Risiko Penggunaan Alat Ganti Tidak Tulen Bahagian 1

Ramai pengguna kenderaan mengalami kekeliruan apabila ingin menukar komponen kereta ketika ia mengalami kerosakan atau sudah tiba masa untuk penggantian. Hampir sebilangan besar pengguna terpedaya dengan penggunaan alat ganti palsu atau tidak tulen. Namun tahukah anda penggunaan alat ganti tidak tulen adalah sangat bahaya?

Sebagai pengguna yang bijak adalah menjadi tanggungjawab anda untuk mengetahui keperluan penggunaan alat ganti tulen bagi memastikan keselamatan anda, penumpang dan kenderaan terjamin. Ketahui beberapa sebab anda perlu mendapatkan alat ganti tulen seperti berikut:

1. Kualiti

Alat ganti tulen telah menjalani proses pembangunan yang sama seperti kereta, bermula dari peringkat permulaan ia direka sehinggakan kepada bahan yang digunakan untuk membuatnya. Oleh itu, kualiti alat ganti tulen lebih terjamin daripada alat ganti tidak tulen kerana ia telah melalui proses pemeriksaan kualiti.

2. Reka Bentuk

Komponen tulen seperti hud dan bamper direka dengan zon remuk yang boleh menyerap kesan hentakan bagi menjauhkan impak pelanggaran dari pemandu mahupun penumpang. Ia boleh menjamin keselamatan pengguna kenderaan daripada sebarang kecederaan.

3. Keselamatan

Alat ganti tulen dibuat selaras dengan proses pembaikan oleh pengeluar kenderaan bagi memberikan perlindungan di samping mematuhi undang-undang kawalan keselamatan kenderaan. Penggunaan alat ganti yang tidak menepati spesifikasi bukan sahaja melupuskan jaminan pengeluar malah boleh menyebabkan kerosakan dan kecederaan.

4. Sepadan

Barang-barang yang tulen direka untuk keserasian tepat dan keseragaman ruang di antara panel-panel kenderaan. Bahagian yang tidak sesuai boleh menyebabkan kerosakan malah mendatangkan kecederaan.

Walaupun penggunaan alat ganti tidak tulen ditawarkan oleh beberapa pusat servis kenderaan, anda tidak sama sekali digalakkan untuk menggunakannya kerana ia amat membahayakan. Hal ini kerana barangan tiruan itu tidak menjamin keutuhan struktur kereta sekiranya berlaku kemalangan. Begitu juga semasa melakukan servis dan penyenggaraan, menggunakan alat ganti tulen amatlah disarankan kerana ia telah dicipta dan diuji untuk memastikan keselamatan anda semasa memandu.

Adalah menjadi tanggungjawab pusat servis untuk memastikan setiap kereta dikembalikan dalam keadaan baik setelah diservis ataupun dibaiki. Justeru semasa mengambil kereta anda,periksa dan pastikan kerja-kerja pembaikan disiapkan dengan sempurna serta alat ganti yang digunakan adalah tulen.

Anda disarankan untuk membuat aduan melalui Aplikasi Mobil SPANCO atau Pusat Panggilan 1-800-88-6999 jika anda dapati kerja-kerja penyenggaraan atau pembaikan yang dilakukan oleh mana-mana Pusat Servis Diiktiraf (PSD) adalah tidak memuaskan, kurang berkualiti atau tidak menggunakan alat ganti yang tulen.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

Terkini

Tanda-Tanda Kerosakan ‘Timing Belt’

‘Timing belt’ merupakan salah satu komponen penting dalam enjin kenderaan. Ia berfungsi untuk menggerakkan komponen-komponen pada bahagian atas enjin yang dikenali sebagai ‘camshaft’ agar...

Waspada Ketika Memandu Waktu Malam

Statistik kemalangan maut di negara kita semakin hari semakin meningkat. Sikap cuai pemandu adalah antara penyebab utama nahas berlaku termasuk kemalangan pada waktu malam....

Warisan Destar ‘Lang Menyongsong Angin’

SPANCO telah menjalinkan kerjasama dengan pengarang destar, Mohd Herin Mansor dalam mengangkat dan memartabatkan warisan Alam Melayu ke persada yang lebih tinggi bagi menghidupkan...

5 Destinasi Wajib Cuti-Cuti Malaysia

Pastinya ramai kini sedang sibuk merancang percutian hujung tahun bersama keluarga dan rakan-rakan bagi meluangkan masa berkualiti. Bagi memudahkan anda untuk memilih destinasi yang...

SPANCO Sumbang Proton Saga Kepada Yayasan Jantung Malaysia

Sempena sambutan Hari Jantung Sedunia 2021 SPANCO telah menyumbangkan sebuah kereta Proton Saga 1.3L kepada Yayasan Jantung Malaysia (YJM). Sambutan majlis yang diadakan pada...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!