘Shah Rukh Khan’ mengunjunginya pada tahun pembukaan.

Menara ini mempunyai ketinggian 110 meter dan mempunyai struktur berpusing yang dapat memuatkan seramai 80 orang dan memberi pengunjung pandangan panoramik 360 darjah Bandar Melaka.

kota
Sumber : Instagram @zaimi_azman_zainin

  1. Kota A Famosa

Penggembaraan sehari anda tidak akan lengkap tanpa mengunjungi Kota A Famosa yang dikenali sebagai mercu tanda paling popular di Melaka. Kubu pertahanan peninggalan penjajah Portugis ini telah menarik ramai pelancong dari dalam dan luar negara bagi melihat keunikan bangunan ini dan mengenali sejarahnya.

selat
Sumber : Instagram @saba_abualrub

  1. Masjid Selat

Masjid Selat atau lebih dikenali sebagai masjid terapung Melaka menjadi tarikan pelancong kerana seni bina yang unik dan mempesonakan. Ia telah dibuka pada tahun 2006 dan dikatakan mempunyai seni bina yang dipinjam daripada masjid terapung Jeddah.

Pemandangan cantik masjid ini dapat dilihat pada waktu malam apabila lampu berwarna-warni mula menyinari Masjid Selat. Pelancong boleh mengunjungi masjid ini dan mengambil gambar sebagai kenangan.

nyonya 5heeren
Sumber : Instagram @5heeren

6. Muzium Warisan Baba Nyonya

Baba dan Nyonya atau kaum Peranakan amat terkenal di negeri Melaka. Bagi sesiapa yang ingin mengetahui sejarah, asal-usul dan tradisi kaum ini, anda boleh melawat Muzium Warisan Baba Nyonya yang terletak di Jalan Tun Tan Cheng Lock. Pelancong juga dapat melihat gaya pakaian, makanan, adat perkahwinan, perabot mereka yang unik, masakan dan sebagainya di bangunan klasik ini.

buaya
Sumber : Instagram @tamanbuayamelaka

7. Taman Buaya Melaka

Ingin melihat banyak buaya di satu tempat? Kunjungi Taman Buaya Melaka bagi melihat pelbagai spesis buaya yang terdiri daripada Buaya Amerika, Buaya Marsh Mugger India, Buaya Cayman dan lain-lain lagi di sini.

Para pelancong berpeluang untuk mengambil gambar dan memberi makanan di bawah pengawasan penjaga kepada buaya. Selain itu, pelancong juga dapat melihat tarikan lain seperti rumah mamalia, rumah reptilia, rumah hantu, taman tema air, taman herba dan sebagainya bersama keluarga atau rakan-rakan.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

Terkini

Tanda-Tanda Alternator Kereta Rosak

Alternator merupakan komponen penting dalam kenderaan yang jarang diberi perhatian sewajarnya oleh pemandu kereta. Ia berfungsi sebagai penjana tenaga elektrik untuk kereta. Pengabaian penjagaan...

5 Tips Melindungi Kereta Daripada Cahaya Matahari

Cuaca panas terik bukan sahaja boleh memberi kesan terhadap individu, malah kenderaan yang terdedah pada cuaca panas melampau juga boleh mengalami kerosakan. Jangka hayat...

5 Amalan Penting Menghindari COVID-19

Wabak COVID-19 telah menjadi isu dunia sejak berlaku penularannya pada pertengahan Disember tahun 2019. Ia masih menjadi isu serius di negara ini ekoran tercetusnya...

Nikmati 5 Juadah Minum Petang PKP

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah menyebabkan orang ramai terpaksa berada di dalam rumah bagi membantu mengekang penularan COVID-19. Berada di rumah sepanjang masa menyebabkan...

5 Tanda ‘Brake Pad’ Mengalami Masalah

Pelapik brek atau lebih dikenali sebagai ‘brake pad’ merupakan satu komponen penting dalam sistem brek yang perlu dijaga dengan baik untuk menjamin keselamatan dan...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!