Risiko Penggunaan Alat Ganti Tidak Tulen Bahagian 2

Penggunaan alat ganti tidak tulen amat berisiko dan ia tidak sama sekali disarankan kepada pengguna kenderaan atas pelbagai faktor. Penggunaan alat ganti tiruan ini boleh menyebabkan kerosakan semula selepas penggantian komponen baharu dan memerlukan pengguna membuat pembaikan semula. Bagi mencegah kejadian yang tidak terduga berlaku, disenaraikan beberapa faktor penting mengapa alat ganti tulen perlu digunakan bagi servis dan pembaikan kereta anda:

1. Keupayaan Struktur

Secara keseluruhan, setiap komponen menyumbang kepada kekuatan struktur keseluruhan kenderaan. Bahagian yang walaupun nampak biasa seperti cermin hadapan, cermin tingkap dan pintu sebenarnya menyokong keutuhan kenderaan semasa kemalangan. Tahap perlindungan yang disediakan alat ganti tulen terhadap keseluruhan struktur kenderaan telah diuji di peringkat pembikinan dan ia dijamin mempunyai kekuatan tersendiri.

2. Ketahanan

Alat ganti tulen tidak cepat rosak berbanding dengan alat ganti tiruan dan prestasinya terbukti lebih konsisten bagi tempoh yang lama. Penggunaan komponen tulen sebenarnya lebih menjimatkan untuk jangka masa panjang kerana anda tidak perlu kerap menggantikannya.

3. Waranti

Kebanyakkan alat ganti tiruan tidak menyediakan waranti untuk menuntut ganti rugi sekiranya alat ganti tersebut mengalami kerosakan selepas pembelian. Hal ini boleh meningkatkan kos pembaikan pengguna yang perlu membeli semula alat ganti baharu untuk membaiki komponen yang rosak.

Jadilah Pakar Serta-Merta

Apabila mengambil kereta dari bengkel pastikan anda memeriksa sama ada alat ganti yang digunakan adalah tulen dan kerja-kerja pembaikan telah dilakukan dengan betul sebelum anda membawanya pulang.

Pada mata kasar kereta mungkin nampak sempurna, namun bagaimana anda boleh tahu bahawa pembaikan telah dilakukan dengan sebaik-baiknya? Berikut adalah senarai langkah yang boleh diambil bagi menjadikan anda seorang yang arif tentang hal-hal pembaikan kereta. Ambil tahu tentang kerja-kerja pembaikan kereta anda. Pastikan hanya alat ganti tulen digunakan untuk keselamatan, ketahanan, penampilan dan prestasi.

Bagi pelanggan SPANCO, hubungi Talian Bebas 1-800-88-6999 jika anda dapati kerja-kerja penyenggaraan atau pembaikan yang dilakukan oleh mana-mana pusat servis diiktiraf (PSD) adalah tidak memuaskan, kurang berkualiti atau tidak menggunakan alat ganti yang tulen.

Kualiti Pembaikan Kemalangan

Syarikat insurans dan pengusaha bengkel adalah pihak bertanggungjawab untuk memastikan pembaikan kereta telah disahkan dan dilakukan dalam keadaan yang profesional bagi memastikan keselamatan, keutuhan struktur, prestasi dan kegunaan kenderaan tersebut dikembalikan.

Bermakna setiap kali kereta anda dibaiki, anda berhak mendapatkan hasil kerja berkualiti yang akan mengembalikan kereta anda seperti sediakala. Bagaimanapun ada pengusaha bengkel yang mengambil jalan pintas untuk menjimatkan kos dengan menggunakan alat ganti yang tidak tulen yang akhirnya menyebabkan kerja-kerja pembaikan tidak menepati tahap mutu yang sepatutnya.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

Terkini

6 Tips Penyenggaraan Kereta Untuk Elak Kemalangan

Penyenggaraan kereta adalah perkara utama yang perlu dilakukan oleh setiap pengguna kereta supaya ia berada dalam keadaan baik, selamat dan mempunyai tahap operasi optimum....

Teknologi Menukar Gear Dengan Memusingkan Tombal Sahaja

Teknologi automotif semakin maju dengan pelbagai ciptaan baharu bagi sesebuah kenderaan termasuk rekaan terkini, kawalan rotari dwi-tindan (dual stack controller). Teknologi kabin pada kereta...

7 Jenis Kuih Talam Untuk Menambah Selera Berbuka Anda!

Kuih-muih di Malaysia diklasifikasikan sebagai pencuci mulut yang enak dimakan pada bila-bila masa. Tibanya bulan Ramadan, orang ramai gemar memakan kuih terutamanya kuih talam...

Kenali Jenis-Jenis Pengamal Vegetarian

Istilah vegetarian telah banyak disalah fahami oleh ramai orang dengan mengklasifikasikannya sebagai orang yang makan sayur atau buah sahaja. Ia merupakan pandangan yang salah...

Benarkah Enjin Pengecas Turbo Lebih Baik Daripada Pengecas Lampau?

Enjin adalah ibarat jantung bagi sesebuah kenderaan yang berfungsi sebagai penggerak utama. Terdapat pelbagai teknologi enjin kenderaan digunakan untuk meningkatkan keberkesanan dalam sesebuah kenderaan...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!