SPANCO Menyerahkan 21 Unit Proton X70 Kepada KEMAS

Satu majlis penyerahan Kereta Jabatan jenis Proton X70 kepada Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) telah berlangsung di Pusat Servis Wilayah SPANCO Bangi pada 8 March 2021 yang lalu.

Penyerahan Proton X70 Kepada Jabatan Kemajuan Masyarakat

Sejumlah 21 unit kenderaan Proton X70 1.8 TGDi Standard 2WD berwarna perak telah diserahkan pada majlis tersebut kepada pihak KEMAS. Majlis penyerahan ini telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah KEMAS, YBhg. Dato’ Mohamad Yasid Bidin diiringi oleh Ketua Pegawai Eksekutif SPANCO, YBhg. Dato’ Hamzah Mohd Salleh dan Ketua Pegawai Operasi SPANCO, YBhg. Dato’ Azman Hj Idris.

Penyerahan Proton X70 Kepada Jabatan Kemajuan Masyarakat

Sebanyak 4 buah kenderaan diserahkan kepada KEMAS Sabah (2unit) dan Sarawak (2unit) manakala kenderaan selebihnya akan diagihkan kepada KEMAS Semenanjung Malaysia. Selaras dengan misi KEMAS untuk memperkasa masyarakat luar bandar ke arah pembangunan holistik, kenderaan Proton X70 yang dibekalkan secara konsesi bagi tempoh 5 tahun oleh SPANCO ini amat bersesuaian untuk melaksanakan tugusan di luar bandar serta memudahkan segala urusan kerja jabatan KEMAS pada masa akan datang.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!