Awas Penggunaan Peranti Digital Merosakkan Mata

Dunia digital telah mempengaruhi kehidupan harian dengan penggunaan gadget dan komputer pada setiap hari. Namun, tahukah anda menatap skrin telefon atau menghadap komputer boleh menjejaskan penglihatan anda? Hal ini berlaku kerana terdapat sinar biru (blue light) pada peranti digital yang membahayakan mata anda jika terdedah lama.

Peranti elektronik digital memancarkan cahaya biru yang boleh menyebabkan ketegangan mata serta mewujudkan masalah mata dari semasa ke semasa.

Sinaran Biru (Blue Light)

Secara amnya, sinar biru terdapat di mana-mana sahaja seperti cahaya matahari, lampu kalimantang, televisyen dan sebagainya yang amat sukar untuk sesiapa menghindarinya daripada gaya hidup harian.

Sinar biru merupakan bahagian cahaya yang paling bertenaga dalam spektrum cahaya tampak. Ia mempunyai jarak gelombang yang sangat pendek dan membuatkan sinar biru ini menyumbang kepada tenaga cahaya lebih tinggi. Cahaya ini juga mempunyai potensi yang boleh membahayakan sel-sel retina mata.

Kesan Sinar Biru

Menatap alat digital seharian boleh meningkatkan risiko kepada kesihatan terutamanya pada mata seseorang. Kesan daripada sinar biru pada waktu malam adalah mengganggu waktu tidur anda kerana lampu biru ini akan merangsang otak, melambatkan atau menghentikan pelepasan melatonin hormon tidur. Hal ini secara langsung menyebabkan anda mengalami kesukaran untuk tidur.

Selain itu, pendedahan cahaya biru bagi tempoh masa yang lama juga boleh merosakkan sel sensitif cahaya di bahagian saraf (retina) dalam mata. Ia menyebabkan perubahan yang menyerupai degenerasi makula yang dikenali sebagai ‘macular degeneration’ yang boleh menyebabkan kehilangan penglihatan secara kekal.

Cara Penjagaan

Secara semula jadi setiap orang akan mengalami penurunan kadar penglihatan apabila meningkat usia mereka. Ia boleh berlaku apabila manusia mencecah umur 50-an tetapi jika seseorang menghadap telefon pintar atau peranti digital lain bagi tempoh masa yang lama mempunyai risiko kerosakan penglihatan pada usia lebih muda.

Bagi menjaga tahap penglihatan mata, anda perlu mengambil beberapa inisiatif berikut untuk memastikan tiada penjejasan mata berlaku pada diri sendiri.

  • Gunakan lampu merah redup ketika menggunakan telefon pada waktu malam. Lampu merah cenderung untuk mengubah irama sirkadian dan menekan melatonin.
  • Elakkan melihat skrin yang terang bermula dua hingga tiga jam sebelum tidur.
  • Sekiranya anda bekerja pada waktu malam atau menggunakan banyak alat elektronik pada waktu malam, pertimbangkan untuk memakai cermin mata penyekat biru atau memasang aplikasi yang menyaring panjang gelombang biru atau hijau pada waktu gelap.
  • Pastikan berada di kawasan yang mempunyai banyak cahaya terang pada waktu siang supaya ia meningkatkan kemampuan anda tidur pada waktu malam.
  • Menggunakan penapis skrin untuk menurunkan paparan cahaya biru.
  • Memakai cermin mata penyekat cahaya biru, cermin mata komputer berwarna kuning atau cermin mata dengan lensa anti-pantulan.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Kenali Tanda-Tanda Kerosakan ‘Tie Rod’

‘Tie rod’ atau dikenali sebagai rod penghubung adalah sebahagian komponen sistem stereng yang dihubungkan ke roda. Ia adalah bahagian penting dalam sistem stereng kenderaan...

Kepentingan Mematuhi Lampu Isyarat

Lampu isyarat di jalan raya memainkan peranan penting dalam mengawal lalu lintas. Pengguna jalan raya wajib mematuhi lampu isyarat bagi menjaga keselamatan diri dan...

Tempat Wajib DiKunjungi Di Kuantan

Kuantan adalah sebuah bandar raya di negeri Pahang yang sangat terkenal sebagai tempat pelancongan popular. Sekiranya anda merancang percutian ke negeri Pahang khususnya Kuantan,...

Penyakit Strok Penyebab Kematian Ketiga Tertinggi Malaysia

Strok atau angin ahmar adalah penyebab kematian ketiga tertinggi di Malaysia selepas sakit jantung dan pneumonia. Ramai masyarakat mengabaikan gejala awal strok kerana beranggapan...

Program Kursus Pemanduan Dan Pengendalian Honda Civic 1.8S MPV Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Satu program Kursus Pemanduan dan Pengendalian Honda Civic 1.8S Mobile Patrol Vehicle (MPV) Polis Diraja Malaysia telah diadakan pada 20 September 2022 hingga 22...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!