7 Jenis Laksa Yang Ramai Tidak Kenali Terutamanya No. 6

Laksa merupakan antara makanan kegemaran rakyat Malaysia yang enak dimakan pada bila-bila masa. Hidangan ini mempunyai keunikan sajian tersendiri yang bergantung pada negeri asalnya. Terdapat beberapa jenis laksa di Malaysia yang mempunyai rasa dan versi masakan tersendiri yang sangat unik mengikut cara masakan tradisional. Kenali beberapa jenis laksa di Malaysia yang boleh dinikmati seperti berikut:

penang libur.com.my
Sumber : libur.com.my

1. Asam Laksa

Antara laksa yang cukup terkenal dalam kalangan orang Malaysia adalah Asam Laksa atau lebih dikenali sebagai Laksa Pulau Pinang. Ia digemari ramai kerana kelazatan kuah isi ikan yang mempunyai gabungan rasa masam, manis dan pedas.

Asam Laksa juga merupakan antara hidangan yang dinobatkan sebagai makanan terbaik di dunia oleh CNN. Makanan ini disajikan bersama hirisan timun, bawang, cili merah, ayam, telur rebus, limau, daun pudina dan sambal belacan. Jangan lupa makan hidangan ini jika mengunjungi Pulau Pinang.

sarawak fb sarawaklaksa
Sumber : Facebook Sarawak Laksa

2. Laksa Sarawak

Selain Semenanjung Malaysia, Laksa Sarawak telah mendapat sambutan tinggi daripada orang ramai kerana keenakannya yang luar biasa. Ia merupakan antara makanan paling popular di negeri ini di mana sambalnya terkenal dengan penggunaan ramuan tradisional bersama kuah yang dicampur dengan santan.

Laksa Sarawak menggunakan bihun sebagai bahan asas yang dihidangkan sekali bersama limau nipis, hirisan telur dadar, sambal pedas, hirisan ayam dan udang.

laksa-johor
Sumber : ayambrand.com.my

3. Laksa Johor

Keistimewaan Laksa Johor terletak pada penggunaan mi laksa yang terdiri daripada spaghetti. Walaupun penggunaan bahan utama agak aneh, keenakan juadah ini sangat terserlah kerana kuahnya yang diperbuat daripada ikan kembung atau kerisik sangat pekat, berempah dan beraroma.

Makanan ini dihidangkan bersama udang segar, limau nipis, tauge, kacang panjang, timun dan sambal belacan. Warga Johor amat meminati hidangan ini sehingga ia menjadi antara makanan wajib ketika musim perayaan di setiap rumah.

Resepi-Laksam-Kedah resipibonda.my
Sumber: resipibonda.my

4. Laksam

Laksam merupakan gabungan nama daripada perkataan ‘Laksa’ dan ‘Asam’ yang terkenal di negeri pantai timur Malaysia. Ia dimasak sendiri di rumah daripada adunan tepung beras yang dikukus dan dipotong mengikut bentuk gulungan.

Hidangan ini biasanya dimakan dengan kuah lemak santan kelapa bersama ikan rebus sebagai bahan utama. Ia kemudian dihidang dengan hirisan ayam atau daging, sambal, timun, limau dan lain-lain bahan bagi menambah perasa.

Processed with VSCO with l2 preset
Sumber : momsresepi.netlify.app/zazaiman.com

5. Laksa Kelantan

Laksa Kelantan agak berbeza dengan Laksam kerana ia dimasak menggunakan laksa beras sebagai bahan utamanya. Kuahnya diperbuat daripada ikan selayang yang direbus dan ditambah santan pekat.

Penambahan santan menyebabkan kuahnya berasa kurang pedas dan mempunyai rasa lemak manis yang tinggi. Ia akan dihidangkan bersama ulaman, sambal dan keropok bagi meningkatkan selera makan seseorang individu.

teluk syafizat_sadani
Sumber : Instagram @syafizat_sadani

6. Laksa Teluk Kechai

Laksa Teluk Kechai yang juga dikenali sebagai Laksa Utara adalah sejenis makanan berkuah yang terkenal di negeri Kedah. Selain menjadi makanan tradisi orang utara, Laksa Teluk Kechai adalah antara hidangan wajib ada semasa musim perayaan.

Laksa Kedah berbeza daripada laksa negeri lain kerana ia mempunyai kuah ikan yang lebih cair dan dihidang bersama sambal kelapa yang digaul bersama cili dan kunyit yang memberikan rasa enak, lemak dan pedas. Terdapat juga hirisan daun putat sebagai bahan perasa yang memberi laksa ini kelazatan luar biasa.

Laksa-Terengganu-Kuah-Putih
Sumber : resepimudah.com

7. Laksa Lemak

Keunikan Laksa Lemak yang dikenali di negeri Terengganu terletak pada rasa kuahnya yang berbeza daripada laksa lain kerana penggunaan isi ikan yang banyak untuk memastikan kuah laksa lemak ini lebih pekat dan sedap.

Laksa Lemak biasanya dihidangkan bersama dua jenis kuah yang terdiri daripada kuah mentah dan kuah masak. Kuah mentah dibuat dengan penggunaan santan yang dicampur air panas dan ditambah perasa lada hitam, bawang dan isi ikan. Manakala, laksa kuah masak pula disediakan dengan rempah seperti laksa lain tetapi ia mempunyai tekstur kuah yang lebih kuning.

Laksa ini enak dinikmati dengan hirisan bawang, timun, daun selom dan cili padi. Boleh juga tambah telur rebus jika suka, dijamin lazat!

Lain-lain Artikel

Berkaitan

Terkini

6 Tips Penyenggaraan Kereta Untuk Elak Kemalangan

Penyenggaraan kereta adalah perkara utama yang perlu dilakukan oleh setiap pengguna kereta supaya ia berada dalam keadaan baik, selamat dan mempunyai tahap operasi optimum....

Teknologi Menukar Gear Dengan Memusingkan Tombal Sahaja

Teknologi automotif semakin maju dengan pelbagai ciptaan baharu bagi sesebuah kenderaan termasuk rekaan terkini, kawalan rotari dwi-tindan (dual stack controller). Teknologi kabin pada kereta...

7 Jenis Kuih Talam Untuk Menambah Selera Berbuka Anda!

Kuih-muih di Malaysia diklasifikasikan sebagai pencuci mulut yang enak dimakan pada bila-bila masa. Tibanya bulan Ramadan, orang ramai gemar memakan kuih terutamanya kuih talam...

Kenali Jenis-Jenis Pengamal Vegetarian

Istilah vegetarian telah banyak disalah fahami oleh ramai orang dengan mengklasifikasikannya sebagai orang yang makan sayur atau buah sahaja. Ia merupakan pandangan yang salah...

Benarkah Enjin Pengecas Turbo Lebih Baik Daripada Pengecas Lampau?

Enjin adalah ibarat jantung bagi sesebuah kenderaan yang berfungsi sebagai penggerak utama. Terdapat pelbagai teknologi enjin kenderaan digunakan untuk meningkatkan keberkesanan dalam sesebuah kenderaan...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!