Sistem Baharu Penerimaan Dan Pengembalian Kenderaan SPANCO

Seiring dengan perkembangan teknologi semasa, SPANCO telah maju setapak lagi dalam mempertingkatkan perkhidmatan dengan membangunkan Aplikasi Penerimaan Kereta atau ‘Car Receiving App’ yang akan digunakan oleh pegawai SPANCO terutamanya di bahagian Perkhidmatan Pengurusan Pelanggan pada masa terdekat.

Ia merupakan inisiatif terkini daripada pasukan Sistem Teknologi Maklumat (Management Information System-MIS), SPANCO bagi meningkatkan kecekapan pengurusan fleet.

Menerusi aplikasi ini, pihak SPANCO yang terlibat dapat menghantar maklumat penerimaan dan penyerahan kenderaan pada waktu nyata di mana dahulu pihak SPANCO telah menggunakan borang untuk memproses semakan ‘checklist’ kenderaan ketika menerima atau menyerahkan sesebuah kenderaan.

Menerangkan mengenai pelancaran aplikasi baharu ini, Pengurus Kanan Jabatan MIS SPANCO, Encik Goh Peck Ong berkata, objektif utama aplikasi ini dibangunkan adalah bagi membolehkan maklumat penghantaran kenderaan oleh pihak SPANCO dikemas kini pada masa nyata (real time) dan segala data dapat dikumpulkan untuk direkod dalam sistem pangkalan data SPANCO dengan lebih berkesan. Beliau juga menyatakan, aplikasi ini amat mudah di mana ia boleh digunakan melalui telefon pintar jenis Android dan iPhone.

Menurut Encik Goh Peck Ong, fungsi aplikasi ini adalah untuk memasukkan senarai semak penerimaan kereta dalam satu platform yang akan memantapkan lagi pengurusan fleet kenderaan SPANCO.

Ciri Dalaman Aplikasi

Terdapat dua ciri utama dalam aplikasi ini yang memudahkan proses semakan ‘menerima’ dan ‘pengembalian’ kenderaan seperti berikut:

app

1. Menerima ‘Receive’

Modul menerima ‘receive’ ini bertujuan untuk memastikan pengguna menerima kenderaan dalam keadaan yang lengkap dari SPANCO.

2. Pengembalian ‘Return’

Modul pengembalian atau ‘return’ digunakan untuk proses pengembalian semula kenderaan konsesi kepada SPANCO oleh pengguna.

app 3

Pihak SPANCO akan mengisi butiran mengenai kenderaan iaitu nombor pendaftaran kenderaan, tarikh dan waktu penghantaran, odometer semasa, nama pemandu, menanda senarai semakan keadaan kenderaan dan sebagainya bagi proses penyerahan dan penerimaan berlangsung dengan lancar.

Aplikasi ini bakal dilancarkan pada masa terdekat bagi memudahkan pengurusan kenderaan SPANCO berlangsung dengan cekap.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!