Kembara Ke Kelantan Dengan Perkhidmatan Kereta Api

Teringin mengunjungi dan meneroka negeri Kelantan dengan keluarga atau rakan? Mari kita menjadikan perjalanan ke negeri ini lebih menarik dengan menaiki perkhidmatan awam iaitu kereta api. Anda pasti akan menikmati perjalanan jauh ini bersama insan tersayang sambil melihat pemandangan yang indah.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan perkhidmatan ke Kelantan dari Johor menerusi ‘sleeper train’. Ia merupakan sejenis koc kereta api yang menyediakan kemudahan tempat tidur selesa sepanjang tempoh perjalanan ke sesuatu destinasi anda.

Perjalanan jauh yang memakan masa selama lebih 15 jam menjadi amat selesa dengan menaiki pengangkutan awam ini. Mulakan perjalanan anda dari JB Sentral dan memilih koc yang bersesuaian untuk anda dan keluarga.

Kemudahan Asas

Kemudahan asas seperti katil dua tingkat, tandas, kafe dan sebagainya disediakan oleh pihak pengurusan bagi memastikan pelanggan selesa sepanjang perjalanan. Harga tiket berbeza mengikut jenis katil tingkat yang anda pilih iaitu sama ada katil atas atau bawah.

Uniknya perjalanan ini adalah tempat tidur yang sangat selesa sambil melihat pemandangan kampung-kampung dan alam sekitar yang berhijauan di sepanjang jalan. Bagi menjaga privasi penumpang, terdapat langsir di setiap koc bagi memastikan anda tidur dengan tenang. Suasana tenang sehingga boleh mendengar geseran roda kereta api di landasan yang menjadi ibarat penenang yang mendodoikan anda semasa tidur.

Selain itu, anda boleh membeli makanan dan minuman daripada koc kafe iaitu ruang makanan yang lengkap dengan meja dan kerusi bersama variasi pilihan makanan panas disediakan dari semasa ke semasa. Anda juga boleh memesan makanan terlebih dahulu supaya ia boleh dihidangkan kepada anda pada waktu tertentu. Terdapat juga pekerja kafe yang akan membawa troli untuk menjual makanan dan air di setiap gerabak yang lebih memudahkan anda untuk menjamu selera.

sleeper train
Sumber: Facebook Maafsebut

Pemandangan Indah

Keunikan lain menaiki ‘sleeper train’ ini adalah menikmati pemandangan yang luar biasa menerusi jendela. Pemandangan kawasan hutan yang luas dan lebat dengan pokok-pokok tinggi akan memberi anda ketenangan yang indah.

Sepanjang perjalanan panjang ini, ‘sleeper train’ akan berhenti di beberapa stesen lain bagi memberi ruang kepada penumpang meregangkan badan sambil menikmati pemandangan. Misalnya, berhenti di Stesen Kereta Api Gua Musang. Pelanggan boleh menyaksikan dua buah gua batu kapur yang sangat cantik yang terletak berhadapan stesen tersebut. Pelanggan juga boleh turun dan bergambar di situ sebagai kenangan perjalanan anda.

Jangan lepaskan peluang menaiki kereta api ini yang memberi anda pelbagai pengalaman baru sambil menikmati setiap masa perjalanan ini.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!