Kenali Warisan Alam Melayu Destar Putera Kayangan

Dalam usaha mengangkat, menyuburkan dan memartabatkan warisan destar ke persada lebih tinggi, SPANCO menjalinkan kerjasama dengan pengarang destar, Mohd Herin Mansor, bagi melaksanakan inisiatif menyuburkan warisan budaya ini menerusi paparan koleksi 12 jenis destar sepanjang tahun 2021 dalam PRIHATIN iaitu satu destar pilihan dalam setiap bulan. Bagi edisi ketiga kali ini, PRIHATIN akan mengetengahkan koleksi destar Putera Kayangan.

Destar adalah salah satu hiasan kepala yang digunakan oleh kebanyakan masyarakat di seluruh dunia, termasuk Alam Melayu. Ia mempunyai banyak jenis yang terdiri daripada tengkolok, tanjak, getam, semutar, dan songkok. Tanjak pula bermaksud ‘tanah yang dipijak’ sebagai perlambangan tanah air. Ia adalah pemakaian yang dikenali umum dan dapat dipakai di majlis-majlis adat istiadat berkaitan istana, perkahwinan dan alam persilatan.

Tanjak wajib mempunyai bahagian simpul, tapak, bengkung, karangan dan empat segi sama supaya ia boleh dilipat menjadi segi tiga seolah simbol ‘gunungan’. Hiasan kepala ini dipakai khususnya oleh kaum lelaki.

Tanjak Putera Kayangan merupakan salah satu tanjak yang mula dipakai oleh Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail (1945-2000). Perkataan ‘putera’ bermaksud anak raja lelaki manakala kayangan pula bermaksud tempat kediaman dewa-dewa atau keinderaan. Secara harfiah, nama tanjak putera kayangan dapat difahami sebagai anak raja lelaki yang duduk di negeri kayangan.

kiri
Daun destar menghala ke atas bahagian kiri

Dari sudut sejarah pula, namanya berasal dari nama Kota Kayang yang dibina pada zaman pemerintahan Sultan Kedah ke-15. Kota ini dikatakan sukar dilihat kerana terlindung oleh beberapa bukit di situ dan hanya boleh dilihat dari tempat yang tinggi. Oleh itu, ia digelar Kota Indera Kayangan. Penggunaan perkataan kayangan di sini membawa maksud tempat atau kedudukan yang tinggi.

simpulan 1
Simpulan yang digunakan adalah dinamakan garam sebuku

Keunikan tanjak pula terletak pada solekan bahagian daun destar yang menghala ke atas bahagian kiri. Simpulan yang digunakan adalah ‘garam sebuku’, dan ia mempunyai tiga lipatan asas pada bahagian bengkungnya.

Berdasarkan Hikayat Melayu, pemakaian destar ini adalah merupakan suatu perkara yang sudah lama diamalkan dalam Alam Melayu dan merupakan salah satu warisan yang penting dan wajar dipertahankan nilai-nilai estetika dan keasliannya.

Oleh itu, ia telah menjadi kewajipan pada semua penggiat aktiviti warisan dan seni budaya Melayu dan orang ramai umumnya untuk menjaga dan memelihara warisan ini agar tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

4 Tanda Kebocoran Hos Vakum Dalam Sistem Enjin

Kebocoran hos vakum akan mengurangkan prestasi dan keupayaan pemanduan kereta. Ia juga menjejaskan keselamatan pemanduan dan menjadi salah satu punca kerosakan enjin. Ketahui antara...

Kesalahan Memotong Garisan Berkembar

Peraturan jalan raya ditetapkan bagi menjaga keselamatan pengguna jalan raya. Namun ramai yang melanggar peraturan hingga menyebabkan kemalangan. Antara peraturan jalan raya yang sentiasa...

Teknologi Hijau Mengurangkan Pencemaran Alam

Teknologi hijau adalah istilah umum yang menerangkan penggunaan teknologi dan sains untuk mengurangkan kesan aktiviti manusia terhadap alam sekitar. Ia adalah teknologi rendah karbon...

Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting yang berperanan untuk menapis darah dari sisa buangan, mengawal keseimbangan cecair badan, dan mengekalkan tahap elektrolit yang betul....

4 Tempat Letak Kenderaan Yang Bahaya Semasa Musim Hujan

Musim hujan tidak menentu sejak kebelakangan ini boleh menyebabkan berlakunya banjir di kawasan-kawasan tertentu. Pengguna kenderaan perlu lebih berhati-hati apabila meletakkan kereta kerana hujan...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!