8 Makanan Baba Nyonya Yang Popular Terutamanya No. 7

Makanan Baba dan Nyonya atau dikenali juga sebagai Peranakan sangat terkenal di Malaysia khususnya di negeri Melaka kerana keunikan masakan mereka yang mempunyai gabungan budaya Cina dan Melayu. Ketahui beberapa makanan tradisi gabungan budaya tersebut yang digemari ramai sehingga hari ini seperti berikut:

laksa-1-1024×576
Sumber: theworldskitchens.com

1. Laksa Nyonya

Laksa Nyonya adalah hidangan Peranakan paling unik kerana cara masakan berlainan iaitu penggunaan air rebusan ayam direneh bersama daun kesum dan bunga kantan bukan seperti laksa biasa yang dimasak menggunakan ikan. Mee gandum tebal atau bihun digunakan dan dihidangkan bersama hirisan ayam, udang, sayur, taufu kering, kacang panjang dan sambal tumis sebagai penambah rasa pedas laksa.

Angku-Kuehl-Recipe-Product
Sumber: bakewithyen.my

2. Kuih Ang Ku

Kuih Ang Ku atau ‘Red Tortoise Cake’ adalah sejenis kuih tradisional kaum Cina popular yang diwarisi secara turun-temurun oleh kaum Baba dan Nyonya. Kuih ini agak melekit dan manis kerana ia diperbuat daripada tepung pulut berinti kacang merah, kacang hijau, kelapa dan lain-lain berdasarkan cita rasa mereka. Bentuk kuih Ang Ku seperti kura-kura dipercayai memanjangkan usia bagi sesiapa yang memakannya dan tradisi ini dikekalkan sehingga kini terutamanya dalam majlis-majlis penting.

R01300_Nyonya-Bak-Zhang-619×412
Sumber: asianinspirations.com.au

3. Kuih Chang

Kuih Chang atau lebih dikenali sebagai ‘Zongzi’ adalah kuih tradisional golongan Peranakan yang diperbuat daripada beras pulut yang dicampur bersama ayam, sos tiram, kicap pekat dan cair, rempah-ratus, minyak bijan, bawang, kekacang dan sebagainya dalam bungkusan segi tiga daripada daun buluh, daun teratai, daun jagung atau daun pandan.

nasi-kunyit-curry-chicken
Sumber: nyonyaleaf.com.my

4. Nasi Kunyit

Nasi kunyit adalah hidangan khas milik Baba dan Nyonya yang dimasak daripada beras pulut dengan santan dan kunyit. Hidangan tradisional ini juga dikenali sebagai nasi pulut kuning atau nasi kuning yang dihidangkan bersama kari ayam, rendang atau bersama telur rebus merah ketika perayaan bulan pertama untuk bayi yang baru dilahirkan.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA
Sumber: bakewithpaws.com

5. Acar Ikan Nyonya

Acar ikan nyonya atau ‘Acar Hu’ adalah sejenis hidangan sampingan yang dibuat daripada sayur-sayuran dan ikan sebagai bahan utama. Ia disediakan dalam kuantiti yang banyak dengan menggunakan botol kaca agar acar ini boleh disimpan lama. Ramai mengemari makanan ini kerana ia mempunyai rasa masam, manis dan pedas yang membangkitkan selera seseorang. Acar ikan boleh dimakan bersama nasi putih atau nasi lemak bagi meningkatkan selera anda.

Ayam-Buah-Keluak-low-res
Sumber: pinoyfoodblog.com

6. Ayam Buah Keluak

Ayam Buah Keluak adalah makanan klasik orang Peranakan yang dimasak menggunakan ayam dan buah keluak sebagai bahan utama. Walaupun mempunyai rupa seperti gulai ayam, hidangan ini jauh berbeza dari segi rasa kerana penggunaan buah keluak ditambah dengan asam, kunyit, belacan dan serai. Ia enak dimakan bersama nasi putih atau roti biasa.

44fedd463b7a317d0dfc7fca6904419e
Sumber: souperdiaries.com

7. Jiu Hu Char

Jiu Hu Char merupakan satu hidangan popular ketika musim perayaan yang dimasak daripada sayur-sayuran dicincang seperti lobak merah, benggala hijau, kubis, cendawan dan digoreng bersama sotong kering yang telah dikisar. Ia kemudian akan dimakan bersama sayur selada.

dsc_4533
Sumber: babanyonyaperanakans.org

8. Ikan Gerang Asam

Ikan Gerang Asam adalah makanan klasik Peranakan yang mencerminkan rasa masakan Nyonya unik seperti masam, masin dan pedas. Ia dimasak daripada ikan rebus, terung, asam jawa, bendi, belimbing buluh, limau purut dan sebagainya bagi memberi rasa dan aroma menarik. Makanan ini sangat popular ketika musim perayaan dan makan besar.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

4 Tempat Letak Kenderaan Yang Bahaya Semasa Musim Hujan

Musim hujan tidak menentu sejak kebelakangan ini boleh menyebabkan berlakunya banjir di kawasan-kawasan tertentu. Pengguna kenderaan perlu lebih berhati-hati apabila meletakkan kereta kerana hujan...

Cara Mengelakkan Kerosakan Bateri Kereta

Bateri kereta merupakan satu komponen penting yang menghasilkan tenaga elektrik hasil daripada tindak balas kimia yang berlaku di dalamnya. Ia juga membekalkan kuasa elektrik...

5 Lokasi Sarapan Lazat Di Lembah Klang

Sarapan adalah salah satu sajian awal penting yang perlu diambil setiap hari agar ia dapat membekalkan tenaga sepanjang hari untuk lebih cergas dan produktif....

Tips Menguruskan Emosi Bagi Menjaga Kesihatan Mental

Pengurusan emosi secara baik dapat menjaga kesihatan mental serta menyelamatkan nyawa individu. Keadaan emosi terganggu mampu memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental. Dikongsikan...

Ikuti Media Sosial SPANCO

Seiring untuk meningkatkan kecekapan dalam menyebarkan informasi pengurusan fleet kepada lebih ramai pembaca, pelanggan SPANCO kini boleh mengikuti laman media sosial kami di akaun...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!