6 Perkara Mampu Mengubah Bilik Ala Hotel

Bilik tidur merupakan satu-satunya tempat istirehat dan ruang peribadi dalam sesebuah rumah. Bagi memastikan ruang peribadi ini kelihatan cantik dan mewah pada kos berpatutan, anda hanya perlu melengkapkan dekorasi bilik dengan bahan-bahan tersenarai berikut:

cat

1) Cat

Warna cat memainkan peranan penting dalam pengubahsuaian bilik tidur. Ia mampu memberi imej baru kepada seluruh ruang bilik. Bagi memiliki bilik ala hotel atau mewah anda boleh mulakan pengubahsuaian dengan menukar warna cat bilik dengan memilih warna antara putih, hitam, perang dan ungu cair. Keempat-empat warna ini akan memberi sentuhan klasik dan elegan kepada bilik anda. Selamat mengecat.

side table

2) Meja Sisi Katil

Meja sisi katil adalah salah satu elemen memenuhi ruang bilik disamping membantu anda menyimpan barang keperluan. Meja kecil berbentuk segi empat tepat dengan dua atau tiga ruang penstoran seperti laci sangat sesuai untuk menonjolkan gaya mewahnya. Anda boleh beli meja dari kedai perabot biasa dan gunakan cat sembur berwarna hitam, emas, putih atau perang untuk mengubah suai meja mengikut cita rasa anda. Tambahkan tombol bulat bagi menyerlahkan penampilannya.

Wire black design ceiling luster hanging in bedroom. Loft interior details

3) Lampu

Pemilihan lampu yang sesuai amat penting untuk menyerlahkan ruang bilik tidur anda seperti bilik hotel. Lampu sisi katil akan menaikkan keserian ruang tidur serta memberi rasa nyaman dan selesa ketika berada di bilik. Tips memilih lampu yang sesuai adalah gunakan lampu pendakap bagi menonjolkan warna cat dan perhiasan lain di bilik anda.

mirror free

4) Cermin

Cermin solek adalah barang pakej lengkap bagi mengubah suai bilik anda serta memberikan ia wajah baru yang lebih elegan. Anda hanya perlu meletakkan satu cermin solek asing yang bersaiz besar dalam bentuk bulat atau segi empat tepat dan lengkapkan penampilannya dengan rak dinding kecil di bawah cermin supaya anda boleh meletakkan barang perhiasan diri di dalamnya.

wallpaper

5) Kertas Dinding

Sekiranya anda rasa mengecat dinding tidak sesuai untuk bilik dan inginkan pilihan lain, anda boleh menggunakan kertas dinding bagi menukar penampilan bilik anda. Kertas dinding sangat mudah untuk digunakan dan ia mempunyai pilihan yang banyak mengikut cita rasa anda. Tips menonjolkan bilik dengan kertas dinding adalah dengan memilih kertas dinding yang ada hiasan halus, jalur menegak atau gabungan mendatar. Selamat mencuba!

plant

6) Aksesori

Bagi melengkapkan perhiasan bilik tidur, anda boleh menambahkan aksesori minimal untuk menonjolkan rupa bilik anda. Gunakan pasu bunga besar, jam dinding, gambar berbingkai, lilin atau arca bagi menambah hiasan bilik. Pastikan untuk menghias secara sederhana dan gunakan aksesori minimal supaya mengekalkan motif pengubahsuaian bilik.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!