7 Tempat Wajib Anda Kunjungi Di Sarawak

Sarawak merupakan satu negeri terbesar di Malaysia yang terletak di kepulauan Borneo. Ia terkenal dengan keindahan flora dan fauna menarik serta menjadi habitat kepada ribuan spesis tumbuhan dan haiwan. Sekiranya anda ingin lari dari hiruk-piruk kehidupan bandar dan menikmati alam sekitar yang indah, segera kunjungi Bumi Kenyalang bagi menerokai keindahan ciptaan Tuhan. Disenaraikan beberapa lokasi yang wajib anda kunjungi jika anda menjejakkan kaki ke tanah ini:

gunung santubong

1) Gunung Santubong

Gunung Santubong merupakan salah satu tempat tarikan pelancong utama di Sarawak. Bagi anda yang berminat melakukan aktiviti lasak seperti mendaki, segera kunjungi Gunung Santubong bagi meneroka alam sekitar yang mengasyikkan.

Selain mendaki, anda juga boleh melakukan aktiviti lain seperti bermandi-manda di air terjun yang mempunyai air jernih dan sejuk bagi menyegarkan anda dari kepenatan mendaki. Anda juga boleh menginap di Permai Rainforest Resort dan menikmati pemandangan kolam biru yang mempesonakan ramai pelancong.

kampung skuduk kyunfui88
Sumber: Instagram @kyunfui88

2) Kampung Skuduk

Ingin lari dari hiruk-piruk kesesakan bandar? Sentiasa stres dengan kerja di pejabat? Kunjungilah syurga Sarawak, ‘Kampung Skuduk’ yang ramai tidak kenali. Ia merupakan kampung yang mempunyai suasana tenang dan dikelilingi sawah padi berlatarbelakangkan gunung-ganang.

kampung skuduk 1 kynfui88
Sumber: Instagram @kyunfui88

Anda boleh menikmati pemandangan gunung diliputi kabus pada awal pagi sambil menghirup udara segar dan sejuk bersama keluarga atau rakan anda. Terdapat juga tarikan lain seperti meneroka Gua Raya yang terletak tidak jauh dari kampung ini.

gunung mulu 1 your.travel.tips
Sumber: Instagram @your.travel.tips

3) Taman Negara Gunung Mulu

Taman Negara Gunung Mulu merupakan salah satu kawasan batu kapur yang luas serta menjadi tarikan khas pelancong ke Bumi Kenyalang ini. Ramai mengunjungi tempat ini untuk melakukan aktiviti mendaki kerana Gunung Mulu adalah antara trek mendaki tertinggi di Malaysia.

gunung mulu natureza_subterranea
Sumber: Instagram @natureza_subterranea

Pelancong boleh menginap beberapa hari di sini bagi meneroka kawasan taman negara yang menawarkan pelbagai aktiviti lain sambil mendaki gunung seperti mengunjungi Gua Air Jernih melalui bot di Sungai Melinau dan melihat keistimewaan 3,500 spesis tumbuhan vaskular.

kam sarawak
Sumber: Instagram @sukasarawak

4) Kampung Budaya Sarawak

Pasti rugi jika anda melancong ke Sarawak tanpa mengenali budaya tempatan mereka secara terperinci. Kunjungilah Kampung Budaya Sarawak yang terletak di Santubong, Kuching untuk mengenali lebih rapat mengenai budaya yang terdapat di negeri tersebut.

sarawakculturalvillage_svc
Sumber: Instagram @sarawakculturalvillage_svc

Terdapat pelbagai jenis paparan yang boleh anda lihat di muzium kampung ini seperti pakaian, kraftangan, gaya hidup dan kediaman tradisional masyarakat etnik utama negeri ini. Anda juga boleh menyaksikan persembahan kebudayaan khas yang dipersembahkan dua kali sehari. Selain itu, terdapat juga pesta antarabangsa yang dianjurkan dari semasa ke semasa bagi mendedahkan budaya yang terdapat di Sarawak.

christannathan astana
Sumber: Instagram @christannathan

5) Astana

Astana merupakan sebuah istana bekas peninggalan penjajah British yang terletak di tebing Sungai Sarawak. Ia telah dibina sebagai hadiah perkahwinan untuk isteri Charles Brooke, Ranee Margaret. Kini istana ini telah menjadi kediaman rasmi Gabenor Sarawak. Para pelancong boleh melihat keindahan permata sejarah ini dari jauh sambil menikmati pemandangan panoramik Kuching Waterfront.

xplore_malaysia julan
Sumber: Instagram @xplore_malaysia

6) Air Terjun Julan

Pencinta alam semula jadi dan pengemar aktiviti lasak, Air Terjun Julan merupakan lokasi sesuai untuk anda melakukan aktiviti kegemaran anda. Ia merupakan air terjun tertinggi di negeri ini dan mempunyai laluan mencabar untuk menuju ke air terjun.

Perjalanan menuju ke air terjun ini akan mengambil masa sekitar sembilan jam sambil anda menikmati pemandangan alam sekitar yang mempesonakan dan berkhemah di situ bagi merehatkan diri. Sediakan barang keperluan asas seperti makanan, minuman, ubat penghalau nyamuk dan serangga, lampu suluh dan lain-lain bagi mengikuti perjalanan yang teruja ini.

5

7) Banjaran Bengoh

Teringin mendaki empat air terjun dalam masa empat jam sahaja? Anda boleh melakukan aktiviti menarik ini di tempat tersembunyi yang dikenali sebagai Banjaran Bengoh. Tempat ini juga dikenali ramai sekarang sebagai ‘Jurassic World’ Sarawak yang terletak di Padawan.

Apabila anda mendaki banjaran ini, anda akan dipertemukan dengan empat buah air terjun yang memukau iaitu air terjun Koring, Curtain, Puba’an dan Shushung. Pelancong juga boleh melihat pelbagai spesis flora dan fauna di hutan banjaran yang masih tebal ini. Para pengunjung juga boleh menikmati suasana kampung dengan menginap di rumah inap Pak Cik Sagen.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!