5G Membawa Manfaat Berganda

Sejak kebelakangan ini, teknologi 5G telah menjadi perbualan orang ramai dalam usaha membangunkan infrastruktur digital negara. Walau bagaimanapun, rata-rata rakyat Malaysia masih tidak sedar akan kegunaan dan kewujudan teknologi terbaharu ini. Apakah yang menarik dan bermanfaat dari teknologi 5G ini? Marilah kita bersama-sama mengetahui secara terperinci mengenai teknologi baharu yang bakal diperkenalkan di negara kita dalam masa terdekat ini.

Apakah itu teknologi 5G?

Secara amnya teknologi 5G adalah teknologi sambungan tanpa wayar yang dikenali sebagai generasi kelima. Ia juga dikenali sebagai ‘New Radio’ atau NR yang membolehkan rangkaian sel mengedar data dalam kadar yang lebih pantas daripada generasi sebelumnya.

Teknologi 5G adalah teknologi lanjutan daripada generasi sebelum ini iaitu generasi 1G hingga generasi 4G. Berdasarkan laporan daripada ujian awal 5G, ia mendapati bahawa teknologi generasi kelima mempunyai kelajuan 10 hingga 100 kali ganda daripada rangkaian 4G yang sedia ada.

Manfaat 5G

Teknologi baharu ini dikatakan mampu mengurangkan jurang antara kawasan bandar dan luar bandar kerana ia mempunyai potensi besar untuk merancakkan komunikasi mudah alih serta mengubah gaya hidup rakyat. Dengan ini disenaraikan tiga manfaat utama yang orang ramai dapat nikmati pada masa terdekat ini melalui teknologi generasi kelima seperti berikut:

1. Kelajuan Tinggi

Berdasarkan laporan dan kajian yang dilakukan pada teknologi 5G, ia mendapati bahawa 5G mempunyai kadar kelajuan maksimum sebanyak 1.5GB bagi sesaat untuk muat turun data. Peningkatan kelajuan yang drastik membolehkan pengguna menikmati kadar muat turun pantas, khususnya melibatkan sebarang aktiviti muat turun fail yang besar. Misalnya, pengguna boleh memuat turun filem definisi tinggi dalam hanya beberapa saat sahaja.

2. Kadar Lengahan Rendah

Kadar lengahan atau latensi yang lebih rendah memudahkan kegunaan dan interaksi masa nyata untuk pelbagai kegunaan termasuk industri pekerjaan. Kadar lengahan rendah mengurangkan isu sela masa ketika penyambungan antara peranti kerana 5G dikatakan akan membawa kadar latensi minimum sebanyak 1 milisaat berbanding 20 milisaat pada rangkaian berasaskan 4G.

3. Pemerluasan Sambungan Peranti

Teknologi 5G mempunyai pemerluasan sambungan peranti kerana ia mampu menghubungkan hampir sejuta peranti pada keluasan satu kilometer persegi berbanding teknologi ‘Long Term Evolution’ (LTE) yang mampu hubungkan seribu peranti dalam keluasan sama bagi rangkaian asas untuk 4G.

Penggunaan 5G di Malaysia

Penggunaan 5G di Malaysia amat penting kerana ia mempunyai potensi untuk mempercepatkan proses pembangunan ekosistem digital negara. Berdasarkan laporan, kerajaan akan mengambil langkah proaktif dalam melaksanakan teknologi 5G ini di negara kita.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!