Akses Kenderaan Tanpa Kunci

Adakah anda perasan kebanyakan kenderaan baharu kini tidak lagi menggunakan kunci pencucuhan seperti dahulu? Seiring dengan perkembangan teknologi, industri automotif telah memperkenalkan kunci kenderaan pintar bagi membolehkan kenderaan diakses dengan lebih pantas dan selamat.

Ketahui beberapa maklumat mengenai akses kenderaan tanpa kunci seperti berikut:

Apakah Itu Kunci Pintar?

Kunci pintar adalah kunci yang direka secara digital untuk mengakses kenderaan tanpa kunci pencucuhan biasa atau tradisional. Ia menggunakan teknologi Pengenalan Frekuensi Radio (RFID) terbaru untuk mencapai kenderaan tanpa kunci. Pemandu tidak lagi perlu memusingkan kunci untuk menghidupkan enjin kerana mereka boleh melakukannya dengan hanya menekan butang pencucuh atau hidup enjin.

Fungsi

Kunci pintar kenderaan berfungsi sebagai alat kawalan kenderaan yang mampu membuka atau mengunci kenderaan apabila kunci tersebut berada dalam lingkungan 90 sentimeter dari kenderaan. Ia juga sangat membantu pengguna dari segi keselamatan misalnya, anda tidak perlu risau atau bimbang jika terlupa mengunci kenderaan kerana kunci pintar boleh mengunci kereta secara automatik.

Beberapa kunci pintar dapat menyimpan tetapan pengguna individu sehingga tempat duduk, cermin, stereng dan juga pilihan audio disesuaikan secara automatik dengan menekan satu butang.

IMG_2110-removebg-preview

Kebaikan Penggunaan Kunci Pintar

Setiap penemuan baharu mesti mempunyai kebaikan dan keburukan penggunaan. Ketahui beberapa kebaikan penggunaan kunci pintar seperti berikut:

1. Kemudahan

Adakah anda sentiasa mencari-cari kunci dalam beg tangan atau poket? Kunci pintar kini memudahkan kerja anda sebagai alat kawalan jauh yang boleh membuka kenderaan dengan cepat. Anda juga boleh menghidupkan kenderaan dengan menekan butang ‘menghidupkan enjin’ atau ‘start engine’ untuk memulakan perjalanan.

2. Menjamin Keselamatan

Sistem terbaru ini memerlukan kod unik untuk membuka kunci kereta yang menjadikannya lebih sukar untuk dicuri. Sistem ini melibatkan pengenalan fob kunci elektronik melalui kebenaran kod tertentu. Setiap pengeluar kenderaan menggunakan mikrocip tertentu dalam kunci pintar bagi meningkatkan tahap keselamatan setiap kenderaan.

3. Penguncian Automatik

Adakah anda risau terlupa mengunci kenderaan? Sistem tanpa kunci menyelamatkan anda dari masalah itu kerana setelah kereta diparkir dan anda berjalan jauh, kereta akan terkunci secara automatik.

Keburukan Penggunaan Kunci Pintar

Namun tidak ada teknologi yang sempurna. Ketahui beberapa masalah yang mungkin anda hadapi dengan penggunaan kunci pintar ini seperti berikut:

1. Kos Penggantian

Mengganti kunci pintar yang hilang atau rosak adalah lebih mahal daripada kunci tradisional. Lebih-lebih lagi, komponen elektronik habis dari semasa ke semasa, yang bermaksud penggantian kunci atau pembaikan sistem akan mengambil masa.

2. Kemungkinan Kecurian

Lapisan keselamatan dalam sistem tanpa kunci sangat kukuh, tetapi penggodam terus mengembangkan cara baharu untuk mencuri kereta. Penggodam boleh menggodam kod kunci kenderaan anda untuk tujuan pencurian.

3. Pengabaian Mematikan Kereta

Sesebuah kereta biasanya dilengkapi dengan mekanisme peringatan, tetapi kadangkala ia diparkir dengan enjin yang masih hidup. Sekiranya kereta anda tidak mempunyai ciri keselamatan untuk mematikan enjin secara automatik, enjin akan terus beroperasi sehingga kehabisan bahan api. Ini bukan sahaja menyusahkan pengguna, namun ia boleh membahayakan mereka jika terdapat kebocoran gas dalam kenderaan.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Punca Tekanan Minyak Enjin Rendah

Minyak enjin berfungsi untuk membersihkan, mengurangkan kehausan dan memudahkan pergerakan komponen dalaman enjin. Tanpa tekanan minyak yang mencukupi dalam enjin, bahagian enjin tidak akan...

5 Tanda Brek Cakera Rosak

Sistem brek kenderaan memainkan peranan penting sebagai komponen keselamatan yang paling efektif. Terdapat beberapa komponen brek yang perlu disenggara seperti kaliper brek, pad brek,...

6 Makanan Idaman Ketika Musim Hujan

Musim hujan sejak kebelakangan ini menyebabkan suasana sekitar kita semakin sejuk. Pada masa ini ramai akan mencari makanan ‘comfort food’ mereka untuk dinikmati bersama...

6 Tanda Kekurangan Protein Dalam Badan

Protein adalah keperluan asas di dalam setiap sel hidup dan pembinaan blok organ tubuh kita. Ia adalah bahan mentah yang diperlukan untuk tubuh anda...

Tips Melindungi Kereta Daripada Banjir

Jabatan Meteorologi Malaysia baru-baru ini telah meramalkan beberapa kawasan di Malaysia akan menghadapi musim hujan lebat dan banjir. Bagi mengelakkan sebarang situasi yang tidak...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!